Kisah Mak Cik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob sebelum ini pernah tular apabila dia dengan lantangnya memberi komen dan menghina Melayu malas.Kali ini, namanya muncul lagi apabila wanita yang lebih dikenali sebagai Mak Cik kemboja ini berkongsi detik dirinya diceraikan oleh suami, dikenali sebagai ‘Mr. S’, secara live di media sosial pada 7 Ogos 2025.
Mak Cik Kemboja diceraikan, 200 mata melihat
Lafaz cerai itu dibuat ketika beliau berada di Mahkamah Syariah Johor Bahru untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Ketika di mahkamah, Mak Cik Kemboja sempat membuat live di TikTok dan ketika itulah ‘Mr. S’ menulis lafaz talak di komen.
15 tahun rumah tangga runtuh kerana orang ketiga
Menurut perkongsiannya, rumah tangga yang dibina lebih 15 tahun berakhir bukan kerana ketiadaan cinta, tetapi disebabkan kehadiran orang ketiga yang didakwa tidak tahu menghormati hubungan perkahwinan orang lain.
Berakhirlah sebuah kisah… lebih 15 tahun dibina, akhirnya runtuh bukan sebab tiada cinta, tapi kerana hadirnya orang ketiga yang tak tahu erti hormat.
Ads
Meskipun pahit untuk diterima, Mak Cik Kemboja reda kerana percaya Allah mengetahui siapa yang benar-benar teraniaya. Baginya, kadang-kadang kehilangan itu sebenarnya adalah penyelamat.
Dalam perkongsian tersebut, Mak Cik Kemboja dikatakan terlalu lama bersabar dan cuba bertahan demi anak-anak. Namun, sikap ‘Mr. S’ yang semakin menjauh dan membisu membuatkan beliau nekad untuk bangkit memperjuangkan hak sebagai isteri yang digantung tanpa tali.
Ads
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberikan kata semangat agar beliau terus kuat menghadapi ujian.
“Bersaksikan 200 lebih mata yang melihat, perceraian itu, Mr. S tulis, ‘dengan lafaz bismillah, Mariyah Bt Yaakob aku ceraikan kau’, terima kasih Mr. S atas cerai yang kau lafazkan pada 7 haribulan Ogos 2025 dan ternyata engkau adalah seorang suami yang tak ada iman,” ujar Makcik Kemboja sambil menahan rasa sebak.
Video lafaz cerai tersebut telah meraih lebih 500K jumlah tontonan dalam masa 17 jam ia dimuat naik. Sudah ia pastinya mendapat perhatian netizen. Ada yang mempersoalkan jika cerai itu jatuh talak 3 memandangkan lafaz dibuat selama 5 kali selain daripada memberi sokongan moral buat Makcik Kemboja.
Ads
Hurm, apapun tunggu keputusan mahkamah dan semoga Makcik Kemboja kuat.
Bagi seorang ibu, setiap detik bersama anak adalah hadiah yang tiada gantinya. Dari saat pertama mereka membuka mata, sehinggalah melangkah ke dunia luas yang penuh cabaran, hati seorang ibu sentiasa dibalut doa agar anak-anaknya membesar menjadi insan berguna.
Itulah perasaan yang kini sedang dirasai oleh pelakon, usahawan dan figura inspirasi ramai wanita, Wawa Zainal.
Anak gadis keduanya, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa, baru berusia 10 tahun, namun sudah menunjukkan jiwa yang luar biasa besar. Bukan sekadar pandai berkata-kata, tetapi benar-benar mahu meletakkan nilai hidupnya pada memberi dan berkongsi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa tidak menyangka bahawa niat tulus anaknya itu mampu menyentuh hati ramai. Dalam sebuah video, Hayla dengan wajah polos berkata dia mahu menggunakan wang hadiah sebanyak RM3,000 yang diberikan oleh Wawa dan Aeril sempena ulang tahun kelahirannya, untuk membeli sebuah televisyen kepada rumah anak yatim.
“Saya nak belikan mereka TV sebab sebelum ini mereka kata nak TV. Saya rasa nak beri mereka TV yang paling besar. Duit baki ini saya mahu belikan mereka makanan dan kek,” ujar Hayla sambil tersenyum.
