Perkahwinan dulu-dulu jauh beza dari sekarang. Meriahnya, satu kampung datang menolong. Itu belum pengantinnya bertukar-tukar baju berpasang-pasang. Boleh kata, selagi tak habis tiga hari, selagi itulah macam-macam aktiviti gotong royong majlis kenduri akan dilakukan.
Mengimbau kenangan majlis perkahwinan dulu-dulu dengan peminatnya. Pengusaha restoran di Masjid Tanah, Zuraidah Ismail (Kak Ida’s Kitchen), 54 akui perlu bertukar-tukar 24 pasang baju untuk majlis kahwin 3 hari 2 malam.
Bertukar-tukar 24 Pasang Baju, Kalah Anak Raja
Kerja kahwin antara Kak Ida dan suaminya, Abang Rino dijalankan sekitar Januari 1987.
“Rare betul ni.
Nak share sikit. Mengimbau masa majlis perkahwinan Kak Ida dan abang Rino. Dulu-dulu slim jer. Sekarang seram.
24 pasang pakaian Kak Ida pakai masa tu. Ya Allah, penat weii. Majlis 3 hari 2 malam kalah anak raja. Ada live band lagi. Joget lambak, bunga api buluh. Lembu 2 ekor. Ayam goreng Kentucky buat sendiri 1 pikul ayam. Semua ada.
Pelamin, tempat tidur buat sendiri. Hantaran pun buat sendiri. Gotong royong sama-sama.
Kayu api pun cari banyak-banyak, susun kat dapur untuk masak waktu majlis nanti. Segala tiang khemah, lilit kertas bunga nak nampak cantik. Buat bunga telur cucuk kat pokok pisang untuk tetamu. Bergulung-gulung kertas bunga mak beli.
Hiasan cadar katil baldu tekad emas. Sanggul bukan macam sekarang weii. Semua besi atas kepala kau.
Kak Ida anak perempuan bongsu, jadi mak ayah apa lagi.. buat meriah sungguh. Alhamdulillah.. Al Fatihah untuk mak dan ayah tersayang.
Ads
Selamat pengantin baru Kak Ida dan abang Rino.” Seloroh Kak Ida lagi di facebooknya.
Waktu Bertukar-tukar Baju, Ada Yang Kata Iras Pelakon Era 80-an
Walau sudah 33 tahun berlalu, memori majlis perkahwinannya itu tetap tersimpan kemas dalam kotak ingatan. Kongsi kak Ida lagi, majlis kahwinnya itu diadakan di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah di Melaka.
Dia punya grand sampai tiga hari dua malam majlis perkahwinan tu berlangsung. Baju 24 pasang itu termasuk baju nikah sekali.
Waktu sarung satu persatu baju, siap solekan dan dandanan bersesuaian dengan busana. Tetamu yang memandang siap kata muka Kak Ida waktu itu macam (Allahyarham) Rafeah Buang. Ada juga yang sebut macam Hazlina Kamsan dan Rubiah Suparman.
Kak Ida bukan semata bertukar-tukar baju dan pose di pelamin. Tapi kena berjalan berpusing-pusing ke dapur berjumpa makcik-makcik potong-potong bawang buat persiapan majlis kahwin. Selesai di situ, perlu pula ke luar rumah jumpa pakcik-pakcik yang buat kerja-kerja rewang.
Ads
Boleh bayangkan, 24 pasang baju tu. Penat dia.. “Memang penat bertukar-tukar baju, tapi seronok.”
Kesemua baju ini dipakai untuk malam berinai, majlis akad nikah, majlis persandingan, acara makan beradap, majlis berarak hinggalah acara joget lambak.
Ada kain songket, baju Korea, Sari, baju Siam, baju Jawa, baju Palembang, baju sanggul lintang Melaka, baju Arab (Oman) dan beberapa gaun.
Malah, untuk busana berpasangan, abang Rino perlu mengenakan tujuh pasang baju berpadanan dengan Kak Ida.
