Mak-mak terlalu sibuk, jangan sampai anak jadi mangsa jenayah seksual alam siber. Tanpa sedar dalam mengejar kesibukan dunia, mak-mak leka seterusnya mengabaikan keperluan anak-anak.
Seharusnya anak mendapat perhatian sewajarnya, namun atas desakan hidup apabila mak-mak juga perlu bekerja membantu suami, membuatkan perhatian kepada anak-anak berkurang.
Bukan tak sayang, tapi akibat terlalu sibuk anak-anak seringkali diabaikan. Dari situ anak mula mencari keseronokan di luar, paling mudah menerusi akses di internet.
Wahai mak-mak yang sibuk, ketahuilah anak-anak kita dah terdedah jenayah seksual terlampau di alam siber tanpa kita sedari.
Mak-Mak Terlalu Sibuk
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memandang serius dapatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima puluhan ribu alamat protokol internet (IP), yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak di internet.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun (gambar) berkata kes berkenaan memerlukan kerjasama segenap anggota masyarakat, untuk sama-sama mencegah dan melindungi kanak-kanak di negara ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menerusi agensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), akan melaksanakan advokasi dan program peningkatan kesedaran kepada ibu bapa, supaya cakna mengenai ancaman dunia siber bersama CyberSecurity Malaysia.
“Banyak lagi kerjasama yang dijalankan bersama Cybersecurity, bagi menyediakan persekitaran siber yang selamat dan kalis ancaman untuk kanak-kanak. Kami akan berkerjasama sebagai satu pasukan.
“Saya dan kementerian akan terus mempergiatkan usaha memastikan persekitaran siber yang selamat, agar kanak-kanak di negara ini tidak terdedah pelbagai risiko di alam siber, termasuk dieksplotasi dan pornografi,” katanya dalam kenyataan selepas membuat lawatan ke CyberSecurity Malaysia.
Ads
Anak Jadi Mangsa
Rina berkata, selain mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), beliau turut mengadakan perbincangan khas melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu Kanak-Kanak di Media Sosial, berhubung isu berkenaan.
Beliau berkata pertemuan turut diadakan dengan CyberSecurity Malaysia untuk menangani isu tersebut yang perlu ditangani segera secara sistematik, terurus dan terancang.
Jenayah Seksual Alam Siber
Bernama sebelum ini melaporkan sejak 2017 hingga Mac tahun ini, PDRM menerima 93,368 alamat IP yang disyaki terlibat melakukan kegiatan itu, daripada sistem perkongsian maklumat yang dianggotai antaranya Polis Antarabangsa (Interpol), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan National Center For Missing and Exploited Children.
Terdahulu dalam lawatan itu, Rina turut melawat Makmal Forensik Digital, Makmal MyCERT dan meninjau CyberSAFE L.I.V.E, iaitu galeri yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai ‘Galeri Keselamatan Siber Pertama’ di Malaysia.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Ts Dr Amirudin Abdul Wahab dan pasukannya turut menerangkan mengenai pengoperasian agensi berkenaan, yang dilengkapi teknologi terkini.
Dalam bab menggosok pakaian, yang buatkan mak-mak bahagia adalah mudahnya kerja-kerja menggosok. Sekali gosok, pakaian berkedut langsung licin.
Sayangnya, nak dapat kualiti gosokan yang macam itu kena keluar modal dekat ribuan ringgit. Sebab iron yang canggih macam itu, harganya memang tak kurang dari RM1000.
Mana nak cekau duit weh! Sebab itu, bila lelaki ini, Mohd Fairoz kongsi ada iron yang fungsinya macam iron beribu tu, dengan harga jimat.. mak-mak dah boleh start kumpul duit dari sekarang.
Main kutu, buat simpanan di maybank2u, simpan lebihan duit poket suami beri.. oh! itu semua antara idea untuk mak realisasikan impian beli iron idaman mak-mak ini.
Iron Idaman Ini Mudahkan Kerja Menggosok Mak-mak
Kata lelaki ini, “Tak perlu sampai beli harga beribu…hanya RM329 jer ( percuma iron board – ketika status ini dimuatnaik pada September 2018.”
Ya…ramai wanita terutama suri rumah idamkan iron yang memudahkan kerja meng’iron pakaian.
Apa yang susahnya meng’iron ni ? Itulah engkau… tak reti gosok sendiri pakaian, kan dah tak tahu.
Meh abang nak kongsikan pada semua.
Iron Philips GC3920 … tak mahal sampai nak bayar beribu.
Fungsi hampir sama je dengan yang beribu tu.
Temperature… TAK PAYAH SETTING.
Kau gosok je… detect sendiri.
Kain sutera ke… kain jeans ke… auto akan detect… kau gosok je terus.
Semua jenis kain sesuai… boleh gosok.
Tak payah risau.
Tak Perlu Buang Masa Tunggu Panas.. Lecehkan!
2500W… memang cepat. Tak payah tunggu lama. Gosok terus iron ni akan panas ikut kesesuaian. Mudah kan kerja menggosok… takyah buang masa tunggu panas.
Gerenti takkan overheat atau burning kain.
AutoOFF… kau tinggal lupa switch off, akan auto padam.
Kau tinggal iron tu suiz on… iron tak panas dan burn iron board.
Lain lain fungsi iron ni… kau google la atau tengok youtube.
Abang tau orang pempuan ni ngidam yang Philips Elite tu harga 1.8k. Sebenarnya diorang bukan nak iron mahal camtu cuma diorang hanya tau iron tu je fungsinya menyenangkan kerja meng’iron.
