Sesungguhnya dalam sebuah keluarga, mak adalah guru kasih sayang, manakala ayah pula menjadi guru tarbiah, tegur anak yang buat silap. Begitulah hidup berkeluarga, saling melengkapi.
Fitrah seorang ibu penuh kasih sayang, oleh itu ayahnya sepatutnya menjadi seorang yang tegas menegur kesilapan anak-anak. Melentur buluh dari rebungnya. Sedari kecil biasakan diri untuk menegur kesilapan anak-anak.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais Salim ini dan fahami apa kelebihannya bila seorang ayah kerap menegur anak:
Peranan Ayah
Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita.
Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.
1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.
2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.
3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
Tegur Anak Buat Silap
4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anak mu.
Ads
5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga (self-esteem)
6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Mak Guru Kasih Sayang, Peranan Ayah Jadi Guru Tarbiah
Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– kemudian anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– malah anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– dan anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak. Jangan alpa, tegur untuk melentur!
Mingguan Wanita : Tidak semestinya menjadi garang untuk menegur anak, kadang-kadang tegur dengan berhikmah juga membuatkan anak boleh menerima dan mulai berubah sikap.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Suami kantoi curang selepas 13 tahun berkongsi hidup, isteri tak marah, malah mahu nikahkan suami dengan skandalnya.
Ternyata wanita ini cukup matang berdepan dengan ujian berat ini. Sebagai isteri tentu saja dia berasa kecewa, namun pasti tindakan ini diambil setelah dia fikir masak-masak untuk kebaikan bersama.
Suami Kantoi Curang
Seorang isteri di Jakarta, Indonesia yang berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain bertindak mengahwinkan si suami dengan wanita tersebut, lapor laman berita Suara.com semalam.
Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok dengan nama @ayuerizky_ramadhani.
Selepas 13 Tahun Berkongsi Hidup
Menurutnya, mereka sudah berkahwin selama 13 tahun, namun suaminya berlaku curang dengan seorang wanita sejak dua tahun lalu.
“Dia mempunyai perempuan simpanan, namun baru terbongkar selepas dua tahun,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama klip video tersebut.
Ada isteri yang sering merungut dan menyalahkan mentua bila suami enggan menolong membuat kerja-kerja rumah. Letih bila suami hanya tahu semuanya siap terhidang. Tiada langsung usaha untuk membantu isteri.
Pinggan, cawan minum sendiri pun malas hendak dibasuh. Apabila sudah tak tahu nak nasihat suami macam mana, isteri mengeluh. Salahkan ajaran mentua besarkan suami cara salah.
Isteri Jangan Salahkan Mentua Didik Anak Cara Salah Sejak Kecil
Sebagai manusia dewasa yang boleh berfikir, ياسمين حناني محمد سفيان fikirkan sejenak perkongsian ini. Sikap suami yang enggan masuk dapur’ bukan seratus peratus disalahkan atas bahu mentua.
Mentua Besarkan Suami Cara Salah Sejak Kecil?
Salahkan ajaran mertua membesarkan suami kita secara salah sejak kecil?
Bukan sekali kawan perempuan saya merungut yang lebih kurang begini bunyinya;
‘Akak dah tak tahu nak masak kuih apa petang ini, suami akak jenis kena makan kuih petang-petang sebab mak dia memang ajar macam itu dari kecil.’
‘Suami aku makan mesti 4 kali sehari, sebelum tidur paling-paling supper mesti ada teh dan biskut. Macam itulah dari dulu.’
Sepatutnya Suami Itu Sendiri Yang Kena Berubah
‘Suami saya kak, sadin telur memang tak makan, emak dia tak ajar makan. Kuah mesti santan, kuah air dia panggil air basuh tangan, pening saya nak masak.’
‘Susah kak laki saya, anak dan dapur semua tak pernah sentuh. Bapa mertua, ipar lelaki semua macam itu, pinggan letak di singki sahaja.’
