Jadi mak ayah setiap perkembangan dan tumbesaran anak-anak haruslah dipantau, termasuklah pada bahagian sensitif dan sistem perkumuhan/ urinari mereka.Harus jadi mak ayah yang lebih peka dengan setiap aduan mahupun ketidakselesaan anak pada bahagian ini.Jika anak dah mula mengadu atau merengek nangis, pasti ada yang tak kena dan jangan ambil mudah dengan aduan tesebut.
Semoga perkongsian pengalaman anak Puan Maizatul Akmal Abdullah Zawawi yang mengalami Phimosis ini menjadi pengajaran & ilmu berguna buat mak ayah semua.
Berikut antara perkongian beliau;
Muhammad Amsyar Anaqi & PHIMOSIS
First and foremost, tolong jangan salah paham. Post ni bertujuan untuk sebarkan ilmu sesama umat…bukan berunsur lucah.. And post aku kali ni memang sangat panjang. Sapa rasa nak tambah ilmu sila la baca..sapa tak mau aku tak kisah. Ini sekadar perkongsian.
What is Phimosis?
“Phimosis is a condition where the foreskin is too tight to be pulled back over the head of the penis (glans).
Paham tak? Kalau bahasa kedah orang panggil bebird buta kot istilah dia. Anak aku Muhammad memang ada masalah ni since baby and kami tak aware langsung tentang masalah ni”.
Ok back to Muhammad punya kes. Alkisahnya anak aku stop pakai pampers bulan 6 lepas dia sihat dari typhoid. So dalam proses potty – training aku perasan habits anak aku bila dia buang air kecil mesti ambil masa yang agak lama dari anak-anak sedara aku yang lain. Plus, bila dia buat project kecil beliau, mesti bebird dia kembung macam belon. Tapi time tu aku tak terlintas apa-apa masalah pasai Muhaammad tak pernah ada masalah buang air kecil baikpun besar.
Tabiat Pegang ‘Bibird’
Masalah mula timbul aku perasaan anak aku ada 1 tabiat yang suka buat aku risau. DIA SUKA PEGANG BEBIRD DIA! Setiap kali aku tegur dia jawapan yang aku dapat ‘Muhammad punya bebird keras la Mama’. Aku apa lagi meroyan mengamuk marah kat dia. Aku selalu ngadu kat mak aku ..kat mana la dia belajaq benda camni. End up aku akan marah dia and Muhammad akan mintak maaf janji tak buat lagi. Tapi..janji hanya tinggal janji.Muhammad still dengan tabiat dia.
Sampai la minggu lepas, disebabkan baba Muhammad cuti lama kami pun balik kampung mak aku di Hutan Kampung,Alor Star.Kebetulan sepupu-sepupu dia dari Shah Alam balik kampung. Muhammad nampak lain dari selalu. Dia jadi cengeng. Pantang salah sikit nangis, pantang silap sikit ngamuk pastu asyik pegang bebird dia.Kali ni dia ngadu cakap ‘Mama,bebird Muhammad sakit, tolong picit sat.’
Aku dah pelik. Aku belek bebird dia tak dak apa yang mencurigakan pun. Tapi dia still dok bagitau bebird dia sakit. Dia punya tonyoh bebird dia sampai nampak macam melecet. Semua ni berlaku dalam sehari. Kami terus bawak Muhammad pergi klinik berdekatan dengan umah mak aku. Kebetulan klinik tu nama KLINIK DR MUHAMMAD. So, Muhammad memang suka pi klinik Dr Muhammad dengan alasan doctor tu sama nama dengan beliau. Dasyat tak anak aku?? Hahaha.
Symptoms Phimosis
Kat sini la bermula kisah Muhammad dan Phimosis.
Sepanjang perjalanan nak pi klinik aku memang dah terlintas silap-silap anak aku kena khatan awal sebab masalah bebird dia ni.Aku gitau kat mak aku ngan husband aku pasai aku punya terlintas tu tapi mak ngan husband aku hingaq cakap aku ni drama ja lebih so aku ignore ja perasaan aku. Muhammad pulak makin menjadi ngadu sakit bebird dia. Bila masuk jumpa Dr Muhammad sekali tengok Dr Muhammad diagnosed anak aku ada symptoms Phimosis. Soalan yang Dr Muhammad tanya kat aku ada 4 soalan.
