Mak Zayn Rayyan dituduh atau lepas? Dilihat tinggalkan Kompleks Mahkamah. Hari ini seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti kes bunuh adik Zayyan tertunggu-tunggu apakah tahanan reman ke atas ibu bapanya dituduh atau dibebaskan?.
Namun sebentar tadi dilihat, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini.
Mak Zayn Rayyan Dituduh Atau Lepas?
Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 29 tahun berkenaan dikawal ketat polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu pada jam 12.50 tengah hari.
Difahamkan, ibu kanak-kanak itu tiba jam 10.30 pagi sebelum dibawa masuk mahkamah manakala beberapa individu dipercayai ahli keluarga kanak-kanak itu dilihat masuk lobi mahkamah jam 10.55 pagi.
Dilihat Tinggalkan Kompleks Mahkamah
Puluhan pengamal media yang hadir tidak dibenarkan mengikuti prosiding, sebaliknya hanya boleh membuat liputan perkembangan kes terbabit di lobi mahkamah.
Terdahulu, peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat dilihat tiba di mahkamah masing-masing pada jam 11.15 pagi dan 11.20 pagi.
Ads
Turut kelihatan berada di mahkamah adalah ahli keluarga kepada bapa kanak-kanak malang itu.
Sebelum ini, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu direman enam hari sehingga esok.
Ads
Pasangan suami isteri itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Tempoh pertunangan merupakan satu langkah lagi sebelum menempuhi alam perkahwinan.Namun perlu diingatkan buat para gadis tempoh bertunang bukanlah lesen untuk menjalin asmara dengan pasangan masing-masing. Bukan jaminan pun bakal menjadi pasangan suami isteri.
Gara-gara patah hati,seorang gadis nekad ‘membunuh’ janin yang berusia 20 minggu selepas kecewa bekas tunang tidak mahu bertanggungjawab ke atas diri dan bayi dikandungkannya di Kuala Nerus, Jumaat lalu.
Gadis berusia 22 tahun itu dipercayai sanggup membeli 10 biji ubat keguguran jenis kapsul yang berharga RM600 bagi memastikan janin hasil hubungan seks bersama bekas tunangnya sebelum itu mati.
10 Biji Kapsul
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, suspek mengaku menelan dua biji kapsul dan lapan biji lagi dimasukkan ke dalam kemaluannya kira-kira jam 1 pagi di rumah sewanya di Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, di sini.
“Dalam masa sama, demi memastikan janin lelaki dikandunginya itu mati sepenuhnya, suspek bertindak minum minuman bergas dan sejam kemudian suspek mengalami sakit perut yang teruk.
“Kira-kira jam 11 malam hari sama, suspek melahirkan bayi lelaki yang cukup sifat seberat 304 gram dan sudah tidak bernyawa sebelum bertindak membersihkan bayi tersebut lalu membalutnya dengan tuala,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Letak Dalam Bakul Motorsikal
Menurutnya, suspek yang ketakutan dan dalam keadaan terlalu lemah mengambil keputusan ke klinik swasta berhampiran bersama janinnya itu sebelum memaklumkan mengenai kegugurannya.
“Pekerja di klinik terbabit memberikan nombor telefon individu untuk dihubungi bagi urusan pengebumian janinnya namun diminta membuat laporan polis terlebih dahulu sekiranya mahu menguruskan urusan pengebumian itu.
“Dalam keadaan terpaksa, suspek reda dan masih ingin bertanggungjawab dengan janinnya, dia pergi sendiri ke Balai Polis Gong Badak untuk melaporkan kejadian dengan membawa janinnya sekali yang ketika itu diletakkan di dalam bakul motosikalnya,” katanya.
Jelas Suffian lagi, suspek yang berada dalam keadaan terlalu lemah kini dihantar bagi mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan bedah siasat ke atas janin itu tidak dijalankan berikutan berat janin tidak sampai 500 gram.
Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menggugurkan kandungan yang boleh dihukum penjara 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Mingguan Wanita mengharapkan agar para wanita, khususnya golongan gadis jagalah kehormatan diri walau sayang macam mana pun, hatta dengan tunang sendiri.Buat mak ayah, walaupun anak-anak dah bertunang, janganlah diberi lesen kebebasan mutlak buat mereka. Tetaplah pantau perhubungan dan perlakuan anak-anak.
Jika tertinggal barangan masih boleh diterima, namun bila terlupa pada anak sendiri apatah lagi perlu berlepas naik kapal terbang memang luar biasa dan jarang sekali berlaku.
Menurut berita, sebuah pesawat Arab Saudi berlepas dari Jeddah menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila seorang penumpang wanita merayu agar pesawat berpatah balik kerana anaknya yang masih bayi tertinggal di lapangan terbang.