Kata-kata yang lahir dari bibir seorang anak kecil ini barangkali kedengaran mudah, tetapi bagi yang memahami, ia sarat dengan nilai empati. Dia tidak memikirkan dirinya, tidak memikirkan keinginan kanak-kanak sebayanya, sebaliknya meletakkan kebahagiaan orang lain di hadapan.
Menariknya, ulang tahun kelahiran Hayla kali ini memang cukup istimewa. Selain hadiah wang tunai, dia turut menerima sebuah hadiah bernilai tinggi sebuah kedai untuk memulakan perniagaan. Sebuah hadiah yang besar nilainya, tanda kasih dan sokongan penuh dari kedua orang tuanya yang mahu membentuk minda usahawan sejak kecil.
Namun, di sebalik segala kemewahan dan peluang yang diberi, hatinya tetap berpaling kepada mereka yang kurang bernasib baik. Apa ertinya sebuah kedai jika jiwa tidak tahu erti berkongsi? Hayla membuktikan bahawa rezeki yang ada tidak semestinya untuk diri sendiri sahaja, tetapi boleh menjadi jambatan kebahagiaan buat orang lain.
Sebagai seorang ibu, Wawa tidak mampu menahan rasa bangga. “Tak sangka anak sekecil itu sudah ada kesedaran untuk berkongsi rezeki. Saya sebagai ibu, hanya mampu bersyukur dan berdoa agar jiwa murni ini terus subur dalam dirinya,” kata Wawa penuh sebak.
Bagi Wawa, ini bukan sekadar tentang membeli televisyen atau makanan, tetapi tentang membentuk hati seorang insan yang tahu nilai memberi. Melihat anak-anak memiliki kesedaran seperti ini adalah doa yang menjadi nyata. Doa setiap ibu yang mahu melahirkan generasi bukan hanya cerdas fikiran, tetapi juga lembut hati dan kuat jiwa.
Di usia sekecil itu, Hayla mengajar kita sesuatu, bahawa nilai kemanusiaan tidak terikat pada umur. Seorang anak kecil juga mampu menyentuh hati dunia dengan perbuatannya.
Bayangkan, jika semua anak-anak dibesarkan dengan kasih sayang, doa yang tidak pernah putus, dan dididik untuk bersyukur, betapa indahnya dunia ini.
Kisah Hayla bukan sekadar kisah seorang anak artis terkenal. Ia adalah cerminan bahawa setiap ibu bapa boleh menanamkan benih kasih sayang dan empati dalam diri anak-anak mereka.
Dalam dunia yang semakin individualistik, kisah ini hadir sebagai cahaya, mengingatkan kita bahawa masih ada hati kecil yang tulus, masih ada jiwa murni yang mahu berkongsi walau belum mengenal erti dunia sepenuhnya.
Mengundang teka-teki dan getar di hati peminat, penyanyi bersuara merdu, Amira Othman tampil dalam persalinan pengantin serba putih menerusi sebuah hantaran video di Instagram baru-baru ini.
Biarpun difahamkan ia hanyalah gimik bagi muzik video terbaharu, namun busana lengkap dengan layah, tiara dan dulang hantaran yang tersusun indah nyata mengundang spekulasi soal jodoh.
“Hidup kita semua mempunyai takdir yang berbeza-beza. Cepat atau lambat tiada siapa yang tahu urusan Dia (Allah). Jangan khuatir tentang perjalanan kita, kerana kita ada Dia,” ungkap Amira, atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 31, dalam potongan video berdurasi singkat itu.
Selain menawan mata dengan pesona wajah dan solekan yang menyerlahkan auranya, Amira turut menitipkan pesanan penuh makna tentang ketentuan Ilahi.
“Tiada perkara yang terjadi dalam hidup kita dikatakan lambat mahupun terlalu cepat kerana takdir kita semua adalah berbeza-beza. Yakin dan pasti yang baik-baik,” ujarnya.
Kata-kata itu membuatkan ramai yang percaya seakan ada rahsia besar menanti di hujung jalan cinta Amira.
Lebih menguatkan teka-teki, nama Amira sekali lagi dikaitkan dengan aktor pujaan ramai, Fattah Amin, yang sejak akhir-akhir ini sering digosipkan rapat dengannya. Namun, ramai juga menebak video tersebut hanyalah gimik semata kerana pada masa sama, Fattah dilihat bercuti bersama anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, di Disneyland Tokyo.
