Cuba tengok tulisan anak-anak kita, macam mana bentuknya. Kemas teraturkan atau lari-lari dari garisan asal buku latihan?
Puan Faridah Salleh, guru sekolah yang juga pengasas dan juruterapi dari Qaseh Learning Centre berkongsi video panduan membantu anak muridnya menulis dengan kemas dan cantik pada buku garis 1.
“Masalah utama anak ialah di buku garis 3 cantik. Bila di garis 1 ke Laut Cina Selatan jawabnya. Di bawah inilah cara yang Eida gunakan.”
Ada 6 point yang mak ayah perlu ambil perhatian:
1. Pembaris pintar 2. Semak pastikan cara pegang pensel betul ( ada eida share dalam video) 3. Guna 1 jari 4. Huruf tinggi sampai garisan – kisah monyet 5. Huruf rendah – guna pembaris pintar 6 huruf besar kisah monyet. 7. Lagu tanda baca.
Mulakan Dengan Ajar Anak Cara Pegang Pensel Yang Betul
Anak yang tak dapat memegang pensel dengan betul, berkemungkinan berhadapan dengan masalah otot. Sebab itu sesetengahnya bila diminta menulis sikit, cepat saja penat.
Ada sesetengah mak ayah bangga apabila anaknya tak merangkak. Merangkak adalah proses penting dalam tumbesaran anak. Sebab anak perlukan kekuatan otot bahu.
Ads
Salah satu cara nak atasi masalah anak tak suka menulis, saya sarankan mak ayah atau guru, buatlah latihan merangkak dalam kelas. Otot yang kuat akan buat anak takkan penat pegang pensel semasa menulis.
Guru Bahasa Melayu, Cikgu Eida tunjukkan cara pegang pensel dengan betul dengan bantuan paper klip. Rujuk video di bawah:
Ads
Gunakan Pembaris Pintar Dan Ajar Anak Tulis Huruf Rendah/Tinggi Pada Buku
Ads
Lagu Buat Anak Mudah Faham Penggunaan Tanda Baca
Guru sekolah di SK Bukit Mahkota, Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor ini ketika ini mengajar anak-anak di kelas akhir.
Bercinta kan nak suruh anak-anak kita bersolat. Kadang tu sampai berbuih-buih mulut mak ayah, anak-anak boleh buat ‘dek’ je. Anak malas solat inilah dilema yang mak ayah terpaksa lalui.
Walhal kewajiban mengerkakan solat jatuh pada setiap muslim yang berakal. Dan selepas umurnya 7 tahun, jika anak gagal melaksanakannya, mak ayah berhak merotan dengan kadar tak mencederakan dan untuk tujuan mendidik.
Apa pun, rotan itu biarlah solusi yang paling akhir sekali. Sebenarnya ada cara yang lebih baik tanpa perlu menggunakan pendekatan rotan ataupun pukul.
Yang mana pendekatan ini akan buatkan anak rajin melaksanakan ibadah wajibnya. Dan kekal istiqomah sampailah usianya dewasa.
Begitulah yang dipraktikkan oleh ibu bernama Siti Aminah Sulaiman dalam mendidik anak-anaknya rajin mengerjakan solat 5 waktu. Seterusnya membuang rasa malas dalam diri anak-anak.
“Kenapa kita perlu solat Ibu?”
“Kita tak nampak Allah pun.. kenapa kena solat pada sesuatu yang tak nampak?”
Seorang ibu mengadu pada saya soalan anaknya.
Anak yang berusia 8 tahun itu keberatan untuk solat.
Terus terngiang-ngiang di telinga saya suara Ustaz Syaari masa kelas Ibrah Surah Luqman yang lepas
Jawapannya ada dalam Surah Luqman.
Luqman mendidik anaknya mentauhidkan Allah dahulu, kemudian baru anak itu disuruh bersolat. Kalau kita lihat nasihat Luqman pada anaknya dari ayat 12 ke 17, langsung tak sentuh pasal solat.
Sebelum bersolat, Luqman perintahkan anaknya untuk:
1) Bersyukur kepada segala nikmat yang Allah berikan.
2) Jangan syirikkan Allah.
3) Buat baik kepada kedua Ibu Bapa.
4) Percaya pada perkara yang ghaib iaitu Hari Pembalasan.