Hari ini, Kak Ida dah jadi ibu pada enam orang anak dan nenek kepada enam cucu.
Semangat Gotong Royong Penduduk Kampung
Indahnya majlis kahwin dulu-dulu, semangat gotong-royong masih menebal. “Dulu sangat meriah sebab ramai yang tolong. Bayangkan, saudara-mara dah datang ke rumah seminggu lebih awal. Berkumpul dan bantu buat persiapan majlis.”
Ads
Sebulan sebelum majlis pun kayu api dah bersusun banyak dan cantik susunannya. Mudah nanti nak guna waktu memasak.
Khemah kenduri cacak pakai tiang buluh. Lapikkan kanvas. Lilit pula dengan kertas bunga nak bagi cantik. Senang cerita semua buat sendiri.
Sampai ke langsir bilik pelamin pun Kak Ida jahit sendiri. Itu tak masuk lagi pelamin buat sendiri.
50 Ekor Ayam, Hidangan Untuk Tetamu
Arwah bapa Kak Ida ada membela berpuluh-puluh ekor ayam. Dan itulah yang jadi hidangan untuk tetamu di majlis perkahwinannya.
Malah, mereka sekeluarga beri ayam makan dedak hari-hari.
Kongsi Kak Ida, tiga bulan sebelum majlis, ayahnya dah pasang reban, bela dekat 80 ekor ayam. 50 ekor ayam, ayahnya korbankan untuk buat ayam goreng bersalut tepung untuk majlis terakhir yang ada joget lambak. Itu yang Kak Ida maksudkan ayam Kentucky buat sendiri.
“Saya jugalah yang salut ayam itu dengan tepung.” Rare betul, semua pengantin yang buat. Bak kata Kak Ida, semua ini menjadi satu kenangan yang cukup indah buatnya.
Selamba cuci pakaian depan rumah ketika majlis pertunangan, wanita ini tak puas hati jiran tak peka. Viral sebuah video aksi seorang wanita mencuci pakaian di depan rumahnya tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekelingnya.
Walaupun si perakam menyalahkan wanita tersebut tetapi ramai netizen tampil menyelebelahi jirannya kerana dirasakan tindakan tersebut sesuatu yang normal.
Selamba Cuci Pakaian Depan Rumah
Satu video memaparkan aksi seorang wanita mencuci pakaian di hadapan rumah di Jakarta, Indonesia ketika jirannya mengadakan majlis pertunangan menjadi bualan netizen di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.
Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @evicellova, wanita tersebut dilihat tekun mencuci baju dan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.
Wanita Tak Puas Hati Jiran Tak Peka
“Apa masalah awak ya? Jiran sedang mengadakan majlis, awak malah mencuci baju di luar rumah,” demikian keterangan yang ditulis oleh pemilik akaun itu.
Wanita itu dilihat mencuci pakaian di luar rumahnya dengan membawa besen dan di bawah cahaya matahari yang terik.
Padahal, dia sama sekali tidak menyedari aksinya dirakam.
Mengundang Kemarahan Netizen
Tindakan memuatnaik video tersebut ternyata mengundang reaksi marah netizen yang mempertikaikan tindakan si perakam yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan kelakuan wanita itu mencuci pakaian di hadapan rumahnya sendiri.
“Tiada yang salah pun, bukankah dia mencuci pakaian di rumahnya sendiri,” kata seorang netizen.
“Apa masalahnya? Saya juga semasa jiran sedang mengadakan majlis pertunangan, saya menyapu halaman rumah sambil memakai baju tidur,” kata netizen lain.