Bezanya Dekat Tank Air Tu Je
Sekarang abang dah kongsi kat korang iron philips yang fungsi sama. Bezanya abang rasa kat tank air tu je.
Iron yang ni tank nya kat iron. Jadi kecik kena kerap isi lah kalau gosok banyak kain.
Takkan isi air pun malas… kalau malas elok benor le kau beli 1.8k tu beli iron. Memang dicipta untuk kau yang over malas. Kena bayar lebih skit untuk fungsi lebih.
Harga retails iron ni tak silap abang RM470… tapi ada offer haritu kat Aeon, RM320 dapat iron board sekali.
Apa lagi…gi la beli.
Bijak skit berbelanja , banyakkan lakukan survey sebelum membeli.
MW : Pun dah survey, di Lazada harganya masih lagi bawah RM400. Apa lagi mak-mak, dah boleh masukkan wish list ya.
Ada apa sebenarnya dengan wristband pink ini? Itu adalah gelang tangan yang perlu dipakai oleh individu yang baru pulang dari luar negara dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.
Mereka perlu patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang kerajaan tetapkan, dan jika melanggar arahan boleh dikompoun RM1,000 malah jika memotong gelang itu boleh dihadapkan di mahkamah.
Malangnya, ada segelintir yang gagal mematuhi arahan. Bukan saja tidak berkurung dalam rumah dalam tempoh kuarantin selama 14 hari atau dua minggu, ada jua yang membuang langsung gelang tangan pink yang sepatutnya lekat di tangan sampai habis tempoh kuarantin.
Biarpun tidak bergejala, apabila mereka keluar, mereka sebenarnya berpotensi untuk menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19 kepada orang lain.
Dan inilah yang dihadapi oleh peniaga kedai makan, Nurul Chu Hada Karim. Bila mana kedai makannya, menjadi viral gara-gara makcik bergelang pink dirakam gambarnya sambil makan di kafenya.
Akuinya bukannya dia yang tidak patuh SOP tapi, sebagai peniaga dia tiada hak untuk selak lengan baju pelanggan.
Hanya patuh SOP pemakaian mask, check suhu dan menulis data di buku.
“Jika pelanggan sudah sedar akan dirinya yang diarahkan kuarantin. Sudah tentu pelanggan akan menyorokkan bukti dan mungkin dia tidak bergejala kerana terdapat kes positif tetapi tidak bergejala.
“Jadi pemilik cafe, setelah check suhu dan mendapati bacaan pada suhu normal, makan peniaga membenarkan pelanggan untuk memasuki premis.” Jelas Nurul lanjut.
Bimbang dengan kekalutan itu, Nurul menjelaskan situasi sebenar di facebooknya.
Belum pun berakhir kisah makcik wristband pink, timbul pula foto wristband yang ditanggalkan dan dibuang dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Denda Dan Tindakan Selanjutnya..
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan insiden tersebut. “Kes ini memang betul. Mereka pakai wristband tapi apabila mereka keluar di tempat awam, mereka telah dikesan oleh rakyat dengan menangkap gambar dan terus hantar gambar kepada kita.”
Katanya lagi, individu tersebut telah melanggar peraturan kuarantin di rumah. Dan tindakan akan diambil, mungkin denda dan tindakan lanjut.
Jabatan Kesiahtan Negeri (JKN) Perak pula telah mengenalpasti individu yang gagal patuh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan restoran yang dikunjunginya di bandar Meru Raya di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Nasihatnya, orang ramai yang pernah makan di kafe itu ambillah langkah berjaga-jaga dan jika bimbang bolehlah buat ujian Covid-19 atau jalankan kuarantin di rumah jika bergejala.
MW : Sebenarnya, Malaysia masih belum bebas lagi dari virus Covid-19 ya. Jangan cepat terleka, kita kenalah jaga kita agar penularan wabak ini dapat dikekang sepenuhnya dari negara kita.
Pasangan yang kini sedang hangat bercinta, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir telahpun selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara atas talian (online) semalam.
Perkongsian gembira tersebut dicoret oleh Ayda Jebat sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang juga teraju utama drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di TV3, Bukan Gadis Biasa memberitahu sudah menjadi tunangan Nabil pada hari ulang tahun kelahiran lelaki itu.
Bertunang Secara Online, Direstui Ahli Keluarga
Pasangan ini masih mengikut seruan kerajaan dengan melaksanakan arahan PKP dan sekaligus mengambil peluang bertunang secara online.
Bertunang Secara Online, Kumpulkan Ahli Keluarga Depan Kamera
Sebelum ini Nabil telah melamar Ayda pada ulang tahun kelahiran gadis itu pada 17 Mac lalu. Sementara itu, Nabil menerusi Instagramnya bersama beberapa rangkap pantun menjelaskan situasi ringkas yang berlaku pada hari bahagia mereka.
“Awal bermula dengan bismillah, Syukur hanya kepada Allah. Selawat Nabi kepada Rasullullah, Semoga pertemuan ini membawa berkah.
“PKP arahan pemerintah, Mengingkarinya akan disaman. Hajat dihati dah nak melimpah, Ingin menyunting bunga di taman.
“Walaupun jauh cinta tidak terhenti, Kumpulkan ahli keluarga di depan kamera, Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami, Harap doa yang baik-baik dari semua,” ujarnya yang turut memaklumkan bahawa gambar mereka merupakan gambar yang disunting.
Turut mendapat ucapan tahniah dan doa dari rakan artis dan peminat.
Tahniah juga diucapkan buat Ayda dan juga Nabil dari MW. Kami doakan pasangan ini akan segera ke jinjang pelamin ya.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.