Luqman beri analogi perbuatan yang baik atau buruk yang walaupun seberat biji sawi, kemudian ia tersembunyi di celah batu besar. Allah al Khabir mampu untuk keluarkan apa yang tersembunyi itu untuk dihakimi dan dan diberi balasan.
Melalui nasihat Luqman ini, kita boleh bayangkan Islam ini ibarat sebuah pohon.
AKAR bagi pohon ini ialah pendidikan akidah.
Asas akidah yang perlu kita ajar pada anak ketika usia 0-6 tahun ialah:
siapa Allah?
Iaitu Nama dan Sifat Allah dalam Asma ul Husna
Nikmat Allah yang ada pada tubuh kita dan sekeliling yang boleh anak lihat, rasa dan dengar.
Apabila benih akidah dah berjaya disemai dan menjalar menjadi akar yang kuat,
maka akan lahirlah pohon berbatang kuat, berdaun rimbun dan berbuah.
Batang yang kuat ini ialah IBADAH (yang wajib seperti solat, puasa dan lain)
Daun yang rimbun ialah Ibadah Sunnah.
Buah ialah AHLAK yang cantik.
Pentingnya untuk kita sebagai ibu bapa untuk faham perkara ASAS dalam pendidikan anak.
Dalam Fasa Pendidikan anak,
Allah perintah kita sebagai ibu bapa untuk suruh anak bersolat pada usia mereka 7 tahun,
perintah solat akan jadi mudah jika benih akidah SUDAH DITANAM pada usia 0-6 tahun.
Bagaimana jika kita terlepas untuk semai akidah pada usia 0-6 tahun?
Jangan risau ibu ayah.. tiada istilah terlambat untuk anak-anak kita.
Rahmat Allah tu luas sekali..bila kita dah faham mengenai perkara ASAS dalam pendidikan anak,
Kita bermula semula dari perkara yang paling BASIC,
iaitu bagaimana nak tanam benih dan semai akar yang kuat..
tak kisah anak tu umur 8 tahun ke, 15 tahun atau 18 tahun sekalipun.
Ajar semula anak mengenal Allah dan kejadianNya.
Anak perlu selalu merasakan kewujudan Allah dan adanya Hari Pembalasan
Tiada istilah terlambat dalam kembali semula pada Allah.
Saya yang dah berumur ni pun sedang belajar semula isi kandungan Al Fatihah..sebab nak lebih khusyuk dalam solat.
Semoga penulisan saya dapat menjawab persoalan kenapa anak menolak atau malas untuk bersolat apabila meningkat usia 7 tahun dan keatas.
Saya doakan setiap yang membaca post ini dikurniakan anak yang soleh yang kekal bersolat walau dalam apa jua keadaan.
Amin Ya Rabb.
Jika anda rasakan penulisan ini bermanfaat, mohon SHARE pada sahabat yang lain supaya ramai lebih faham kenapa anak malas/tak nak bersolat.
Boleh TAG pasangan anda untuk sama-sama didik anak mudah bersolat di rumah nanti.
Setiap suami isteri, rezeki anak Allah berikan berbeza. Ada yang ramai, ada yang sedikit malah ada yang belum dikurniakan pun cahaya mata. Jadi tak perlulah dipertikaikan kenapa seseorang itu anak sikit atau ramai.
Sepertimana yang dialami oleh bapa anak sikit ini, Nur Firdaus Abdul Razak, Perunding Motivasi juga menyandang jawatan Imam I, Masjid As Syarif Seri Kembangan, jawapan yang diberikan benar-benar menyentak, membuka minta si penanya.
Betapa setiap anak itu bukan semata-mata untuk mak ayah berbangga dengan jumlah anak-anak yang ramai. Ada tanggungjawab berat yang perlu dipikul sebenarnya.
O: Orang K: Kiter
O: Anak berapa orang dah sekarang tuan?
K: Alhamdulillah, 2 orang dah setakat ini. Yang pertama lelaki, yang kedua perempuan.
O: Oh, tu baru nak mula namanya (sedikit tergelak sehingga menampakkan plak dan karies). Saya alhamdulillah, nak masuk 9 dah tengah tahun nanti.
K: Alhamdulillah, murah rezeki dari Allah tu. Seronok kan anak ramai ni?
O: Memang seronok tuan. Eh, tuan memang tak nak ramai-ramai ke? Anak ramai ni kan sunnah nabi. Nabi bangga dengan umatnya yang ramai, tak gitu tuan?
