Anak-anak masuk sekolah awal tahun ini, duit mak ayah pun dah banyak yang keluar untuk yuran persekolahan sampailah alatan sekolah.
Tapi tak usahlah merungut ya, sebab itupun pelaburan masa depan anak-anak. Didik anak-anak dan doakan moga mereka jadi cemerlang dunia akhirat.
Hakikatnya, kalau mak ayah dah mulakan persediaan simpanan dari awal, tidaklah terlalu menekan perasaan untuk melunaskan urusan persekolahan anak.
Apapun proses menyimpan itu, kena mula terus. Jangan nanti-nanti. Malah seperti yang dikongsikan Nur Aliah Mohd Nor ini, walau gaji ciput pun, duit simpanan boleh cecah ribuan ringgit.
Simpanlah berdikit-dikit, janji konsisten menyimpan setiap bulan.
Pesannya, “Lia takut sangat bila tengok ramai anak muda di luar sana tak tahu dan tak bijak menguruskan kewangan!”
“Walau seboros mana pun kita, simpan wang untuk masa hadapan adalah penting untuk setiap individu.”
7 Cara Sempoi Simpan Duit, Gaji Ciput Pun Boleh Ada Ribuan Ringgit
Lia nak kongsikan 7 tips penting untuk anak muda mulakan simpanan dengan cara paling mudah!
Pertama : Dapat Je Gaji, Asingkan Terus
Untuk simpanan baru guna untuk belanja
Berapa nak kena asingkan untuk simpanan?
Guna je formula ini,
10% – Simpanan
10% – Takaful
10% – Emergency fund
70% – Belanja
Simpanan biar 10% atau lebih tak apa, jangan kurangkan. Dan belanja biar maksimum 70%, kalau boleh kurangkan jadi 50%-60% lebih baik. Dapat?
Kedua : Simpan Dekat Tempat Yang Susah Nak Keluarkan
Paling baik simpan di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit. Sebab bila tak ada kad ni, kita nak keluarkan duit pon jadi susah.
Contohnya, Tabung Haji, ASB dan Emas.
Ads
Bila sentuh tentang emas, tahu tak, orang dulu-dulu tak simpan duit kertas, tapi mereka simpan kekayaan dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, EMAS ataupun rumah-rumah sewa.
Ada seorang pakcik tua ini pesan kat Lia,
“Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan.”
Maksudnya, bila dapat duit, tukar duit tu ke dalam bentuk harta sebenar seperti emas, tanah atau rumah-rumah sewa.
Sebab harta-harta tu akan membuatkan kita kaya dan boleh jana hasil daripada harta-harta yang kita ada.
Menakutkannya adalah duit yang kita simpan dalam bentuk tunai, risiko kebocorannya sangat tinggi!
Ketiga : Tambah Side Income Atau Source Of Income
Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.
Just imagine, abang yang jual burger tepi jalan pon boleh jana income ribu riban, apatah lagi yang jual barang cosmetics dan perfumes. Kan.
Jangan cerita abang jual burger, orang yang jual eBook pon boleh jana income RM17,000 dalam masa 7 hari! Ha memang ada tau.
Jadi, dari duit bisnes itu boleh lah tambahkan simpanan. Lagi bisnes kita sedang mencanak naik, itu tandanya waktu terbaik untuk kita simpan banyak-banyak!
Ads
Keempat : Potong Segala Jenis Kad Kredit, Cara Paling Extreme!
Maksudnya hentikan serta merta penggunaan kad kredit ini. Lagi-lagi orang yang tak boleh tahan nafsu untuk shopping guna kad kredit.
Tahu tak, dengan menggunakan kad kredit, anda sebenarnya sedang menggunakan duit masa depan anda!
Serius, kalau tak mampu untuk berbelanja secara tunai, sebenarnya anda tak mampu juga untuk berbelanja atau anda sedang hidup di luar kemampuan.
Kelima : Banyakkan Bersedekah
Allah dah janji, sekali kita sedekah, 10 kali ganda Allah akan ganti!
