Mak ayah sebenarnya memang boleh elak anak daripada ‘Speech Delay’ jika ambil berat dengan beberapa faktor persekitaran yang menyebabkan perkara ini terjadi. Ramai sebenarnya mak ayah mempunyai anak yang mempunyai masalah untuk bertutur atau lambat bercakap ni. Lebih merisaukan mak ayah bila umur anak semakin meningkat tapi masih tak pandai bercakap atau hanya boleh menuturkan beberapa perkataan je.
Baru-baru ini pasangan selebriti Wawa Zainal dan Airil Zafriel turut berkongsi perkara yang sama dialami oleh anak sulung mereka, Attar yang belum pandai bercakap walaupun telah berumur 4 tahun dilaman instagram mereka.
Menurut perkongsian oleh Speech Language Pathologist,Puan Ruby Atika yang juga merupakan Pengetua dari Ruby EIP Centre;
Faktor persekitaran yang menyebabkan speech delay dan faktor ini sebenarnya adalah benda-benda yang boleh dielakkan jika ibubapa lebih bersikap ambil tahu:
1. Sindrom Anak Pertama
Ibubapa tiada pengalaman dan tak pula ambil tahu tentang ilmu mendidik anak sejak bayi.
2. Sindrom Anak Bongsu
Ibubapa sudah lupa langkah-langkah merangsang otak anak dan serahkan tugas mengasuh anak kepada abang kakak yang lebih besar.
Ads
3. Gajet
Pendedahan kepada gajet, skrin tv seawal bayi dalam tempoh lama.
4. Ibubapa Terlalu Sibuk
Ibubapa terlalu sibuk dan serahkan anak kepada pengasuh/nenek terlalu lama. Mereka pula letak anak depan tv atau tidurkan anak lama supaya boleh kerja lain atau letih menjaga anak kecil. Ada pula jenis tak suka mainan sepah. Maka anak anda tidak bermain.
5. Tidak Bersembang Dengan Anak
Ibubapa anggap anak bawah 1 tahun masih terlalu bayi dan tidak boleh bercakap. Maka anda tidak bersembang dengan anak.
6. Lebihkan Smartphone
Ibubapa pandang smartphone lebih lama dari pandang anak, walaupun anak itu ada depan mata anda.
Ads
Balik ni, muhasabah diri. Ibubapa berubah, anak juga turut berubah.
Info Ekstra!
Apa itu Speech Therapy?
Speech therapy adalah terapi khusus yang bertujuan untuk menangani mereka yang bermasalah dalam bertutur, seperti lambat bertutur dan mempunyai masalah untuk berkomunikasi sesama rakan sebaya dan orang di sekelilingnya.
Ada yang hanya mengalami sedikit masalah dan boleh diselesaikan dengan galakan tetapi tidak kurang juga yang disahkan menghidap penyakit autisme dan perlu menjalani beberapa siri speech therapy.
Ads
Speech Delay
Pada kebiasaannya, ibubapa boleh mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anak mereka terutamanya apabila anak mereka lambat untuk memulakan pertuturan. Ia juga dikenali sebagai speech delay.Dan jika si anak boleh bertutur, hanya sedikit sahaja perkataan yang boleh disebut. Kadang-kadang ini boleh membuatkan si anak meradang kerana tidak dapat apa yang mereka nak.
Sebaiknya, jika mak ayah mengalami anak yang masih tidak pandai bercakap atau hanya tahu menuturkan beberapa perkataan je, bertindaklah dengan cepat. Seeloknya bawa anak berjumpa dengan therapi dan pakar bagi mengenal pasti masalah yang sebenar.
Semoga bermanfaat dan kongsikan pada ibu bapa lain.
Sebenarnya tak kiralah anak perempuan mahupun anak lelaki kedua-keduanya adalah amanah dan anugerah yang tidak ternilai dalam keluarga. Siapa sangka, setelah berderet melahirkan anak lelaki, penantian untuk mendapat anak perempuan diperkenankan.
Tiada yang lebih membahagiakan bagi pasangan suami isteri Schwandts yang akhirnya menerima cahaya mata perempuan selepas 14 kali melahirkan anak lelaki.
Selepas 14 Orang Anak Lelaki
Menurut laporan, ibu yang berusia 45 tahun dikenali sebagai Kateri Schwandt, akhirnya berjaya melahirkan anak perempuan bernama Maggie Jayne, selepas mempunyai 14 orang cahaya mata lelaki.
“Kami sangat gembira dan terlalu teruja dengan kehadiran Maggie Jayne dalam keluarga,”
“Tahun ini sangat banyak perkara untuk dikenang, tetapi kelahiran Maggie adalah ‘hadiah yang paling berharga’ yang tak pernah kami bayangkan,” ujarnya.