K: Betul tu. Anak ramai adalah sesuatu yang disukai Allah dan Rasulullah. Tapi kena faham juga. Meramaikan anak adalah sesuatu yang DIANJURKAN SAHAJA.
Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang WAJIB. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.
O: Hmm.. (terdiam sekejap)
K: Nabi berbangga dengan anak yang ramai, tetapi dalam hadis yang lain nabi sedikit kesal akan sebahagian umatnya yang akhir zaman hanya seperti buih di lautan. Islam agama kualiti, bukan kuantiti.
Bila bertemu perkara yang wajib dan sunat, maka yang wajib perlu sentiasa didahulukan.
O: Jadi, tuan memang takut anak ramai ke? (defense mechanism)
K: Bukan begitu. Saya jalan perlahan-lahan. Selesai sahaja satu tahap, baru saya ke tahap seterusnya. Allah tidak akan soal kenapa anak saya tidak ramai, tetapi Allah akan soal kenapa saya tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak yang TELAH dianugerahkanNya. Eh, terpanjang pula 🙂
O: Betul jugak tu. Terbuka sikit minda saya ni tuan. Nampaknya banyak la kerja saya lepas ni.
K: Slow and steady tuan, yang dah ada ini fokus betul-betul. 9 orang, maknanya ada 9 fail yang akan dibuka (di Mahsyar) nanti. Tuan orang baik, tiada masalah insyaAllah. Ok tuan, saya nak ke sana kejap. Assalamualaikum.
Setiap kali mak ayah bawa anak ke taman-taman permainan yang glamour lokasinya, belon buih saiz gergasi ini memang boleh mak ayah jumpa merata orang jual. Yang lebih dikenali sebagai Giant Bubble.
Seronokkan tengok belon-belon buih saiz gergasi berterbangan di udara. Anak-anak pun teruja sama nak main. Sewanya mencecah juga RM5 ke RM10 ikut lokasi.
Kalau beli yang siap dalam bekas permainan yang macam pistol itu lagi berganda harganya. Mahalkan?
Nak bagi anak-anak seronok dengan kadar boleh guna belon buih berkali-kali Puan Suza Dawi tunjukkan cara buat belon buih saiz gergasi dengan anak-anaknya.
Rupanya tak adalah susah mana pun. Kata Puan Suza semudah ABC. Nak tahu ABC ke tak ABC kita tengok DIY nya dekat bawah ini.
4 sudu besar tepung ubi kayu
250 ml sabun pencuci JOY
1.5 liter air
1. Isikan 1.5 liter air ke dalam bekas besar.
2. Tambahkan sabun pencuci joy sebanyak 250 ml.
3. Masukkan 4 sudu besar tepung ubi kayu.
4. Kacau dan dah boleh gunakan besi hanger yang dibentukkan bulat untuk bermain.
√ Sebenarnya macam-macam cara boleh buat, tapi Puan Suza guna cara ini sebab paling mudah nak sediakan.
√ Bahan pun mudah nak cari.
√ Bubble wands tu nak jimat punya pasal, guna saja besi hanger. Ada juga dijual di kedai RM2.
√ Sebelum ini, dia pernah mencuba guna sabun jenama lain. Tapi kurang menjadi. Sabun Joy kepekatannya lebih tinggi.
“Bolehlah kekalkan kejadia belon itu. Walaupun tak sama macam profesional kan.”
√ Aktiviti petang bermain belon buih saiz gergasi ini pun satu aktiviti meneroka kreativiti bersama anak-anak. Ia akan create bonding dan kegembiraan antara ibu dan anak.
Bukan waktu panas atau terik mentari yang meninggi. Cuaca paling baik untuk bermain belon buih saiz gergasi ‘giant bubble’ ini adalah ketika mendung ataupun cuaca redup.
Selepas hujan dan dalam keadaan angin sepoi-sepoi pun bagus untuk bermain dengannya. Ini kerana, semakin panas dan berangin akan membuatkan belon sabun saiz gergasi buatan anda alami kekeringan.
ia akan menyebabkan buihnya cepat meletop. Kalaulah cuaca masih terik dan anda masih juga nak bermain dengan anak, cubalah bermain di bawah tempat redup atau berbumbung.
Celupkan pemegang dalam bekas belon buih dan angkat tinggi-tinggi. Perlahan-lahan berundur ke belakang. Dengan ini anda tak membuatkan belon buih terbebas ke udara secara paksa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.