Ads
Soalan 1
Dr Muhammad tanya anak aku bila kencing sakit tak.Anak aku jawab tak.Aku dalam hati alhamdulillah anak aku tak dak masalah.
Soalan 2
‘Puan, bila dia kencing dia amek masa yang lama tak dalam toilet?’ Gulp..aku dah terkedu sat.
Soalan 3
‘Ada tak dia selalu pegang bebird dia macam satu habit?’Aku jadi terdiam sat.
Soalan 4
Waktu dia kencing bebird dia kembung tak macam belon and air kencing macam tak lancar..lama proses kencing tu?Soalan ni memang buat aku tewas. Sumpah lembik lutut time.
Ads
Rawatan Terbaik Kena Sunat
Anak aku ada semua symptoms ni since dia baby especially part kencing kembung macam belon tu.And aku aware ok cuma pasai kejahilan aku tak tau tu adalah symptoms kepada masalah anak aku. And guess what..the best treatment is of course as my thought CIRCUMCISION la..aku time tu dah lembik lutut nak kena berkhatan .
Anak aku baru cukup 4 tahun. Umur budak baru nak belajar lasak. Dah la tiba-tiba ja nk kena sunat.Bukan atas persetujuan bersama.Aku dah mula risau.Disebabkan aku punya cuak,Dr Muhammad terang yang Phimosis ni normal untuk baby.Semua baby melalui proses ni. Cuma dia start tak normal bila anak makin membesar tapi bebird dia still tak boleh nak ĺoceh..tak boleh nak tarik.
Disebabkan memang ada infection Dr Muhammad just bagi antibiotics and pain killer berserta refer letter as suggested by Dr muhammad hbis antibiotics pi hospital and jangan tangguh sebab saluran kencing Muhammad sangat kecil..kalau biar boleh affect buah pinggang..getting worse kalau Muhammad sampai tak boleh kencing. So lepas ambil ubat kami balik Sungai Petani sebab esoknya baba Muhammad kerja.
Bermula Azab
Pagi Isnin Muhammad bangun pagi dia langsung tak kencing. Padahal routine dia setiap pagi bila bangun terus lari ke toilet.Memang wajib untuk muhammad kencing di pagi hari. Tapi tak..!!Sikit pun tak!! Dia minum air banyak macam hari-hari tapi tak kencing..hampa ra.sa?? Dia still ngadu sakit tapi bebird dia dah tak merah nampak macam melecet. Guess what? ? 4 petang baru dia kencing and Muhammad nampak terseksa sangat..macam terseksa.
And dia dah start merengek balik.Kali ni siap ajak pi hospital nak potong bebird dia.Nampak dia makin tak keruan..aku call husband aku ajak pi hospital. Lepas husband aku balik terus kami rush ke hospital..lepas doctor dekat Emergency tengok terus Muhammad diletak bawah surgeon Dr Shazly.
Ads
Malam semalam jugak Muhammad admitted.Dr Shazly memang confirmkan memang PHIMOSIS and pagi esoknya Muhammad kena khatan.Kami terus setuju memandangkan Muhammad dah tak kencing and memang bahaya untuk dia. So Muhammad kena puasa malam tu since dia kecik lagi and khatan Muhammad special case , dia nak kena full bius. Ok kami setuju ja and sign consent form.
Hari Ditunggu Tiba
Hari ni 24hb October genap Muhammad 4 tahun 21 hari Muhammad dah jadi lelaki sejati (anak mama dah boleh kawen) and bila semua procedure setel and dia sedar ayat pertama dia ‘Mama..Muhammad dah tak sakit bebird’. And Dr Shazly memang cakap nasib baik cepat..saluran kencing Muhammad memang sangat sempit.Alhamdulillah kami cepat . Tapi sumpah aku still ralat tak aware dengan badan anak sendiri.
Pokoknya tolong la pantau urinary anak. Jangan la jadi macam kami.
Dah janji dengan Muhammad sihat nanti nak bawak dia tambah collection Thomas and friends dia.Setiap kali masuk ward bertambahlah collection beliau..hahaha.
