Tu dia.. sesekali bila anak Che Ta, Aaisyah Dhia melaram boleh kalah mak dia. Memang klon Che Ta betul ini. Bak kata Che Ta sendiri, bila nampak Che Ta pakai gelang, Aaisyah pun nak juga pakai gelang sama.
Macam pepatah yang Che Ta tulis ini, lucu bunyinya ’Mak borek anak rintik’.
Katanya, Jenuh la.. mak pakai handbag, dia pun nak handbag @london2kl . Mak pakai gelang, dia pun nak gelang, siap request nak cincin besaq.. mujur ada @habibjewelsofficial.”
Tengoklah sendiri.. memang besar betul gelang tangan Aaisyah ini. Mak-mak pun kalau ada duit lebih, boleh je hadiahkan gelang ke rantai ke dekat anak. Sebab bagusnya emas ini boleh jadi pelaburan kat anak tu.
Cuma kalau kecil sangat anak tu, jangan lah mak gigih pakaikan. Bukan apa, takut termakan dan tertelan. Dah satu hal nak bagi keluar dari perut pulak.
Ads
Aaisyah Tak Hairan Permainan, Suka Sangat Rantai
Kongsi Che Ta lagi, minat Aaisyah dekat gelang melebihi minatnya dekat permainan. Tak hairan pun.. tapi cuba nampak rantai.
“Bawak dia pi toys r us , tak heqan pun nak beli apa.. dia ikut kami pi @habibjewelsofficial , dia qeyau nak qantai .. mati la nak. Tak boleh keqap-keqap bawak dia pi @habibjewelsofficial #guguqbuluyangdokada.”
Ads
“By the way, kesukaan budak-budak bukan kita yang mengajaq.. dia suka , dia minat, dia mau apa yang dia nampak depan mata .. kalau dah celik mata nampak mak dia pakai gelang sampai ke siku , subang sampai ke bahu , memang tu yang dia mau !”
“So please tak payah nak dok komen macam-macam. Orang lain cara pun lain.. jangan ingat orang lain pun macam kita.. cara masing-masing berbeza.”
#takdakbendanakkomensimpanjaritu
Ads
MW : Dah rezeki Aaisyah Allah bagi lagu tu. Husnuzon je lah kan..
Aman Graseka bersyukur isteri selamat bersalin anak lelaki, begitulah luahan hati seorang suami dan ayah yang begitu gembira apabila isteri kesayangan Nurul Amrina Zamri, 32 selamat melahirkan cinta hati mereka.
Sebelum ini dilaporkan dek kerana Pandemik Covid-19, pelakon senior Aman Graseka, 53, juga turut terpalit dengan situasi yang melanda negara dan dunia ini.
Malah Aman dan isteri yang kini menetap di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 sekaligus mengehadkan peluangnya untuk berlakon.
Buntu untuk mendapatkan wang apabila isterinya dijangka melahirkan anak kedua mereka.
Dilaporkan juga Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem 1875 meminta penerbit dan pengarah filem terbabit menjelaskan baki bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.
Aman Graseka Bersyukur Isteri Selamat Bersalin Anak Lelaki
Terbaru pada 1 September lalu, Aman dan isteri telah dikurniakan anak lelaki. Isteri kesayangan selamat melahirkan bayi mereka di pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah.
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, anak kedua Aman dan pasangannya itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 3.54 petang dengan berat 3.1 kilogram.
“Syukur semuanya selamat. Isteri masuk hospital kira-kira jam 1 pagi, namun tanda-tanda kelahiran belum kelihatan.
“Doktor suruh tunggu dan akhirnya jam 3.54 petang barulah bayi kami keluar untuk melihat dunia. Alhamdulillah ibu dan bayi sihat,” kongsi Aman.
Kos Bersalin Isteri Ditanggung Seorang Pelakon Wanita
Malah pelakon senior ini juga bersyukur kerana kos bersalin isterinya di pusat perubatan itu ditanggung seorang pelakon wanita yang juga rakannya.
“Dia seorang pelakon wanita yang hebat dan rakan yang baik hati,” katanya.
Aman dan Nurul Amrina sudah dikurniaakn seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.
Kini Aman juga menerima sumbangan sebanyak RM500 dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) serta daripada rakan-rakan artis yang bersimpati.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Aman Graseka
Mingguan Wanita : Tahniah diucapkan buat Aman Graseka dan isteri. Semoga anak yang dilahirkan sihat dan menjadi anak yang soleh apabila dewasa kelak.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mila Syukur Allah Tak Bolak-Balikkan Hati Untuk Kekal Berhijab
Menerusi perkongsian sebuah video di akaun rasmi Instagramnya, selebriti dan juga bergelar usahawan wanita berjaya, Mila Jirin mengulas tentang isu buka tudung kerana dia sendiri akui sebelum ini niatnya mengenakan hijab adalah “tak betul”.