Minta Kebenaran Berpatah Balik
Juruterbang penerbangan SV832 dilapor meminta kebenaran pusat kawalan trafik udara untuk berpatah balik selepas seorang penumpang memberitahu kru yang dia telah tertinggal anaknya di terminal boarding.
Sebuah rakaman video insiden ini menjadi viral di media sosial yang menunjukkan juruterbang meminta izin daripada pegawai ATC untuk kembali ke lapangan terbang.
Perkara Baru
Disebabkan kes begini tak pernah berlaku, semua pihak pada awalnya terkejut dan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut protokol yang sewajarnya.
Pegawai ATC tersebut, selepas mencatatkan nombor pesawat, telah bertanyakan kepada rakan kerjanya tentang protokol yang perlu digunakan.
“Pesawat ini meminta untuk berpatah balik… ada seorang penumpang tertinggal bayinya di ruang berlepas, kasihan…,” katanya yang terpaksa bertanya kembali tujuan permintaan juruterbang itu untuk pengesahan.
“OK, patah balik ke pintu (pelepasan). Ini suatu yang baru bagi kami!”
Difahamkan juruterbang tu akhirnya berpatah balik dan wanita itu telah menemui anaknya yang masih bayi.Juruterbang tersebut dipuji kerana bersikap prihatin dengan situasi wanita tersebut.
Ia sesuatu yang jarang berlaku bagi sebuah pesawat untuk berpatah balik tanpa alasan munasabah selain masalah kesihatan serius atau masalah kecemasan teknikal.Walaupun demikian masih tidak diketahui punca sebenar wanita tersebut tertinggal anaknya di lapangan terbang.
MW: Pesanan pada mak-mak, semoga lebih berhati-hati.Kecuaian ini tak mustahil boleh berlaku bila dalam keadaan kelam kabut, terlalu penat mahupun fikiran kosong.
Syukur alhamdulillah begitulah diucapkan oleh usahawan selebriti dan juga bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim apabila dia dan anak perempuannya Wan Maryam telah bebas daripada virus Covid-19 dan dibenarkan keluar daripada hospital.
Ibu tunggal ini dan anak kesayangannya telah disahkan positif pada tanggal 3 Januari lalu, ketika itu mereka menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berkongsi kisah terbaru mereka menerusi sesi soal jawab di Insta Stories, Mawar memanjatkan rasa bersyukur apabila dia dan anaknya sudah sihat sepenuhnya. Tambah Mawar lagi ayahnya juga semakin pulih.
“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan Double M (Mawar dan Maryam) dan keluarga saya.
“Saya rasa terharu atas doa-doa kalian yang banyak memberi semangat kepada saya dan keluarga. Walaupun mungkin kita tidak pernah kenal atau pernah jumpa.
“Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan 2021,” luahnya.
Alami Demam Panas Sebelum Positif
Sebelum disahkan positif virus merbahaya ini, Mawar pada awalnya mengalami demam panas. Manakala puteri kesayangannya pula tidak mempunyai sebarang simptom.
“Bermula sebelum tahun baru, saya dah rasa demam segelah empat tahun tidak demam. Alhamdulillah.
“Di situ bermulanya. Mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun tak ada tunjuk apa-apa simptom. Mula hari ketiga, dah mula rasa pelik juga dan pergi buat swab test.
“Maryam hanya demam setelah dimasukkan ke hospital. Saya pula, tak tahu nak cerita macam mana, tetapi lain orang lain rasa.
“Ketika rasa sesak nafas dan sakit kepala sekali gus datang sampai otak terasa biul (tak betul). Tapi tetap control cun depan keluarga sebab tak mahu keluarga saya risau,” tulisnya.
Sewaktu sesi soal jawab Mawar ditanya sewaktu kuarantin, makanan apa yang diambil?
“Saya makan macam-macam walaupun deria rasa sudah hilang. Tapi pada saya lebih bagus makan makanan yang sihat. Saya amalkan pengambilan suplemen seperti Vitamin C, Omega 3, Habatus Sauda, minyak zaitun, multivitamin, air kelapa tanpa gula, lemon dan orange”.
Berapa lama ya hilang deria rasa dan bau?
“Allah… yang pertama saya doakan semuanya baik-baik saja. Makan ubat macam biasa ya. Saya deria rasa dan bau almost 10 hari tapi depends orang lain. Cuma bila deria bau hilang sampai ke otak sakit. Sampaikan Maryam buang air besar pun tak bau apa pun dan tak sedar sampai Maryam beritahu,” kongsinya lagi.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...