Kalau tengah susah, tengah sakit, tengah sedih, tengah buntu atau tengah di uji, jalan sebenarnya adalah sedekah.
Waktu terbaik untuk sedekah adalah waktu pagi. Buatlah minimum sedekah RM50.00 sehari.
Keajaiban sedekah ni Lia pernah rasa sendiri tau. Lia pernah hulurkan RM50 dekat sorang makcik jual kerepek ni. Kesian kan tengok dia berpeluh ke sana ke mari tapi jualan tak laku-laku.
Balik je rumah tiba-tiba ada agent yang restock hampir RM1000++ masa tu jugak. Tengok! Betapa ajaibnya rezeki kan. Anda cuba la sendiri nanti.
“The More You Give, The More You Will Get Back”
Keenam : Banyakkan Berzakat
Banyakkan berzakat
Ads
Banyak sangat kepentingan bila kita berzakat ini. Antaranya adalah mensucikan harta.
Harta ni kan ibarat seperti air, selagi mengalir selagi itulah ia bersih. Dengan berzakat, Allah akan membersihkan harta dari perkara-perkara yang haram dan shubhah.
Kalau kita tak keluar untuk zakat, semakin bertambah hak orang lain dalam harta kita.
Sebab dengan harta yang perolehi inilah akan kita gunakan untuk tampung keluarga yang susah.
Jadi. Kalau harta yang kita perolehi ni tak bersih, adakah apa yang kita buat akan mendapat keberkatan dari Allah?
Tepuk dada, tanya iman.
Ketujuh : Dapat Untung, LABURKAN Duit Tersebut
Laburkan duit anda contohnya melabur di pasaran saham.
6 tempat yang boleh anda laburkan duit iaitu
1 = Tabung Haji
2 = Amanah Saham Bumiputera Financing (ASBF)
3 = Emas
4 = Akaun simpanan tetap (fixed deposit)
5 = Unit Trust
6 = Saham
Boleh-boleh?
Wahai mak ayah muda yang berijazah atau berdiploma, sentiasalah rajin berusaha dalam kerjaya.
Dapatkan pekerjaan yang di level bawah dulu. Dengan pengalaman, anda akan meluaskan idea dan juga pemikiran.
Dan anda akan tersedar bahawa gaji besar sebenarnya pun lebih mudah diurus jika BERDISIPLIN.
Yakin dan percayalah, sedikit demi sedikit menyimpan, lama-lama akan jadi banyak di masa depan!
Pernah tak kita dengar rezeki cukup-cukup makan saja. Nak menyimpan pun tak dapat, cukup-cukup untuk keperluan bulan itu. Lebih sedih lagi, bila duit yang ada itu digunakan untuk baik kereta, tayar pancit. Terus lari badget.
Sebenarnya, kalau gaji banyak sekalipun, tidak akan cukup kalau kita sentiasa berkira-kira dengan keluarga. Lebih-lebih lagi isteri dan anak-anak. Ada sahaja benda yang nak kena bayar. Sedangkan kalau gaji kecil tapi sentiasa menjaga kebajikan isteri dan anak. Insya Allah, semua itu mampu di atas.
Ikuti perkongsian daripada Firdaus Shakirin tentang rezeki berkat apabila kita tidak berkira dengan anak dan isteri.
Abah selalu cakap,
“Nak makan apapun, beli…teringin apapun, beli…duit boleh cari…”
Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni…saya pesan kat isteri, kalau ada benda yang dia teringin, yang dia nak, bagitau ja kat saya, saya akan usahakan untuk beli…tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan2 lain…
Kalau tak beli bulan ni, bulan depan…kalau tak bulan depan, bulan satu lagi…
Rezeki Makin Bertambah
Apa yg kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak isteri sendiri…? Duit kita semakin bertambah…? Kita semakin kaya…?
Sama ja pun…duit habis mcm tu jugak…lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dah habis…
Isteri nak beli pencuci muka, kita kata xpyh, tapi kita beli rokok, xpe pulak…? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mna yg ada, tapi kita tukar sport rim kereta, xpe pulak…? Isteri nak beli kasut, beg tgn, tudung baru, kita suruh pakai yg lama, tapi kita beli yang baru-baru untuk diri sendiri, boleh pulak…?
