Hubungan istimewa atau rapat antara ayah dan anak perempuan sebenarnya perlu ada kerana tanpa sedar ianya membentuk peribadi anak agar tegas dan kuat seperti watak seorang ayah.
Secara tak langsung ayah akan menjadi cerminan atau role model untuk anak perempuannya melihat lelaki lain di luar sana. Oleh itu, mak-mak jangan rasa terpinggir bila anak perempuan raoat dengan ayahnya kerana besar impak pabila anak perempuan dan ayah rapat.
Betul ke peribahasa orang putih, “daddy’s little girl’ ni? Akak ada sorang little girl, ikutkan memang betul la tu 🤭
Untuk para ibu sekalian, rapat-rapat kita dengan anak kecil perempuan, matching baju banyak mana pun, rapat dorang dengan ayah ni memang lain. Walaupun kadang rasa terpinggir sekejap bila mereka tengah rapat sangat, bersyukurlah mereka rapat. Besar impak ayah pada anak perempuan tahu, antaranya:
Ads
1) Ayah ialah lelaki pertama yang anak perempuan kenal dan sayang, jadi sedar atau tidak, ayah ibarat “role model” untuk lelaki macam mana mereka cari nanti.
2) Anak perempuan yang dapat cukup perhatian daripada ayah akan jadi lebih berkeyakinan dan tak mudah “cair” bila dipuji-puji lelaki.
3) Ayah mengajar anak perempuan erti tegas dan penyayang dalam masa yang sama. Golongan ayah ini selalunya tak banyak bercakap macam kita geng mak. Tapi dalam diam dia, sekali dia cakap, mesti menusuk. Kalau mak bebel tak jalan, ayah warning sekali terus menjadi 🤭
Walaupun golongan suami jarang tunjuk sisi sensitif dan emosi, tapi dengan anak perempuan mereka akan tunjuk. Walaupun tak secara langsung, tapi kita boleh nampak. Begitulah, hubungan ayah dengan anak perempuan ni, memang unik 💕
MW: Semoga anak perempuan membesar dan menjadi anak yang solehah penyejuk hati mak dan ayah. Memang sukar menjaga seorang anak perempuan, namun percayalah jika asasnya mencukupi tak kiralah daripada didikan dunia dan akhirat, anak kita akan berjaya. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Musim sekarang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ditambah dengan wabak penyakit yang menular sekarang ini, tentu merisaukan semua pihak. Bagi anak-anak, rasa bosan mula melanda, nak tak nak bermainlah mereka depan rumah, tak boleh nak keluar sesuka hati.
Main hingga berpeluh dan ada pula anak-anak yang terus bersihkan muka menyebabkan panau mudah tumbuh. Setengahnya tidak sedar, ada panau yang datang menyinggah kat muka. Bagi anda yang bernasib baik, panau mungkin tumbuh di belakang atau anggota badan yang tidak dapat di lihat. Tapi kalau tumbuh di muka tentu memalukan jugak ye!
Sebab itu, orang tua cakap, kalau badan berpeluh, jangan basuh muka, panau cepat melekat. Satu hal pula untuk merawatnya. Kalau dibiarkan, makin banyak pula panau akan tumbuh. Sekarang, tak perlu risau, ada cara yang mudah untuk mak-mak rawat panau yang melekat di muka atau mana-mana anggota badan. Cuba cara ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Susah hati mak bila anak alami masalah susah tidur malam. Lagi-lagi mak ayah yang bekerja, berjaga tengah malam mahu letih keesokan hari. Anak pula, meragam tengah malam susah lelapkan mata.
Macam-macam cara mak ayah buat, nak bagi anak tidur. Pasang ayat Al-Quran dalam telefon, dukung anak sampai terlena sendiri atas bahu, tapi anak tetap juga bangun setiap malam. Ini mengganggu rutin harian mak ayah.
Menurut National Sleep Foundation, waktu tidur anak-anak ini berbeza:
0 hingga 2 bulan : perlukan waktu tidur 12 hingga 18 jam sehari (termasuk hari siang) 3 hingga 11 bulan : memerlukan tidur selama 14 hingga 15 jam sehari. (9 hingga 12 jam tidur waktu malam, 30 minit hingga 2 jam tidur di siang hari) Setahun hingga 3 tahun : perlukan tidur sebanyak 12 hingga 14 jam. (Waktu tidur siang semakin berkurang) 3 hingga 5 tahun : memerlukan 11 hingga 13 jam waktu tidur di malam hari. 10 hingga 17 tahun : perlukan 8 hingga 9 jam waktu tidur.
Anak yang berdepan masalah tidur malam ini, ada cara macam mana nak tenangkan mereka. Salah satunya melalui urutan mudah yang mak ayah pun boleh buat sendiri di rumah.
Gejala kembung perut ini, mudah saja dialami anak kecil dan ia menyebabkan gangguan tidur malam. Perasaan tak selesa itulah buat bayi menangis berpanjangan. Ibu, cubalah dukung bayi anda dengan posisi meniarap dan letakkan tangan pada perut anak kecil yang sedang tak selesa dan mengeras itu.
Urut perlahan pada bahagian perutnya yang tak selesa. Gunakan minyak yang selesa. Boleh juga anda pangku si kecil, goyangkan kaki mak sehingga anak tertidur.
Kadangkala, rangsangan yang terlalu kuat di persekitaran membuatkan anak kecil meragam waktu tidurnya. Jika televisyen terpasang, perlahankan bunyi suara dan gelapkan lampu yang terang. Dodoi anak kecil anda dan lakukan urutan ringan pada jari jemari kaki dan tapak kaki sehingga anak terlena.