Bukan Bermakna Sebagai Lelaki Tak Boleh Berubah
Ketahuilah wahai manusia dewasa, bila sahaja umur kita meningkat baligh, maka sempurnalah akal pemikiran kita untuk membezakan perkara baik dengan buruk. Emak ayah mentua tak pernah ajar anak lelaki ke dapur, bukan bermakna sebagai lelaki tidak boleh berubah selama-lamanya.
Emak tak pernah ajar anak makan budu, bukan bermakna tak boleh kahwin dengan orang Kelantan.
Jangan sesekali menyalahkan emak ayah kita. Kita ada otak ada fikiran, kehidupan manusia berubah. Dan jangan demand bagaimana ibu bapa layan kita maka kita minta pasangan kita layan juga sedemikian rupa.
Itu Cuma Alasan Sebab Tak Nak Ubah Sikap
Kita kahwin dengan pasangan kita, bukan dengan mertua kita. Salahkan orang tua hanya lah alasan tidak mahu berubah.
Jangan salahkan mentua kita dapat pasangan begini, dan jangan salahkan emak ayah sendiri bila kita jadi begitu dan begini, kita ada akal sendiri.
Seperti mana disebut dalam al Quran, apabila ditanya kepada orang jahil kenapa mereka tetap jahil, maka mereka menyalahkan nenek moyang mereka yang mengajar mereka kejahilan dan kesesatan.
Nak besarkan anak, bukan senang. Salah cara didik, kelaut jadinya. Pendek kata, apa yang kita buat dekat masa kecil, itulah yang akan ‘dituangkan’ balik pada kita.
Sebab itu kena bentukkan anak-anak masa dia kecil, nanti sampai ke besar dia akan bawa ajaran yang diterima. Cuba flashback sendiri, agak-agak cukup ke kasih sayang dan layanan kita bagi pada anak-anak?
Sebelum terlewat, renungkan pengisian daripada saudara Firdaus Shakirin ini sejenak.
Apa Yang Kita Ajar Anak
Dalam sehari, berapa jam masa yang kita luangkan untuk anak-anak kita?
Keluar pagi buta, bila balik dah malam, anak-anak seronok sambut kita balik. Kita mandi, solat dan makan, kita tengok tv, anak-anak bising, anak-anak datang tanya, nak bersembang, kita marah-marah.
“Bising je la, pergi duduk sana.”
Baru jumpa je, dah kena marah.
Anak-anak nak cerita apa yang dia buat kat sekolah, mata kita tengok handphone. Tengok Facebook, tengok WhatsApp, taip balas komen, tersenyum sendiri. Lepas itu anak-anak tengok je kelakuan kita, kalau dia tanya atau cakap lebih-lebih, kita marah dia lagi. Maka dia senyap, dia tak kata apa-apa.
Tengok Muka Anak Tidur
Bila anak-anak tidur, cuba kita tengok wajah anak-anak kita. Tenung muka anak-anak kita. Itu anak-anak kita dan kita orang tuanya.. Semakin lama tengok, semakin rasa bersalah. Teringat kita marah dia tadi, teringat yang kita tak layan dia, buat tak tahu kat dia. Seharian anak-anak kita tunggu kepulangan kita, lama kan. Kemudian macam tu sepatutnya kita layan dia?
Hari ni kita buat macam tu dekat anak-anak kita, tunggu lagi 10-20 tahun. Agak-agaknya anak-anak kita akan buat benda yang sama tak kat kita? Masa tu kita nak kata dia derhaka sebab tak layan kita, tak sembang dengan kita, buat tak tahu kat kita?
Salah Didikan Ke?
Kita yang didik dia macam tu.
Kita tak luang masa dengan anak-anak kita, pentingkan handphone lagi daripada anak-anak. Cubalah letak tepi handphone kita tu bila kita dirumah. Luangkan masa dengar apa yang anak-anak nak cakap, nak cerita, main dengan diorang. Ajar diorang kerja-kerja sekolah. Itu tugas kita sebagai ibubapa.
Kalau kita terlepas saat-saat ini, kita tak akan boleh kembalikan lagi dah masa bersama mereka. Mereka akan terus membesar dan akan meninggalkan kita.
Masa tu kita akan rasa sunyi dengan ketiadaan mereka. Berubahlah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!