Mak-mak bila sudah tekad nak bercerai, terus failkan hak penjagaan anak. Jangan tangguh!
Proses mahkamah akan mengambil masa, oleh sebab itu jika nak bercerai, sekalikan terus permohonan hadhanah.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Mimie Mizah ini, dia sarankan agar wanita yang melalui nasib sepertinya agar membuat persediaan awal setelah nekad mahu bercerai. Ini nasihatnya:
Mak-Mak Bila Sudah Tekad
Pentingnya failkan hak hadhanah interim dan hak hadhanah bersekali terus semasa failkan penceraian.
“Aku sikit habuk taksey dan tak penoh nok pero pun.” (Aku tak nak sebesar habuk pun dan tak pernah fikir nak pelihara). Akhirnya keluar juga watak sebenar, hampir 10 orang pegawai polis menjadi saksi.
Ayat yang keluar ini dari dua orang individu… akan aku ingat sampai bila-bila. Pakej dengan video rakaman dan perbualan yang aku akan simpan sampai bila-bila. Kelak, anak sudah dewasa, andai mereka bertanya, anak-anak akan tahu cerita sebenar yang berlaku.
Aku tak kisah mereka hendak cerita apa pada orang lain, pada orang kampung. Segala maki hamun, menyumpah, mengumpat, mengata, fitnah bagai, sikit pun aku tak kisah. Yang penting aku dan anak-anak tahu, dan Tuhan itu Maha Mengetahui.
Ads
Terus Failkan Hak Penjagaan Anak
Kenapa bila orang maki hamun, kita masih boleh tersenyum saja? Sebab walau mereka keluar perkataan kesat dan buruk macam mana pun, yang sakit itu hati mereka, bukan hati kita.
Mak-mak, bila sudah tekad nak bercerai, terus failkan sekali hak penjagaan anak. Jangan tangguh. Proses mahkamah ambil masa. Bila keadaan macam ini berlaku, PDRM akan bagi kerjasama terus sebab adanya perintah mahkamah.
Jangan Tangguh!
Sudah beberapa kali perintah ini dilanggar sebelum ini sebenarnya, aku masih bersabar dan bertahan. Tapi, tidak untuk kali ini. Sudah melampau sangat, tiga perjanjian dilanggar dan mereka anggap benda remeh saja.
Khalas. Yang penting, anak akan selamanya dengan aku, tanpa drama dan sandiwara lagi dari pihak belah sana.
Rata-rata warganet turut berkongsi bahagia apabila anak-anak kembali ke pangkuan Mimie Mizah. Alhamdulillah!
Mingguan Wanita : Setelah bercerai, permohonan hak jagaan (hadhanah) tersebut boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah negeri pihak pemohon bermastautin. Pihak pemohon juga boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili beliau dalam tuntutan tersebut.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, kos hidup setiap bulan bukan satu jumlah yang boleh buat orang bertenang. Perkongsian Professional Engineer, Ir Abdul Rahman Bahasabetapa mak ayah sanggup ketepikan kehendak diri sendiri demi anak adalah satu kiraan yang real.
Betapa struggle nya kehidupan sekarang ya mak ayah. Belanjawan ini adalah milik Puan R yang mana dia suri rumah sepenuh masa, suami bekerja dengan pendapatan bersih RM6000 dengan jumlah 4 orang anak.
DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA
Assalamualaikum Tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.
Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R.
YA! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu?
Ini latar belakang keluarga Puan R:
Punca pendapatan: Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa.
Gaji Suami: RM 8,000
Gaji Bersih Suami: RM 6,000 (approx. sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada OT untuk pendapatan tambahan)
Jumlah Anggota Keluarga: 6 orang
Jumlah Anak: 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun.