Semoga perkongsian kisah ini bermanfaat buat mak ayah semua.
Selebriti media sosial, Alif Teega yang banyak menyampaikan mesej dakwah baru saja menerima kehadiran puteri sulung pada 14 Januari lalu. Mengimbas momen isterinya, Aisyah Hijanah saat melahirkan buatkan suami sebak. Wajah isteri yang menahan sakit bukti pengorbanan isteri tak perlu diperlekehkan.
Betapa untuk melahirkan seorang cahaya mata dalam keluarga, memerlukan pengorbanan yang besar dari seorang isteri. Begitu jugalah dengan ibu yang melahirkan. Dalam menghargai isteri, anak lelaki jangan pernah mengabaikan ibu sendiri. Hadamkan mesej beliau ini.
Tiba-tiba Wajah Isteri Berubah Pucat
“Kami bersembang, siap buat lawak. Gelak tak henti. Bercerita kenangan-kenangan bersama, tiba-tiba wajahnya berubah pucat. Lama kelamaan air mata bercucuran keluar. Saya yang tengok pun tak tahan. Saya tahu dia tengah tahan sakit. Tapi sepatah pun tak kata. Pura-pura senyum. MasyaAllah hebat!
Sebab itu, video ini bukan semata-mata untuk menghargai isteri. Tetapi lebih-lebih lagi mak kita. Jangan ambil mudah tentang dua insan ini. Ramai yang dah bernikah lupa tentang isteri paling teruk abaikan mak. Seronok lepak dengan kawan. Dengan perniagaan, untung juta-juta. Padahal isteri banyak berkorban untuk suami. Korbankan masa rehatnya mengandung 9 bulan. Dan bertarung nyawa semasa bersalin. Itu pengorbanan paling besar.”
Walau Ada Confinement Lady, Suami Jagalah Isteri Dalam Pantang
Pesannya lagi, biarpun ada Confinement Lady yang akan mengambil tahu hal isteri berpantang. Suami janganlah lepas tangan. Ambil tahu juga tanggungjawab yang perlu dilakukan.
“Isteri ni banyak berkorban untuk suami. Jaga makan minum suami, berkhidmat untuk suami, saat suami hadapi masalah kewangan, dia hulurkan duit simpanan dia sendiri. Belum campur lagi mengandung 9 bulan dan menahan peritnya bersalin. Seolah-olah nyawa keluar separuh badan.
Jadi apa lah sangat suami jaga Isteri semasa berpantang. Sediakan makanan, mandikan, urut. Walau sekalipun dah ada confinement lady. Cari ruang untuk berkhidmat untuk isteri. Luangkan masa bersama. Siapa tahu esok kita atau dia sudah tiada di dunia.”
MW : Alangkah beruntung isteri apabila suami ambil peranan menjaga isteri berpantang. Di situlah emosi isteri akan jadi lebih tenang.
Terasa sebak di hati menatap gambar yang dikongsikan guru ini, Zuraini Khair. Sekeping gambar tentang bekas anak muridnya yang mengimamkan solat jenazah ayah nya.
Anak lelaki ini baru berusia 16 tahun. Betapa kuat dan cekalnya hati anak berdepan ujian kehilangan ayah tercinta. Ketika dirinya sedang bergelut dengan peperiksaan di sekolah.
Tentulah pelbagai emosi sedang bergelut dalam hati anak remaja ini. Namun, dia berjaya melaksanakan bakti terakhir untuk seorang ayah yang bakal menempuh perjalanan akhir bertemu sang pencipta.
Anak Hebat, Umur 16 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah
Hebat
anak ini.
Usianya 16.
Bapanya dijemput Ilahi ketika sedang bergelut dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Pagi itu, dia berikan khidmat terbaik
Khidmat unggul sebagai anak bongsu dalam keluarga.
Mengimami solat jenazah buat bapa tercinta.
Bukan biasa-biasa bagi pelajar seusia di sekolah biasa.
Dia lahir daripada ibu bapa hebat yang luar biasa.
Semoga anak soleh ini terus cemerlang dunia akhirat.
Kongsi guru ini lagi, anak lelaki seusia 16 tahun ini merupakan bekas anak muridnya. Dari sekolah lama tempatnya mengajar di SMK Tan Sri Mohamad Rahmat.