Sebagai insan biasa, dirinya juga tidak lari dari sebarang ujian Allah. Walaupun sebagai orang Islam kita tahu menutup aurat itu wajib, namun ada saja halangan melintang.
Mila juga menerangkan dek kerana rambut rosak teruk dia terdetik untuk memakai tudung.
“Saya masih ingat ketika itu rambut saya rosak teruk disebabkan kerakusan diri saya sendiri nak gayakan macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, sekejap straight dan akhirnya padan muka rambut rosak.
“Namun saya bersyukur pada Allah ia menjadi asbab saya bertudung, dan Dia tak bolak-balikkan hati saya.
“Walaupun niat pada awalnya tak betul, alhamdulillah Allah sudah betulkan niat itu dan saya dapat bertudung, dapat tutup aurat sekarang,” kongsi Mila.
Sahabat Diuji Allah
Mila menyambung bila mengetahui ada sahabat yang diuji Allah dengan membuka hijab, sebagai rakan dirinya mendoakan yang terbaik agar Allah berikan hidayah buat sahabat tersebut.
“Jadi bila hari ini bila dapat tahu ada sahabat kita diuji Allah, mungkin Allah sedang bolak-balikkan hatinya.
“Jadi kita yang membaca dan tahu akan cerita ini sebaiknya kita doakan dia, agar Allah memberi dia hidayah dan membimbing dirinya ke arah kebaikan.
“Sebab kita semua tak sempurna, kita sendiri pun banyak dosa. Tapi itulah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur dan harapnya sudah dilaksanakan.
“Insyallah kita doakan yang baik-baik,” ungkap Mila.
“Semoga Allah Menjaga Hati & Pelihara Iman Kita Semua”
Ramai yang memuji dan mendoakan Mila terus istiqamah.
Mingguan Wanita : Semoga Allah tak bolak-balikkan hati kita untuk kekal berhijab.
DJ Lin berkongsi rezeki dengan saudara mara, mahu anak teruskan amalan bersedekah. 1 Syawal pasti memahat detik indah pada setiap umat Islam.
Malah ibu tunggal yang juga pemilik nama sebenar Roslinda Abdul Majid atau lebih popular dengan panggilan DJ Lin juga bermurah hati dengan mengamalkan sedekah ketika menziarahi sudara mara yang uzur.
Malah penyampai radio Suria FM ini juga mahu anak-anaknya juga meneruskan amalan bersedekah akepada mereka yang kurang bernasib baik. Wanita yang kuat bekerja itu mahu anak-anaknya tahu, amalan berkenaan sememangnya dituntut agama.
DJ Lin Berkongsi Rezeki Dengan Saudara Mara
Ketika bertemu dengan DJ Lin baru-baru ini, ibu kepada Nureen Aresya, 21, dan Nazren Asyran, 19, seperti mana orang lain begitu teruja untuk pulang ke kampung menziarahi sanak saudara yang telah lama tidak bertemu.
“Tahun ini saya agak sibuk dengan urusan kerja dan hanya dapat cuti raya beberapa hari sahaja. Namun saya mahu mengambil kesempatan itu untuk melawat sanak saudara yang sudah uzur dan berusia dengan berkongsi sedikit rezeki serta kegembiraan bersama mereka.
“Saya mahu jejak mereka yang sudah lama tidak berjumpa, sekali gus memberikan contoh pada anak-anak saya agar meneruskan amalan tersebut sampai bila-bila,” luah DJ Lin yang bakal berangkat ke Eropah pada minggu kedua Syawal bagi mengikuti Persidangan Radio Eropah yang berlangsung di Sweden.
Raikan 1 Syawal Bersama Ibu Di JB
Seperti mana yang diketahui ramai, ibu kepada DJ Lin kurang sihat. Kesempatan pulang berhari raya bersama bonda tercinta sangatlah ditunggu-tunggu.
“Keadaan kesihatan ibu sekarang tidak begitu baik di mana dia kini mengalami strok, selain menjalani rawatan dialisis sejak empat tahun lalu.
“Saya dan adik-beradik yang lain memainkan peranan sendiri membuat pelbagai persiapan untuk menyambut raya seperti keperluan ibu, kelengkapan rumah, juadah dan sebagainya.
“Apatah lagi ibu lebih suka anak-anak menyediakan sendiri juadah berbanding membeli yang telah siap.
“Jadi kami akan masak dan anyam ketupat sama-sama setiap kali menjelang raya, tidak kiralah sibuk macam mana sekali pun,” kata DJ Lin yang tetap meluangkan masa bersama ibu tersayang walaupun dirinya terlalu sibuk bekerja.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...