Mak boleh juga pasang minyak aromaterapi dalam bilik yang memberi suasana selesa dan menenangkan pada si kecil. Sekali gus membantunya tidur dengan lebih selesa.
Sebaik memberikan ubat demam kepada anak mengikut preskripsi doktor, mak boleh cuba lakukan urutan lembut pada tubuh anak. Tujuannya untuk melegakan letih lesu yang anak sedang alami. Boleh juga lakukan urutan lembut pada jari jemari kaki dan tapak kaki anak dengan minyak yang selesa.
Setiap anak ada jadual tidurnya, yang mana kebiasaan ini boleh dibentuk mengikut kesesuaian anak kecil. Biasanya mereka tidur lebih nyenyak selepas makan dan mandi.
Mak juga boleh lakukan urutan tubuh secara lembut pada bayi. Sapukan minyak yang selesa agar anak lebih tenang dan lena waktu tidurnya. Ciptalah pola tidur anak sejak kecil. Seiring dengan perkembangannya, anak akan memilih sendiri cara tidurnya.
Setiap urutan yang mak berikan akan jadi lebih selesa jika menggunakan minyak yang sesuai untuk bayi sehingga anak kecil. Audelia Naturals, minyak bayi yang mempunyai kelebihan untuk bantu anak tidur selesa.
Rangkaian produk penjagaan bayi ini di datangkan dengan set khas dengan pelbagai kegunaan khusus. Setiapnya mempunyai kelebihan tersendiri:
Baby Shield – minyak untuk perlindungan bayi, mengurangkan keradangan dan juga melembabkan kulit (set MRK) Happy Belly – membantu memberi kelegaan, terutamanya untuk bahagian perut anak. Bedtime – memberi persekitaran yang menenangkan, bak aromaterapi untuk keselesaan tidur malam anak (set MRK) Sniffles – aroma yang segar dan dingin memberi kelegaan pernafasan kepada anak (set MRK) Buzz Free – meredakan kesan gigitan serangga pada kulit anak. Go Germs Buster – semburan yang membantu membasmi bakteria di persekitaran si kecil yang mudah dijangkiti. Apt Oil – menarik selera anak melalui bauan aroma terapi. Top To Toe – mengurangkan iritasi ringan pada kulit,melegakan kulit yang terdedah pada matahari dan mengekalkan kelembapan kulit si kecil.
Paling penting, setiap rangkaian penjagaan bayi ini didatangkan dalam bungkusan yang kecil, ringan dan mudah di bawa ke mana saja. Tentunya mak-mak boleh selit saja dalam tas tangan dan gunakan bila-bila masa diperlukan.
Audelia Naturals juga memperkenalkan Mummy Rescue Kit yang mengandungi 4 produk penjagaan bayi iaitu Baby Shield, Happy Belly, Bedtime dan Sniffles. Bolehlah mak ayah simpan di rumah dan guna apabila diperlukan si kecil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila PM lanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, ini peluang keemasan untuk para ibu. Manfaatkan masa PKP, atur strategi padu latih anak berpuasa sambil mak-mak ganti puasa.
Pertama kali puasa mesti rasa berat sangat nak mulakan langkah pertama. Mak-mak kena pandai beli jiwa anak. Mula-mula, terangkan dulu kenapa mereka kena berpuasa dan kelebihan puasa. Bila anak dah faham, barulah mereka sedang hadam.
Jangan paksa anak untuk terus puasa penuh. Tapi mulakan berperingkat. Permulaan, ajar anak berpuasa 1 ke 2 jam sehari. Hari seterusnya tambah kepada 2 ke 4 jam.
Kemudian latih anak berpuasa separuh hari. Bila kita mulakan perlahan-lahan, anak tidak terkejut dan tubuh mereka menerima perubahan ini.
Bila tengok anak dah steady, baru latih mereka puasa penuh. Hari pertama nak dapat mereka puasa penuh, memang kena tahan telinga. Ada yang menangis dan merayu nak berbuka sebab tak tahan lapar.
Pujuk elok-elok, dalam masa yang sama pantau keadaan anak. Kalau mereka nampak lemah sangat, mungkin mereka belum bersedia. Biarkan mereka berbuka dan cuba lagi esok sehingga akhirnya anak-anak berjaya puasa penuh.
Bila sentuh bab ini, mak kena ada strategi padu. Selain janjikan menu bersahur dan berbuka ikut taste anak, mak-mak juga kena pandai psiko anak-anak.
Jangan lupa sorok makanan , sebaiknya kosongkan peti ais seketika. Mak-mak pun janganlah menonton rancangan masakan, itu mengundang namanya.
Bagi motivasi berterusan dan beri hadiah bila anak berjaya puasa penuh. Mula-mula memang anak buat sebab nak hadiah tapi bila mereka meningkat remaja, keikhlasan akan datang sendiri.
Cara yang paling berkesan, bila mak cakap mak pun buat. Action speak lauder, anak akan lebih meniru perbuatan kita berbanding mendengar cakap. Jadi marilah kita ganti puasa berjemaah sambil teman anak-anak.
Saya pasti anak akan lebih bersemangat bila tahu mak pun berpuasa. Mereka rasa dihargai dan tidak keseorangan melalui ujian melengkapkan puasa. Jangan lupa ajar anak niat puasa ye, mak-mak pun sama. Selamat berjuang!
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang Semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lagi kejadian kanak-kanak terjatuh dari apartment di Kajang Selangor. Cukup tragis kerana anak lelaki berusia 11 tahun itu masih bersuara waktu jatuh dan akhirnya disahkan pergi buat selama-lamanya.