Suami jenis yang macam mana kita ni…
Doa Anak Isteri
Jangan terlalu berkira dengan anak isteri…apa yang kita dapat pada hari ini sangat berkait rapat dengan mereka…boleh jadi kita ni yang menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri…cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan, insya Allah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita keluarkan…
Nak percaya atau tak, terserahlah…dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna daripada ada duit banyak, tapi dengan anak isteri sendiri pun BERKIRA…
MW: Bersyukurlah, sebab kita pun menumpang rezeki daripada mereka. Moga ia memberi manfaat pada pembaca.
Setiap mak ayah sangat menekankan tentang ilmu dunia dan mahukan anak-anak berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Tanpa sedar, ada perkara yang mungkin dianggap nampak remeh tapi besar nilainya untuk anak-anak tahu.
Jangan hanya mengejar ilmu dunia tapi hal yang nampak remeh langsung tidak disentuh terutamanya tentang adab dan hal agama yang mungkin nampak kecil tapi besar nilainya untuk dijadikan panduan buat mereka.
Apa yang dikatakan tentang perkara remeh yang wajib mak ayah bagitau itu. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif tentang hal ini.
10 perkara yang kita kena bagitahu anak kita walau kita nampak kecil dan remeh
1. Bagitahu anak kita bahawa dirinya adalah Hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan ‘mental self image’ anak kita. Anak yang tak rasa diri dia hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan merasakan kemahuan dirinya mesti dipenuhi setiap masa
2. Bagitahu anak kita bahawa dirinya dimiliki Penciptanya. Kalaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, insya Allah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya
3. Bagitahu anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu Barulah anak kita sentiasa ada minda suka memberi ( giving mindset ) daripada cuma menerima semata mata ( receiving mindset ).
4. Bagitahu anak kita bahawa dia bahawa bakal tempuhi 5 checkpoint Checkpoint 1 – mati Checkpoint 2 – barzakh Checkpoint 3 – mahsyar Checkpoint 4 – mizan Checkpoint 5 – sirat Selepas itu akan berakhir sama ada di syurga atau pun neraka. Anak yang tahu checkpoint ini akan mudah tunduk hatinya dengan kebaikan
5. Bagitahu anak kita bahawa Al Quran bukan cuma untuk dilagukan semata Al-Quran adalah kitab praktikal yang kita perlu ‘take action’ selepas membaca dan memahaminya
6. Bagitahu anak kita bahawa rezeki bukan datang daripada kita ibubapa tetapi rezeki datang daripada Pencipta. Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih
7. Bagitahu anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab & akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya Anak yang tahu dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki ‘sense of responsibility’
8. Bagitahu anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa Bekerja, makan, tidur, bantu adik beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.
9. Bagitahu anak kita bawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia Anak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada
10. Bagitahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya
Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibubapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana majoriti anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibubapanya yang sudah meninggal dunia.
Mingguan Wanita : Kalau apa yang mak ayah dah beritahu tentang perkara ini. Tak mustahil, hati anak akan melekat dan mampu buat yang baik-baik, atas dasar tanggungjawab sebagai umatNya.
Percaya atau tidak, hanya dengan sentuhan dan ciuman anak anda akan membesar emosi yang lebih positif. Tetapi mak ayah kenalah tahu cara nak praktik ciuman pada si anak setiap hari dan lima tempat sentuhan yang berkesan bentuk anak.
Empat Ciuman Dan Lima Sentuhan:
Mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibu bapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.
4 Ciuman
1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.
Perhatian: Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.
Manakala 5 Sentuhan pula ialah:
1. Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.
Tambahan: Gosok di dada ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.
Kredit: Abdul Basit Abdul Rahman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menu mudah yang sedap. Ramadan semakin mendekati puncaknya. Semoga setiap langkah kita dipenuhi keberkahan!Berbuka puasa hari ke-16, mak-mak nak masak menu apa tu? Jom...