“Jadi adakah anda ingin mengatakan bahawa wanita itu perlu melihat tetamu yang sedang mengambil gambar?” kata seorang lagi netizen. – Agensi
Mingguan Wanita : Langkah terbaik bila berlaku perkara sebegini, berbincanglah secara elok dan mungkin jiran tersebut tidak sedar bahawa anda sedang mengadakan majlis. Aksi merakam dan kemudian berkongsi di media sosial tidak mampu menyelesaikan masalah. Lagi pula tindakan jirannya mencuci pakaian bukan satu perbuatan yang salah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Jika selalu nasi beriani daging lembu, kambing dan ayam, rupanya boleh juga dimasukkan hidangan laut seperti ketam. Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Yana Samsudin ada memuat naik perkongsian video memasak bersama mak tersayang. Resipi yang dikongsikan didalam video tersebut merupakan air tangan mak yana sendiri dan dinamakan cukup mencuit hati iaitu ‘Nasi Beriani Ketam Bertempiaran Lari’.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
Bahan-Bahan:
Bawang Putih
Bawang merah
Halia
(*ditumbuk)
Serai (diketuk)
Daun Pandan
Kayu manis
Bunga Lawang
3 sudu besar Minyak sapi
2 sudu besar serbuk kurma beriani
3/4 ekor ketam segar
serbuk perasa ajinomoto
sedikit garam
4 cawan Beras
4 cawan air
1 Sudu besar kordial sanquick oren
2 sudu besar santan kotak
Cara Membuat:
1.Masukkan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk.
2.Masukkan pula serai, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang, biarkan sehinggan naik bau.
3.Masukkan pula serbuk kurma beriani dan masukkan ketam kacau sebati.
4.Masukkan sedikit garam, serbuk perasa ajinomoto dan masukkan 4 pot beras.
5.Masukkan pula 4 cawan air dan kacau sebati.
6.Masukkan 2 sudu besar santan kotak dan 1 sudu besar kordial sanquick oren.
Wani Comel yang suatu ketika dulu pernah dikenali dengan kisah masalah berat badannya telah meninggal dunia pada 19 Ogos kira-kira jam 9 malam. Sebelumnya pada hari yang sama, sahabat baik arwah, Putri Nur Rabiatul Nabihah juga dijemput Ilahi. Keduanya disahkan positif Covid-19.
Berkongsi coretan duka, ibu arwah Nabihah mencatatkan,
Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9pm tarikh 18 Ogos 2021.
Wani pergi dihari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan Covid 19. Allahuakbar.. Allahuakbar. Sayu hati saya 2 insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama. Saya mohon pada semua rakan-rakan sedekahkan AlFatihah untuk Wani Comel & Putri Nur Rabiatul Nabihah.
AL FATIHAH”
Kalau Bihah Tak Ada, Wani Akan Ikut Sekali
Sehari sebelum keduanya meninggal dunia, ibu Nabihah terdengar perbualan anaknya dan Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim. Kata anaknya pada Wani, “Boleh ke kita ni?”
Kemudian, ibu ini dengar Wani beritahu Nabihah yang mereka kena kuat. “Wani kata, kalau Bihah tak ada, dia akan ikut sekali.
“Tak sangka mereka berdua pergi bersama pada hari yang sama.”
Selepas 5 Hari Positif Covid-19, Wani Comel Pergi Jua
Difahamkan arwah Wani meninggal dunia di rumah sekitar pukul 9 malam (Rabu), manakala arwah Nabihah meninggal di Hospital Putrajaya kira-kira jam 4 pagi hari yang sama.
Penjaga arwah Wani, Muhammad Shah Rovinderjit memaklumkan yang arwah dijangkiti Covid-19 selepas sehari menerima suntikan vaksin kedua pada 13 Ogos lalu. Selepas lima hari positif, arwah akhirnya pergi juga.
Arwah Nabihah pula positif selepas empat hari menerima suntikan vaksin dos kedua pada 8 Ogos lalu. Keduanya kuarantinkan diri di rumah saja.
Mingguan Wanita : Al-Fatihah, semoga Allah menempatkan arwah Nurul Airawani Nazira dan arwah Putri Nur Rabiatul Nabihah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.