Kesihatan

Makin Kurus Tapi Muka Nampak Tua, Jangan Salahkan Umur Tapi Ini Puncanya

Share

Makin kurus tapi muka nampak tua, jangan salahkan umur tapi ini puncanya. Ramai orang tidak sedar perkara ini berlaku selepas berat susut. Fokusnya cuma angka penimbang berubah tetapi terlepas pandang soal perubahan wajahnya.

Makin Kurus Tapi Muka Nampak Tua

Namun menurut Coach Ho Yah Wen, apabila bila berjumpa klien yang ikut diet bertahun-tahun dan buat cardio panjang setiap hari, satu corak yang sama selalu muncul.

1. Badan makin ringan, tapi muka nampak lebih tua.
2. Kulit makin menggeleber, pipi cengkung, mata nampak letih.

Dalam kes ini bukan salah umur atau menopaus. Ini kesan fisiologi daripada pengambilan kalori terlalu rendah dan cardio berlebihan secara berpanjangan.

Jangan Salahkan Umur Tapi Ini Puncanya

Bila badan terlalu lama berada dalam keadaan defisit kalori (contohnya hari-hari OMAD), ini masuk mode survival.

Hormon seperti testosteron, estrogen dan IGF-1 akan turun. Sudah tidak cukup sumber khasiat, badan hanya fokus untuk kelangsungan hidup, bukan untuk kesuburan dan pembiakan.

Stress hormon Cortisol pula cenderung naik. Gabungan ini mempercepat kehilangan otot, kolagen dan lemak bawah kulit yang sebenarnya bagi wajah kita nampak “penuh” dan muda.

Cardio berlebihan pula tambah tekanan sistemik dan stress oxidatif. Lagi tinggi cortisol, lagi susah badan nak pulih dan bina tisu baru. Bagi kaum wanita, keguguran rambut dan kesan kepada kitar haid berlaku.

Masalah utama bukan cardio atau defisit itu sendiri tetapi terlalu lama, tanpa fasa pemulihan dan latihan rintangan yang mencukupi.

Muka Jadi Cengkung

Masalah muka cengkung pula biasanya berlaku sebab kalori tidak cukup, lemak sihat terlalu rendah, protein tak mencukupi, dehidrasi dan elektrolit drop, atau kemungkinan lari terlalu kerap tanpa recovery.

Biasanya apabila berlari atau aktif bersukan, kita akan bakar lemak seluruh badan termasuk lemak di muka. Jadi anda perlu makan kena ikut strategi, bukan sekadar ‘sihat’.

Otot ialah organ anti-penuaan. Bila otot susut, metabolisme jatuh, insulin sensitivity merosot dan badan nampak ‘flat’ macam papan kayu LACK WALK SHELF dari IKEA (504.182.13 RACK 09 SECTION 04). Lemak mungkin turun, tapi kualiti badan dan wajah turut merosot.

Pendekatan yang lebih bijak ialah periodization, fasa defisit yang terkawal, digabungkan dengan latihan rintangan progresif, protein mencukupi dan refeed yang strategik. Cardio sepatutnya menyokong kesihatan jantung, bukan menghukum hormon dalam badan. Jika mahu nampak lean dan muda, badan perlu signal “selamat untuk bina”, bukan “aku tengah kebuluran”.

Kalau selepas umur 35 atau 40 dan masih percaya lagi lebih sikit cardio, lebih sikit potong makan adalah jawapan, mungkin itu sebab kenapa badan makin penat, muka makin tua walaupun berat turun.

Jadi untuk anda yang sedang gigih susutkan badan, jangan risau pasal perubahan wajah. Teruskan aktiviti sihat, tetapi pastikan bab makan terjaga dengan makanan sihat dan cukup.

Published by
Nadia