Pasangan ini berkahwin pada 1993 dan mempunyai tiga orang anak lelaki sebelum mereka tamat pengajian di kolej.Ketika ini, anak sulung mereka sudahpun berusia 28 tahun dan anak lelaki bongsu dilahirkan pada April 2018.
Mereka amat menantikan cahaya mata perempuan, dan kelahiran ke-15 ini ternyata sangat menggembirakan keluarga besar itu.
“Kedua ibu dan ayah saya bersyukur akhirnya mendapat anak perempuan yang mereka sendiri tak sangka,” ujar Tyler Schwandt, 28,anak sulung pasangan ini.
Anak-anak lelaki lain pasangan ini iaitu Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker, Francisco, dan Finley.
MW: Tahniah buat pasangan ini, berakhirnya satu penantian untuk dapat anak perempuan.Pastinya sangat gembira dengan kelahiran tersebut.Namun sebenarnya tak kiralah dapat anak perempuan mahupun anak lelaki kedua-keduanya adalah anugerah yang tidak ternilai dalam keluarga.
Datin Shahida pesan pada anak-anak. Sebagai ibu bapa, nasihat yang berkesan kepada anak merangkumi aspek agama dan duniawi seperti mendidik akhlak mulia, berbakti kepada ibu bapa, menjaga adab, mengajar tanggungjawab, menyokong minat dan bakat anak, memberi kepercayaan, serta menjadi contoh terbaik melalui perbuatan. Penting juga untuk membina bonding yang kuat, bersabar dalam proses mendidik, dan memilih masa serta cara yang tepat untuk memberi nasihat agar ia meresap ke dalam diri anak.
Begitu jugalah yang diamalkan pasangan pempengaruh dan juga ahli perniagaan berjaya Dato’ Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida. Sebagai ibu dan ayah banyak yang dipesan. Malah biasanya seusai solat mereka akan memberi tazkirah pada anak-anak.
Datin Shaheda Pesan Pada Anak-Anak “Jangan ‘Perasan’ Anak Orang Kaya”
Benarlah bukan mudah untuk mendidik anak-anak namun cara Datin Shaheda dan Dato’ Aliff boleh dijadikan contoh buat ibu bapa di luar sana. Sememangnya kebahagiaan sebenar bukanlah terletak pada harta semata-mata, tetapi pada kasih sayang yang kaya dalam keluarga.
Terbaru video Dato’ Aliff Syukri menyampaikan tazkirah penuh kasih sayang kepada anak-anak meraih perhatian warganet. Ramai terkejut kerana jarang melihat sisi lembut dan mendalam seorang bapa yang ada dalam dirinya.
Kata-kata nasihat yang lahir dari hati itu bukan sahaja menyentuh anak-anak, malah turut mengundang sebak dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di TikTok yang berjaya mencuri perhatian ramai hingga meraih lebih 2.1 juta tanda suka dan lebih 5 ribu komen itu, terserlah detik penuh keberkatan apabila Datuk Aliff bersama isteri menyampaikan nasihat dan amanat, ketika duduk berhimpun selepas solat Maghrib berjemaah.
Dalam suasana tenang itu, lahirlah tazkirah seorang ayah yang sarat dengan kasih sayang dan nasihat bernilai.
Agama Sebagai Pedoman Hidup
Tatkala itu juga isi hati seorang ayah yang mahu melihat anak-anaknya membesar dengan jiwa yang kuat, hati yang lembut, serta menjadikan agama sebagai pedoman hidup.
Ramai netizen mengakui tersentuh dengan pengakuan tersebut, rata-rata menyifatkan ia sebagai sisi berbeza Dato’ Aliff yang jarang ditonjolkan.
Ada yang mendoakan beliau terus istiqamah membimbing keluarga dengan nilai agama, malah tidak kurang juga yang berkongsi kerinduan terhadap arwah ayah dan ibu masing-masing setelah menonton momen tersebut.
“Mungkin, inilah watak sebenar Dato’ yang anak dia selalu cakap,”
“Kepada ibu bapa luar sana, kaya atau miskin.. ini satu contoh yang perlu ada pada setiap keluarga, kena ada sesi untuk deep talk, tazkirah dan lain-lain.. buatlah setiap bulan ke, 3 bulan sekali ke, 6 bulan sekali ke.
