Dalam proses nak besarkan anak-anak, ada ketikanya mak-mak jerit dekat anak. Tindakan itu akan buatkan anak-anak label ibu bak ‘singa’. Garang kata mereka. Hakikatnya, bukanlah garang semata-mata tapi tegas.
Dalam bertegas itu, memang tak dapat larilah dari mak ayah TERmenjerit. Semua itu demi mahu membentuk sikap anak-anak ikut acuan yang betul.
Ini perkongsian daripada Puan Nadiah Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Cik Nad berkongsi semula tip melalui pembacaannya di laman web berbahasa Inggeris.
“Semalam cerita kisah jerit, Cik Nad nak share lah juga sikit input daripada pembacaan artikel bila ya dah tak ingat.
Disclaimer : ini BUKAN kempen jerit pada anak ye. Hanya nak sampaikan mesej, “i feel u bebeh, i feel u.”
5 Salah Faham Tentang Menjerit Pada Anak
Apabila ibu bapa menjerit pada anak, 5 hal inilah yang akan ibu fikirkan. Bertenang mak ayah, anda tidaklah seteruk yang dibayangkan. Kerana jawapan di bawah inilah yang akan menenangkan kembali mak ayah.
1. Saya Adalah Ibu Ayah Yang Teruk – SALAH
Hakikatnya:
Kita ibu ayah yang baik, sebab itu kita sentiasa mengingatkan anak-anak. Mungkin anak-anak tak menerima mesej penyampaian kita pada ketika itu dengan baik.
Ibu ayah yang baik sentiasa mencuba. Ibu ayah yang teruk tak kisah, lantak pi lah hampa.
Ibu ayah yang baik akan rasa bersalah kalau jerit pada anak anak, ibu ayah yang teruk memang tak akan rasa bersalah.
Kita sentiasa utamakan keperluan anak-anak.
Kita penat, kita serabut, kita stres.
Normal kalau kita terjerit sekali sekala.
Yang tak normal jerit sepanjang masa.
Ibu ayah yang baik pun ada macam-macam perasaan termasuklah marah.
Jom belajar handle marah diri sendiri, bonusnya anak-anak pun pandai control dan handle perasaan marah tu sendiri.
Ads
2. Saya Merosakkan Anak Saya Selama-lamanya. SALAH
Hakikatnya:
Perasaan itu memang sangat tak best.
Lebih-lebih lagi banyak buku parenting sebut tentang emosi anak apabila dimarahi.
Namun.
Ada kajian, hubungan keluarga yang sihat adalah balance negatif dan positif.
Kalau ada satu interaksi negatif kena top up balik dengan 5 interaksi positif.
Ok nak senang, kalau TERjerit pada anak anak jomlah kita top up balik dengan SEBANYAK BANYAKNYA dengan 5 bahasa kasih sayang tu
+ Kata kata pujian : ayat ayat manis yang diorang memang suka
+ Hadiah : belanjalah sekali sekala benda benda yang diorang suka
+ Sentuhan : peluk, usap kepala, ciuman kasih sayang sambil selawat, ya latiff
+ Masa bersama : Masa yang berkualiti di sini maknanya 100% kita bermain dengan anak walaupun hanya 5 minit.
+ Rasa dilayani (act of service) : “abang ni ibu masak khas untuk abang”,”abang ibu tolong abang kemas mainan sebab abang dah letih seharian di sekolah kan.”
Kita cubalah ya sama-sama.
BALANCE. Seimbangkan.
3. Saya Satu-satunya Ibu Yang Menjerit Pada Anak-anak. SALAH
Hakikatnya:
Macam kawan saya cakap, mak-mak Asia ni mak rimau. Kah kah kah.
Ads
Kadang-kadang mak yang nampak cool tu adalah mak yang paling garang. Kita tak tahu apa struggle dia eh.
Jadi, kena ingat tu bukan kita seorang yang struggle.
4. Ada Ibu Yang Jerit Pada Anak Sekali Je – SALAH
Hakikatnya:
Semua orang memang hari-hari struggle berusaha nak kurangkan jerit, tapi akhirnya jerit juga.
*sigh.
Hidup kita memang kadang di atas kadang di bawah.
Masa di atas enjoylah momen-momen indah dengan anak-anak.
Masa hidup kita serabut semua benda, TERjerit-jeritlah kita lagi.
It’s ok. Maafkan diri sendiri dan berusaha lagi.
Jangan hidup dengan perasaan bersalah. Nanti makin stres. Anak-anak juga mangsa.
5. Mustahil Bagi Saya Untuk Kurangkan Jerit – SALAH.
Hakikatnya:
Kita boleh sentiasa berusaha.
Ads
Itu PILIHAN.
Kawal apa yang kita boleh kawal.
Kita boleh kawal diri sendiri. Tapi tak boleh kawal sikap anak.
Cuba teknik yang sesuai dengan jiwa dan apply.
Bila dah back on track anak anak pun happy, kadang ada masa terjerit lagi. It’s ok.
