Mak-mak Ni Kalau Tak Terjaga Sahur, Rasa Bersalah Sepanjang Hari Lebih-Lebih Lagi Tidak Anak Melepek

Share

Sekejap sahaja dah masuk pertengahan Ramadan, tak lama lagi kita nak beraya. Memang setiap kali tibanya Ramadan rutin harian mak-mak ini bertambah busy. Kalau dahulu lepas Subuh baru bangun, segelintirnyalah sebab ada di kalangan mak-mak yang memang jenis 4.30 pagi dah bangun sediakan keperluan keluarga.

Disebabkan rutin yang berubah ini buatkan mak-mak mengalami keletihan melampau hingga satu tahap letak jer kepala, terus terlelap. Oleh itu akan berlakunya kejadian tragis apabila tak terbangun sahur. Kadang-kadang dah set alarm di tiga hp berbeza, tetapi tetap juga tidak terjaga. Kejadian ini bukanlah selalu tetapi mungkin akan berlaku dua kali dalam sebulan Ramadan.

Tetapi perasaannya hanya Allah yang tahu apabila suami dan anak-anak tak bangun bersahur gara-gara kita tak terjaga. Suami kurang sikit rasa bersalah sebab dia dah besar panjang. Tetapi bila tengok muka anak memang rasa kasihan. Lagi-lagi anak yang baru belajar puasa, dari selalu ceria bermain, boleh tidur meniarap gara-gara tak makan sahur.

Kala itu bermain di fikiran, suruh jelah anak berbuka. Kasihan. Tetapi tidak semua kanak-kanak mahu tinggal puasa, jadi berterusan lah sampai ke waktu berbuka dia menjadi lembik macam kain buruk.

Tak bangun sahur satu hal, terlupa masak nasi waktu berbuka satu hal. Mak-mak kan banyak benda nak fikir, kadang-kadang dah masak nasi, lupa pula tekan suisnya. Time nak hidang makanan, baru tersedar bila senduk cecah air dalam periuk nasi.

Sebenarnya kejadian-kejadian tragis ini berlaku sebenarnya nak menguji sejauh mana kesabaran kita dalam berpuasa. Tak ke gitu, nak menutupi rasa bersalah sebenarnya. Hahaha… time tulah nak tengok suami dan anak-anak mampu tak berpuasa tanpa bersahur. Kalau mampu, kuatlah imannya. Begitu juga kala berbuka bila nasi belum masak, sabar tak suami telan air dahulu. Paling penting setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, sebagai manusia biasa, mak-mak pun sering lakukan kesilapan tanpa sengaja. Maafkan ye, salam 0-0.

IKLAN