“Bagus Dato’ Aliff motivasikan anak-anaknya ke jalan Allah. Semoga dirahmati Allah selalu dan dimurahkan rezeki,”
Doa Tidak Pernah Putus Daripada Setiap Ayah & Ibu
Setiap ibu bapa pasti menyimpan harapan agar anak-anak bukan sekadar berjaya dalam pelajaran atau kerjaya, tetapi juga cemerlang di akhirat.
Anak yang mampu berdikari, berperibadi mulia, serta menjaga maruah keluarga adalah doa yang tak pernah putus daripada setiap ayah dan ibu.
Bagi Dato’ Aliff Syukri, ukuran kejayaan tidak hanya terletak pada wang ringgit atau kemewahan hidup. Sebaliknya, kejayaan sebenar ialah apabila beliau dapat membentuk zuriatnya menjadi anak-anak soleh dan solehah, berilmu, berdisiplin, serta tahu menjaga nama baik keluarga.
“Kekayaan mungkin boleh diwarisi, tetapi bukan iman, kerana itulah abah sentiasa ingatkan anak-anak abah untuk jadi anak yang beriman, soleh dan solehah,”katanya.
Menurut bapa asal Kuala Lipis, Pahang itu, beliau menegaskan, kejayaan dunia hanyalah pinjaman, tetapi kejayaan akhirat adalah bekalan yang kekal abadi.
“Solat jangan ditinggal, jangan tunggu disuruh baru nak buat. Ingat, bila abah dah tiada nanti, semua ini jadi kenangan. Keluarga itu satu amanah. Amayan sebagai anak sulung perlu belajar jadi pemimpin, bertanggungjawab, menjaga adik-adik dan perniagaan keluarga. Jadilah seorang yang tegas, bijak, berfikiran luas dan berjiwa besar,” pesan beliau.
Menurutnya lagi, beliau sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak — termasuk memberikan pendidikan terbaik dan keselesaan hidup.
Namun, hanya Allah yang mampu menjadikan seseorang itu anak soleh dan beriman.
“Sebab itu doa abah tak pernah putus, semoga kamu semua jadi insan yang hebat, beragama, dan mendengar kata. Satu hari nanti, bila abah sudah tiada, kamu jugalah yang akan solatkan dan uruskan jenazah abah,” katanya penuh sebak.
Beliau turut berpesan agar anak-anak menjauhi cinta remaja yang melalaikan, pergaulan bebas dan amalan yang boleh merosakkan masa depan.
“Abah tak kisah anak nak berkawan atau keluar ke mana, asalkan jangan tipu. Ingat, orang bahagia adalah orang yang hidup dengan kasih sayang, bukan dengan kebohongan.”
Tentang soal jodoh, beliau menegaskan pilihan pasangan bukan kerana harta atau pangkat, tetapi kerana budi pekerti dan keturunan yang baik.
“Abah dan mama pernah melalui zaman remaja, memang masa tu hati memberontak. Tapi bila dah meningkat usia, baru kita faham bahawa nasihat orang tua semuanya demi kebaikan,” katanya lagi.
Mahu Anak-Anak Jadi Insan Berguna
Inilah percaturan seorang ayah dan ibu, setiap nasihat, doa dan teguran yang diucapkan hanyalah untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang baik, berakhlak mulia, berjaya di dunia serta mulia di sisi Allah di akhirat kelak.
Detik itu akan menjadi satu contoh bahawa kebahagiaan sebenar bukanlah terletak pada harta semata-mata, tetapi pada kasih sayang yang kaya dalam keluarga.
15 Pesan Abah & Ibu
Jaga solat lima waktu – jangan tunggu disuruh, kerana solat tiang agama. Ia benteng diri dan kunci keberkatan hidup.
Hormati ibu dan ayah – doa mereka pembuka jalan rezeki. Jangan lupa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Sayangi adik-beradik – jangan bergaduh sesama sendiri. Adik-beradik adalah sahabat pertama dan keluarga itu amanah sampai akhir hayat.
Belajar bersungguh-sungguh – ilmu adalah bekalan, harta boleh hilang tapi ilmu kekal. Jadikan pelajaran sebagai tangga masa depan.
Jangan mudah terikut kawan – pilihlah sahabat yang membawa kebaikan, kerana kawan boleh membentuk siapa kita.
Jangan ‘perasan’ anak orang kaya – rezeki ini pinjaman Allah, jangan sombong, jangan memandang rendah orang lain.
Elakkan ego dan boros – rendah hati dan berjimat cermat itu tanda orang berakal. Simpan dan buat tabungan demi masa depan.
Pandang ke bawah untuk rasa insaf – lihat orang susah supaya hati lebih bersyukur dan tidak tamak.
Jaga maruah diri dan keluarga – jauhi cinta monyet, pergaulan bebas, dan perkara yang boleh merosakkan nama baik.