Taubat, istighfar, zikir, doa dan start je rutin macam biasa balik.
Pegang Ini Ibu Ayah
Kita adalah ibu dan ayah yang baik.
Kita TIDAK SELAMANYA merosakkan anak kita.
Bukan kita seorang yang menjerit pada anak.
Kita BOLEH stop menjerit.
Tapi kalau kita TERjerit lagi, it’s ok.
TERjerit ye,
Bukan jerit tu adalah hobi atau makanan anak hari-hari. Yang itu, memang kena minta surat doktor jumpa pakar psikatri.
Ujian terbesar seorang ibu adalah anak-anak, sebab kita sangat sayang pada mereka. Tapi, matlamat utama kita bukan mereka.
Matlamat kita adalah jadi TERBAIK di mata Allah. Bila kita berusaha jaga yang ni, insya Allah yang lain lain akan follow dan jadi lebih mudah.
Sumber/Foto : Facebook Nadiah Ahmad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Takkan anak lima, bagi RM100?” Tak mahu akaun dibekukan, suami bayarlah nafkah ikut keperluan isteri dan anak-anak. Janganlah ikut suka hati nak bagi berapa kepada isteri dan anak-anak.
Bab nafkah jangan dibuat main atau bila ada duit baru bagi, sebaliknya tanggungjawab seorang ke atas anak-anaknya tidak akan terputus walaupun telah bercerai dengan isteri.
Soal bekas isteri itu masalah lain, tetapi soal anak perlu diutamakan. Takut lambat laun bila isteri ambil tindakan mahkamah disebabkan ayah-ayah culas membayar nafkah, jangan ternganga pula.
Peguam Syarie Kelantan, Tuan Naim Mokhtar berkongsia berita baik untuk para isteri dan anak-anak!
Suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah berdepan tindakan sekatan akaun bank selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan diwartakan pada 10 Februari 2021.
Suami Bayarlah Nafkah Ikut Keperluan
Membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah adalah pilihan terakhir isteri untuk paksa suami yang culas bagi nafkah. Isteri tidak akan membuat tuntutan nafkah sekiranya suami atau bekas suami selalu membayar nafkah setiap bulan untuk isteri dan anak-anak.
Jadi apa yang patut dilakukan oleh suami daripada dibekukan akaun bank ialah bayar nafkah untuk isteri dan anak-anak mengikut keperluan. Takkan kalau anak lima orang nak bagi nafkah rm100 kan?
Mingguan Wanita : Jangan meremehkan soal nafkah ya suami sekalian. Memiliki keluarga baru tidak bermakna anda perlu melupakan segala tanggungjawab terdahulu. Renung-renungkan….
Suami bila terlalu lama ‘bergantung hidup’ pada isteri, rasa hormat isteri akan hilang. Dalam sesebuah perkahwinan, suami dan isteri sepatutnya saling melengkapi, menyokong, dan bekerjasama dalam membina kehidupan bersama.
Suami Bila Terlalu Lama ‘Bergantung Hidup’ Pada Isteri, Rasa Hormat Isteri Akan Hilang
Namun, apabila seorang suami terlalu bergantung hidup pada isteri, baik dari segi kewangan, emosi, atau urusan rumah tangga, keharmonian rumah tangga boleh tergugat.
Apa yang sepatutnya menjadi hubungan saling melengkapi boleh bertukar menjadi beban yang hanya ditanggung sebelah pihak, hingga akhirnya menyebabkan ketidakpuasan hati dan konflik yang berpanjangan.
Perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini mengingatkan pada suami di luar sana supaya lebih bertanggungjawab dan jangan biarkan isteri yang uruskan segala hal-hal rumahtangga.
1. Kita jadi lelaki nie, bukan sebab kita beli beras dan ada lato lato sahaja. Kita jadi sebab lelaki itu datang dengan tanggung jawab.
2. Kita gagah, hebat, kuat, baik, ensem macam Kim Dong Jun pun. Jika tak bertanggujawab susah pasangan kita nak hormat.
3. Kita jumpa ramai, muka tak hensem, hidup sederhana tapi dialah tulang belakang keluarga. Semua dia usaha beli semua benda sampai ‘kering’.
4. Dia tak boleh beli benda benda mewah buat bini. Tapi semua benda asas keluarga dia usahakan beli.
5. Bayar kereta, rumah, makan, pakai, anak semua dia usahakan. Kadang, dia nak tukar baju setahun sekali pun susah. Sebab dia rasa bertanggujngawab.
6. Percayalah, dia akan ‘dapat’ penghormatan dari isteri.
Kawan kawan, lelaki ini memang itu fitrahnya. Jika hari ini kita masih bahas, “Apa salahnya kongsi sama suami isteri.” Benar, tiada salahnya.
TETAPI JIKA TERLALU LAMA KITA BERGANTUNG HIDUP PADA ISTERI.
RASA ‘HORMAT ISTERI PADA KITA’, AKAN BERKURANGAN DAN AKAN DIAM DIAM HILANG.