“Saya telah berpindah ke sekolah lain setelah 18 tahun di sana.”
Maklum guru ini lagi, dia dan ibu anak itu berkawan baik. Gambar yang diterimanya itu adalah kiriman daripada rakannya itu yang berkongsi kesedihan dalam masa sama rasa syukur di atas bakti terakhir seorang anak.
“Ibunya yang berikan kepada saya gambar tersebut.” Jelasnya.
Semoga sekeping gambar dan kebaikan yang anak ini tunjukkan dapat menjadi ibrah kepada orang yang lain.
Mingguan Wanita: Sejuk perut ibu yang melahirkan. Semoga anak ini diberikan ketabahan hati dan kekuatan jiwa menempuh ujian tuhan yang hebat ini. Dan semoga digantikan kesedihannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.
Menyusun atur pakaian dan barang peribadi di dalam almari kadangkala boleh menjadi tugas yang agak rumit juga. Tambahan lagi kalau anda mempunyai banyak koleksi pakaian, aksesori dan barang-barang yang sewaktu dengannya.
Jika ia tidak disusun dengan betul akan membuatkan anda sendiri pening kepala dengan barangan peribadi anda itu. Jadi cara terbaik anda perlu ada sistem dalam menyusun barang-barang anda di dalam almari.
1. Gantung beg
Beg tangan atau apa sahaja beg yang digunakan harian, anda boleh gantungkan di pintu almari sebaik sahaja pulang ke rumah. Jadi tidaklah ia berselerak dan memudahkan anda mencarinya.
2. Penyangkut berwarna
Bagi memudahkan anda memilih pakaian sebaiknya anda gunakan penyangkut mengikut warna. Contoh penyangkut warna putih untuk pakaian kerja. Penyangkut hitam untuk pakaian aktiviti sabtu ahad dan seterusnya. Selain itu untuk kerja anda boleh juga susun mengikut hari. Jadi tidak lah pagi-pagi termenung begitu lama depan almari memilih baju.
3. Laci tambahan
Dalam almari pakaian wajib untuk anda ada sediakan laci tambahan untuk pakaian harian atau mungkin juga baju tidur. Laci-laci seperti ini anda boleh beli secara berasingan di IKEA dan kedai-kedai sewaktu dengannya.
4. Label pada kotak
Barang yang agak jarang-jarang di gunakan simpan dalam satu kotak dan wajib untuk anda labelkannya. Agar mudahkan anda mengambilnya bila-bila perlu.
5. Maksimum penggunaan ruang
Boleh beli organiser yang ada jual dah siap banyak dijual sekarang lepas tu susun guna kaedah bakul atau buat partition guna kotak. Pastikan anda gunakan setiap ruang yang ada sebaik-baiknya termasuklah dibahagian atas.
6. Penggantung khas tudung
Shawl dan tudung anda yang kerap di gunakan bolehlah di gantung. Sekarang sudah banyak penyakut yang di jual khas utk selendang tetapi sebenarnya anda boleh juga menggunakan shower rings dan letakkan di penyangkut.
Tetapi untuk tudung awning ini cara yang paling sesuai kalau kita gulung nanti agak-agak anda pakai tak kalau gulung? Jadi eloklah biar nampak, baru anda pakai!
7. Label pakaian
Bukan pakaian bersih sahaja anda perlu uruskan dengan baik sebaliknya pakaian kotor juga perlu di uruskan secara bersistem. Labelkan pakaian kotor anda. Mana satu untuk baju putih, baju harian dan sebagainya.
8. Double hang
Sekiranya ruang di dalam almari agak terhad tempat penggantungnya anda boleh buat ‘double hang’. Ini juga sesuai untuk baju yang anda dah siap-siapkan untuk di pakai seminggu. Boleh lah pasang-pasangkan menggunakan cara ini.
9. Tempat khas aksesori
Aksesori seperti rantai, subang, gelang dan sebagainya perlu ada satu tempat khas dan sebaiknya di gantung. Mudah untuk anda pilih setiap kali ingin memakainya.
Nak tengok hasilnya tak? Hah, mak-mak boleh mulakan aktiviti kemas almari hari juga ya. Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...