Lokasi tempat tinggal: Lembah Klang
Jenis Rumah: Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu)
Kereta: Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai)
Ini Pecahan Belanjawan Bulanan Puan R sekeluarga:
KOS HIDUP UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA
Kereta: RM850
Rumah: RM600
Barang Dapur Kering: RM450
Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900
SSPN ANAK: RM200
Van Sekolah ANAK: RM100
Yuran Ngaji ANAK: RM60
Yuran Tusyen ANAK: RM200
Belanja sekolah ANAK: RM624 Total: RM3,984
UTILITI
Coway: RM130
Elektrik: RM80
Air (bayar untuk meter pukal): RM40
Astro: RM90
Petrol: RM200
Unifi: RM150 Total: RM690
BELANJA UNTUK MASA HADAPAN
Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200
Hibah: RM200 Total: RM400
BAKTI PADA IBU BAPA
Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400
HUTANG LUAR JANGKA
Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300
LEBIHAN: RM226
Kesimpulannya, dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R: 66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga 11.5% digunakan untuk Utiliti 6.7% digunakan untuk Masa Hadapan 6.7% digunakan untuk Ibu Bapa 5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka Lebihan??? Hanya 3.7%.
Total: 100%
Ini Cerita Survival.. Bila Mana Kehendak Diri Ketepikan
Maka saya bertanya kepada Puan R.
Saya: Herm. Nampak nya belanjawan Puan lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni Puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan Tol, Parking, Bill Handphone?
Puan R: Tu lah Tuan..Nak tak nak. Suami kena buat OT. Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjam lah macam bulan lepas.
Sambung Puan R lagi..
Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan… DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA
MasyaAllah..Begitulah hakikat kehidupan sekarang.. Zaman kita Zaman Struggle..
Fikir-fikirkanlah…
MW : Boleh bayangkan macam mana pula keluarga B40 meneruskan survival hidup keluarga. Lagi-lagi yang ada anak ramai.
Suatu masa nanti, apabila anak kecil mak ayah mulai membesar, keletah, keriuhan mereka itulah yang akan mengundang rindu di hati mak ayah. Berlapang dadalah jika rumah tak bersih, bersepah sekejap demi melayan kesukaan anak-anak.
Sebagaimana pesan Abdul Muiez Ruslee ini, sementara anak-anak kecil sedang membesar di rumah mak ayah.. raikanlah kehadiran mereka dengan kasih sayang. Persepahan dan jeritan anak-anak saling mengusik itulah suatu hari nanti akan mak ayah rindui.
Anak-anak Jadi Milik Mak Ayahnya Hingga Usia 12 Tahun
Anak-anak akan menjadi milik kita sehingga usia mereka 12 tahun sahaja. Selepas itu, sedikit demi sedikit pegangan dan kebergantungan mereka kepada kita akan terlepas.
Masa itu, hanya kenangan masa lalu sahaja yang akan mengisi hari-hari kita.
Kena pula anak perempuan. Selepas terlafaznya sah pada akad nikah, maka hiraki ketaatan ibu bapa telah jatuh ke nombor dua dan tiga. Waktu itu, segala khidmat dan taat akan ditumpahkan kepada sang suami tercinta.
Tinggallah lagi ibu bapa menanggung kesepian di rumah.
Tiba Masanya Anak Perempuan Kesayangan Perlahan-lahan Dibawa Pergi
Anak perempuan yang kita sayangi, yang kita cintai, yang menjadikan ayah sebagai kekasih pertama, perlahan-lahan dibawa pergi. Waktu itu, hanya iringan doa yang dapat dibekalkan. Agar suami yang menjadi khalifah akan mengetuai bahtera sebaiknya.
Waktu anak kecil ini, biarlah mereka lakukan apa sahaja. Conteng dinding, buat sepah, kumbah baju, biarkan. Semua itu boleh dibersihkan.
Kerana, satu hari nanti, hanya kenangan itu yang akan menjadi penghibur hati di saat kita merindui mereka.
Ahhhh. Menitik pula air mata ni. Spoil betullah.