Menariknya, ruangan komen hantaran itu dibanjiri doa dan ucapan peminat. Ada yang memuji kecantikan Amira, malah tidak kurang yang menitipkan harapan agar hubungan dengan Fattah berakhir ke jinjang pelamin.
“Masya-Allah cantiknya, semoga hari bahagia itu menjelma,” tulis seorang netizen penuh pengharapan.
Sebelum ini, pasangan itu hanya mengakui sekadar teman sekerja, biarpun hubungan mereka dilihat semakin akrab hingga melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.
Terbaharu, khabar angin bertiup kencang mengatakan mereka bakal disatukan Oktober depan. Malah, ada peminat berteori bahawa tarikh keramat itu mungkin lebih awal — bertepatan dengan ulang tahun kelahiran Fattah pada 14 September.
Nampaknya soalan paling popular “Bila nak kahwin?” yang sering dilemparkan kepada Amira kini semakin ‘panas’.
Bukan sekadar gurauan biasa, tapi kali ini video terbaru yang dimuat naik pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena di Instagram seolah-olah memberi petunjuk bahawa sesuatu yang istimewa bakal berlaku.
Apakah benar gimik itu sekadar promosi lagu, atau petanda tersirat ke arah satu ikatan yang sah? Sama-sama kita nantikan jawapannya. Difahamkan satu sesi siaran langsung di TikTok bakal diadakan antara pihak HijabistaHub dan Amira pada 29 Ogos ini.
Dalam diam, pelakon dan penyanyi tersohor Indonesia, Acha Septriasa, telah menamatkan ikatan perkahwinannya dengan Vicky Kharisma pada Mei lalu, menandakan noktah kepada episod panjang yang penuh gelora dan pertikaian emosi.
Keputusan muktamad itu diputuskan oleh Mahkamah Agama Jakarta Pusat secara verstek (sepihak), setelah Vicky gagal hadir ke mahkamah meskipun telah dipanggil secara rasmi. Hakim mahkamah menjatuhkan talak satu ba’in shughra, menandakan Acha kini sah bergelar ibu tunggal.
“Menjatuhkan talak satu ba’in shughra Tergugat (Vicky Kharisma Muriza H. Afrizal Muis) terhadap Penggugat (Jelita Septriasa IR Sagitta Ahimsha),” – petikan salinan keputusan rasmi dari Direktori Putusan Mahkamah Agung Republik Indonesia.
Difahamkan, badai rumah tangga pasangan ini telah mula bergelora sejak tahun 2021 lagi. Pertengkaran demi pertengkaran mewarnai hubungan mereka, sehingga dikatakan Vicky pernah melafazkan cerai sebanyak lima kali, satu angka yang menggambarkan betapa renggang dan rapuhnya kasih yang pernah disematkan.
Sebelum Acha mengajukan tuntutan cerai, pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun, petanda jelas bahawa hati mereka telah lama menjauh, walau masih terikat secara sah.
Acha dan Vicky disatukan dalam satu majlis pernikahan indah pada 1 Disember 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bridgia Kalina Kharisma, yang kini menjadi tumpuan kasih sepenuh jiwa Acha.
Namun, seperti pepatah lama, tidak semua yang indah kekal abadi. Langit cinta mereka yang pernah cerah akhirnya diganti awan mendung perpisahan.
Dalam keputusan mahkamah yang sama, Acha juga diarahkan untuk menanggung kos perbicaraan sebanyak Rp2.358 juta (anggaran RM700) angka kecil jika dibandingkan dengan harga sebuah ketenangan jiwa dan kebebasan dari ikatan yang menyakitkan.
Perpisahan ini mungkin menyedihkan bagi yang memandang dari luar, tetapi buat Acha, ia adalah tindakan berani seorang wanita yang memilih diri sendiri dan masa depan anaknya. Dalam dunia hiburan yang penuh tekanan dan perhatian umum, Acha berdiri teguh, tidak hanya sebagai artis, tetapi sebagai wanita yang tahu bila perlu melepaskan.
Mungkin ini bukan penamat, tetapi permulaan untuk lembaran bahagia yang baru.
Sebelum ini tular kisah Adik Adam atau nama penuhnya Muhammad Adam Mikhael yang berumur 3 tahun demam rindu, pengasuh sanggup naik motosikal datang ziarah walau jarak jauh dari rumahnya.