Penghormatan ini bukannya diminta, tetapi diperolehi oleh sang suami bila dia menjaga keluarganya dengan baik.
Jaga keluarga kita dengan baik.
Sediakan rumah kecil yang baik dan selesa buat keluarga kita.
Kata Mary Martin, perkawinan adalah sebuah lembaga untuk saling menghormati di mana isteri selalu benar, dan yang salah itu selalunya menjadi suami.
Perkahwinan adalah perkongsian antara dua insan, bukan beban yang harus dipikul oleh seorang sahaja. Suami seharusnya memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, bukan hanya bergantung kepada isteri dalam segala hal.
Jika keadaan ini berterusan tanpa perubahan, rumah tangga boleh menjadi porak-peranda, membawa kepada ketidakbahagiaan dan akhirnya perpisahan. Oleh itu, suami yang berada dalam situasi ini harus segera berubah dan mengambil langkah untuk menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab dan dihormati dalam keluarga.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak dinafikan wanita dijamin masuk syurga asalkan memenuhi 4 syarat yang telah ditentukan oleh Allah. Namun teryata ia tidaklah semudah yang disangka. Ramai isteri sukar untuk memenuhi syarat keempat iaitu mentaati suami, apabila diuji dengan suami yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah tersendiri sehingga menguji tahap kesabaran yang tertinggi.
Dalam satu kuliyyah oleh penceramah Ustazah Asma Harun ada menjelaskan bahawa wanita itu boleh masuk daripada mana-mana pintu syurga yang dia nak masuk. Syaratnya kena penuhi 4 perkara ini;
1. Dia menjaga solatnya. 2. Berpuasa di Bulan Ramadhan. 3. Menjaga Maruah. 4. Mentaati Suami.
Menurut Ustazah Asma lagi, ramai perempuan boleh lulus bab jaga solat, berpuasa dan menjaga maruah. Tapi yang keempat adalah yang paling payah iaitu mentaati suami. Ramai yang diuji suami sampai mati. Sampailah dicatat oleh Allah sebagai “As Sobirin” orang-orang yang sabar.
Mati sebagai orang yang sabar itulah orang yang paling beruntung. Sebab para penghuni syurga Allah paling ramai dikalangan “As Sobirin” iaitu golongan para nabi dan wali Allah.
Suami Pahala Sabar
Tambah ustazah lagi, diri kita sangat istimewa apabila Allah jadikan kita sebagai wanita, Allah meletakkan kita boleh masuk mana-mana pintu syurga dengan 4 perkara tadi dan ikat dengan suaminya.Sebab apa daripada suamilah pahala sabar kita.
Gudang pahala kita yang utama bukan di pejabat, bukan diluar orang berniaga, tapi gudang pahala terbesar wanita adalah di rumahnya sendiri. Dimana ketiga-tiga perkara itu dia boleh dapat dirumahnya sendiri.
Jangan kita melihat suami yang menguji sabar kita, tapi kita lihat Allah yang menguji kita, suami perantaraan.Jangan kita melihat anak yang menguji sabar kita, tapi yang uji kita sebenarnya Allah dan anak sebagai perantaraan.Setiap kali apa yang berlaku, Allah yang menguji kita.
Sebab itu Nabi SAW bersabda didalam Hadis Qudsi;
“Apabila hambaku diuji, aku akan mengutuskan bersama ujian tersebut malaikat bersamanya.Dan sekiranya hambaku itu terima dengan redha dan sabar, dia berhak mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tapi sekiranya hambaku menerima ujian itu dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku”.
Tip Ketika Ditimpa Ujian
Antara Tips yang dikongsikan oleh Ustazah Asma ketika diuji, ucapkanlah “Inna lillahi wa inna lillahi rojiun”.
“Apabila hambaku ditimpa musibah,lalu mengucapkan “Inna lillah wa inna illaihi rojiun” mereka itulah yang akan mendapat solawat dan rahmat pertolongan daripada Allah”
Apabila ditimpa ujian ucaplah “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun”.Bermaksud sesungguh ia datang daripada Allah dan dikembalikan semula kepada allah.
Sebenarnya ramai yang tidak faham dengan penggunaan kalimah “Inna lillah wa inna illaihi rojiun” yang sering dikaitkan dengan kematian. Sebenarnya maksudnya lebih daripada itu, segalanya diserahkan kepada Allah dan segala urusan pun jadi lebih mudah dan mendapat pertolongan daripada Allah. Ada apa-apa ujian, lebih cepat seorang hamba menyerahkan segala ujian kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu datang.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita. Sama-samlah kita berusaha untuk menjadi isteri yang solehah dan mentaati suami. Ketika ditimpa ujian, amalkanlah mengucapkan “Inna lillah wa inna illaihi rojiun”, semoga segalanya dipermudahkan.
Kisah menyayat hati seorang ibu di Kampung Binjai apabila anak sulungnya disahkan menghidap kanser pangkal otak tahap kritikal. Ketahui perjalanan rawatan dan bantuan yang diterima keluarga ini dalam menghadapi ujian berat.