MW : Begitulah hati seorang ayah. Nampak saja tegas di depan anak-anak, namun jauh di sudut hati penuh dengan ‘taman’. Lagi-lagi bila berbicara soal anak-anaknya.
Jangan! Tolonglah kawal sebelum ia makin memberi kesan buruk pada rumah tangga. Tanpa mengira usia, ramai laki bini jadikan gajet orang ketiga dalam rumah tangga tanpa mengambil kira perasaan pasangan dan anak-anak. Mampu setia pegang phone ke mana-mana sampai nak makan dan tidur pun masih melekat di tangan. Allah… sedih!
BEZA DULU DAN KINI
Kalau dahulu, sebelum tidur pasti ada komunikasi, bincang itu, cerita ini tetapi sekarang susah sangat hendak dipraktikkan. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri kerana seronok ‘membelai’ telefon bimbit, komputer riba atau tablet dari melayan pasangan.
Sepatah ditanya, sepatah dijawab malah ada masanya langsung tidak berbalas. Sekejap senyum, sekejap masam, seolah-olah gajet itu lebih memahami daripada pasangan yang berada di sebelah. Teruk bukan?
JANGAN BUAT TAK TAHU YE!
Malah ada kes kecurangan suami isteri berpunca daripada GAJET!
Inilah penangan gajet kalau dipraktikkan dalam sisi negatif sedangkan jika diguna dengan baik banyak manfaatnya. Kalau macam ini, eloklah betulkan cara ini sebelum keadaan rumah tangga jadi lebih keruh…
1. BALIK RUMAH, PELUK ANAK BINI DULU
Balik rumah, peluk pasangan dan anak-anak dulu. Jangan biar gajet menguasai rumah tangga anda. Letakkan had waktu untuk menggunakan gajet di rumah. Bukan tak boleh langsung tetapi biar ada waktu untuk anda saling berkomunikasi dan buat aktiviti lain.
2. WUJUDKAN KAWASAN LARANGAN GAJET
Ini patut buat sebab kadang ada mak ayah yang sibuk main phone di meja makan, malah siap bagi anak sorang satu Ipad dan tab. Jadi sila wujudkan kawasan larangan gajet di rumah seperti di bilik tidur atau ketika makan.
Kadang ramai yang tenung phone sebab bosan tak tahu nak buat apa. Jadi, apa kata anda fikir dan rancang sesuatu aktiviti menarik sebelum pasangan buka phone. Mungkin boleh buat aktiviti membaca bersama, melukis atau tengok movie bersama. Contoh mudah: “Abang, malam ni kita baca buku bersama anak-anak ya.” Tolonglah bertukar jadi pengguna gajet yang bijak. Jangan terlalu obses hingga mengetepikan pasangan dan anak-anak.
4. BUAT JADUAL
Pelik juga jadinya kalau langsung tak buka phone, kadang ada yang bisnes. Jadi buatlah jadual. Mungkin pukul 7-8 adalah waktu LARANGAN dan selepas itu masing-masing boleh sentuh phone. Mana tahu ada yang nak reply mesej penting, bisnes atau gali berita terkini di media sosial.
5. TANAM DALAM HATI, PASANGAN DAN ANAK-ANAK ‘FIRST’
Mohon tanam dalam hati bahawa pasangan dan anak-anak adalah keutamaan. Yang lain-lain letakkan di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.
6. JANGAN LUPA, HABISKAN KERJA DI OFIS
Cuba elakkan dari membawa kerja-kerja pejabat di rumah seperti mengemas kini e-mel, melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Nikmatilah sepenuhnya saat-saat manis apabila berada di rumah.
Baik suami atau isteri, moga kita mampu jadi pasangan terbaik untuk si dia dan anak-anak. Nak selamatkan anak daripada masalah main gajet, mak ayah dulu kena selamatkan diri daripada ‘tekan-tekan phone’ depan anak-anak!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.