Berani memimpin – terutama anak sulung, jadilah pelindung, bijak membuat keputusan, dan menjadi contoh kepada adik-adik.
Bersyukur dan menggembirakan orang lain – hati yang bersyukur akan tenang, dan senyuman yang diberi akan kembali sebagai pahala.
Tolong ibu ayah – ringan tulang membantu, hidangkan makanan, ambilkan air, kerana berbakti kepada orang tua itu jalan menuju syurga.
Pilih pasangan kerana akhlak, bukan harta – keturunan dan budi pekerti lebih utama daripada kekayaan dunia.
Ingat, marah itu tanda sayang – teguran abah dan mama bukan untuk menyakitkan hati, tapi kerana mahu anak-anak jadi insan berguna.
Ingat akhirat – dunia hanyalah sementara, jangan tinggalkan solat dan mengaji, kerana akhirat adalah destinasi yang kekal.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penghujung Oktober lalu, kedua arwah ibu dan ayah anak kecil seusia 2 tahun ini, Muhammad Arfan Ziqri dijemput Ilahi dalam kemalangan motosikal dan lori Jalan Syed Putra.
Sejak itu, Arfan diserahkan di bawah jagaan neneknya, di Bachok, Kelantan. Sebelum ibu dan ayah Arfan dikebumikan pun kita dah rasa sebak boleh tengok Arfan main keliling jenazah ibu dan ayahnya yang ada dalam keranda.
Bila mana, bapa saudaranya, Nur Azuan Shamsuddin, 32 kongsi gambar Arfan main, kuis-kuis pasir keliling kubur arwah ibu dan ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rekang Hilir, Bachok, Kelantan.. sekali lagi hati pembaca jadi cair.
Rasa sebak tak boleh tahan air mata.
.
Arfan Luah Rindu Tepi Kubur Arwah Ibu Dan Ayah
Jelas sungguh, perasaan rindu Arfan pada mak dan ayahnya. Waktu meninggal dunia, ibu Arfan sedang mengandung kembar usia dua bulan.
Bila mana Arfan dah tinggal dengan neneknya, bapa saudaranya ini pun makin kerap pulang ke kampung halaman. Mahu jenguk keadaan Arfan sama.
Katanya, perkongsiannya tentang keletah Arfan itu dirakam pada cuti Hari Krismas yang lalu. “Saya bersama keluarga pulang ke kampung halaman selama beberapa hari. Mahu lawat Arfan yang dijaga neneknya.”
Masa balik kampung itulah, bapa saudaranya maklumkan pada anak buahnya itu yang dia mahu ziarah kubur ibu dan ayah Arfan.
Rupanya, bila saja jejak kawasan perkuburan itu.. Arfan terus teruja dan panggil arwah ibunya.
“Bu!Bu! Bu!..” sebak dengar rintihan Arfan.
Anak Ini Leka Kuis Pasir.. Layan Perasaan
Waktu itu, Arfan dah tak hirau apa jadi dekat kelilingnya. Dia cuma keliling kubur arwah ibu dan ayah. Kejap dia duduk, kejap dia berdiri, kejap dia keliling kubur arwah. Dalam lima ke 10 minit Arfan macam tu.
Asyik benar menguis pasir di kubur, bermain-main sambil layan perasaan.
Walaupun Arfan tak menangis, tapi semua yang ada di situ tahu betapa rindunya Arfan dengan ibu dan ayahnya.
Besar sungguh dugaan Arfan ini. Semoga anak ini kuat hati.
Kongsi bapa saudaranya lagi, memang tuhan jadikan Arfan ini anak yang tabah sejak ibu dan ayahnya tiada.
Arfan Jadi Anak Yang Mudah Diurus
Dulu Arfan ini susah nak suruh tidur. Sejak arwah tiada, Arfan jadi mudah sangat diurus. Tak merengek.. tidur pun senang. Kalau dia terjaga malam pun dia cuma nak minta susu.
Walaupun tak menjaga Arfan, bapa saudaranya ini mendoakan Arfan dapat limpahan kasih sayang dari keluarga yang lain. Moga Arfan membesar menjadi anak terbaik, yang soleh, beriman dan membanggakan arwah ibu dan ayahnya, Allahyarham Nurul Ashikin Kamaruddin dan Allahyarham Lans Koperal Muhammad Shakiran.
Arwah bapa Arfan juga mempunyai seorang kembar sama jantina, Muhammad Syakirin Shamsudin, 30, tinggal di kampung dan sudah berkeluarga.
MW : Mendoakan semoga Arfan sentiasa di bawah lindunganNya dan rahmatNya.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...