Selepas lima bulan melayari bahtera perkahwinan, pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya, 42, mendedahkan bahawa dia dan suami, Maxime Bouttier, 32, kini sedang merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan. Dalam masa sama, Luna Maya juga bersedia untuk memperlahankan aktiviti seninya demi memberi tumpuan kepada fasa baharu kehidupan sebagai ibu.
Menurut Luna Maya, keputusan itu dibuat selepas mereka berdua ingin menikmati masa berdua sebagai suami isteri terlebih dahulu sebelum bersedia memikul tanggungjawab lebih besar.
“Saya mungkin akan memperlahankan kerjaya sedikit jika sudah memutuskan untuk mempunyai anak kelak. Perancangan kami mengenai cahaya mata adalah disasarkan pada tahun hadapan. Kami mahu mengambil masa untuk ‘berpacaran’ dahulu bagi mengenali satu sama lain lebih mendalam sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam perkahwinan kami,” katanya.
Luna Maya Mahu Persiapan Rapi Sebelum Timang Cahaya Mata
Tambah pelakon filem Sukma itu, dia bukanlah tergesa-gesa menimang anak, sebaliknya mahu memastikan segala persediaan dari segi mental, fizikal dan kewangan benar-benar kukuh sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
“Mengikut perancangan, tahun depan. Buat masa sekarang, kami masih ambil masa dan jalani kehidupan hidup berdua. Kalau sudah stabil dan ada kediaman yang baik, barulah akan memasuki fasa seterusnya. Saya pula individu yang sangat tersusun, semua harus berjalan mengikut aturan. Jadi, saya perlu bersedia sepenuhnya secara mental dan fizikal sebelum memiliki anak. Tak mahu ada rasa penyesalan ditambah pula sekarang masih ada kerja yang belum disiapkan,” ujarnya kepada Kosmo! Online pada malam gala filem tersebut.
Perancangan Kewangan Jadi Fokus Utama Luna Maya
Selain aspek kesediaan diri, Luna Maya turut menekankan pentingnya perancangan kewangan kerana menyedari kos membesarkan anak pada masa kini bukanlah kecil.
“Sekarang perancangan harus rapi, termasuk ada wang simpanan kerana memiliki anak adalah mahal. Saya mahu beri yang terbaik dan paling penting ialah memastikan kami berdua memang bersedia secara mental dan fizikal untuk memiliki anak. Sebenarnya bukanlah terlalu bimbang tetapi mahu pastikan semua aspek benar-benar ‘solid’ supaya dapat berikan terbaik untuk anak kami kelak,” jelasnya.
Ads
Luna Maya Mahu Seorang Anak Sahaja
Apabila ditanya tentang bilangan anak yang diimpikan, pemilik nama penuh Luna Maya Sugeng itu mengakui hanya mahukan seorang sahaja.
“Saya mahu seorang anak sahaja sebab manusia di bumi ini sudah ramai dan tak perlu ditambah-tambah lagi. Tak mengapa kalau ada seorang sahaja asalkan hasilnya berkualiti cuma kalau ada perancangan nak tambah, mungkin boleh ambil anak angkat atau cara lain. Kita lihat bagaimana nanti, kalau diberi rezeki satu, Alhamdulillah,” katanya yang masih mempertimbangkan untuk hamil secara normal atau melalui rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Ads
Luna Maya Promosi Filem Seram Terbaharu, Sukma
Dalam pada itu, Luna Maya kini berada di Malaysia untuk mempromosikan filem seram terbaharunya berjudul Sukma, arahan Baim Wong, yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 30 Oktober ini. Filem tersebut turut dibintangi oleh Anna Jobling, Christine Hakim, Fedi Nuril dan Oka Antara.
Untuk rekod, Luna Maya selamat disatukan dengan Maxime, yang 10 tahun lebih muda daripadanya, dalam sebuah majlis perkahwinan indah di Bali, Indonesia pada 7 Mei lalu, menandakan permulaan baharu buat pasangan selebriti popular itu.
Baru-baru ini, viral gambar seorang wanita kurang upaya (OKU),berkerusi roda berada di dalam Mass Rapid Transit (MRT) bekerja sebagai penghantar makanan di negara jiran, Singapura.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Siapa sangka, meskipun berkerusi roda dan lumpuh separuh badan, ternyata, tidak menghalang seorang wanita OKU, cekal melakukan tugas penghantaran makanan di negara tersebut.
Memetik Facebook All Singapore Stuff, kekurangan diri membuktikan tiada alasan untuk tidak bekerja.Wanita itu kelihatan dalam perjalanan menghantar makanan dipesan pelanggan menerusi aplikasi GrabFood dan ia menarik perhatian netizen.
OKU Usaha Cari Rezeki
Ini membuktikan, meskipun kurang upaya golongan ini tetap berupaya berusaha mencari rezeki tanpa mengharapkan bantuan orang lain dan ia memberi inspirasi kepada masyarakat.Meskipun terpaksa mengharungi hujan, panas, setiap hari, berkerusi roda dan menaiki pengangkutan awam tetapi semangat untuk mencari rezeki tidak pernah luntur.
Gambar itu juga meraih lebih 5,000 tanda suka dan 6,953 perkongsian didalam page facebook tersebut.
Netizen JosBenson Chan berharap wanita itu tidak mudah berputus asa dan terus cekal untuk mengharungi dugaan hidup.
Kata Muhammad Afzal Shuhil Ahmad, dia akan menghormati individu berusaha mencari rezeki tetapi tidak kepada peminta sedekah yang memiliki tulang empat kerat, namun tidak menggunakan kudrat itu untuk pergi bekerja.
MW: Tahniah buat wanita ini, juga pada golongan kurang upaya (OKU) yang berusaha mencari rezeki sendiri tanpa mengharap ihsan dan bantuan daripada orang lain. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan inspirasi buat kita yang sihat walafiat ini agar rajin bekerja dan mencari rezeki. Tahniah juga, kepada majikan yang memberi pekerjaan untuk golongan sebegini untuk berdikari.
Ibu tempah kek gajah comel birthday anak usia setahun, dapat anak anjing. Keterujaan seorang ibu, Aynie Zulkifli yang menempah kek bertemakan gajah comel bertukar menjadi mimpi ngeri.
Berkongsi kisah ini di facebooknya, Aynie memaklumkan dia bukan mahu membuka aib sesiapa namun agak kecewa dengan kek yang diterimanya. Bukan dapat gajah comel tapi lebih menyerupai seakan anak anjing.
Ibu Tempah Kek Tema Gajah Comel Birthday Anak Usia Setahun
Katanya, dia telah membuat tempahan kek bertemakan gajah. Dan penjual menyatakan kesanggupan untuk membuatnya. Tapi malangnya, bukan tema gajah tapi jauh menyeramkan kerana seakan tokong, katanya dalam hantaran di facebooknya.
“Kalau rasa tak boleh buat jangan terima tempahan. Order gajah tapi yang dapatnya macam seketul anak **jing (napok supo tokong pun yoo jugak) tulisnya.
Dapat Anak Anjing
Dalam kejadian ini di Tanah Merah, Kelantan ini, jelas Aynie, apa yang semakin membuatkan dirinya sakit hati bila mana kos dipersetujui adalah termasuk kos penghantaran tapi akhirnya mereka perlu mengambilnya sendiri. Lebih menambah sakit hati bila tiada kotak kek disediakan.
“Korang fikir apa perasaan mak-mak bila dapat barang begini. Sudahlah ini kali pertama mahu meraikan hari jadi anak usia setahun,” katanya dalam hantaran di fbnya. Masa yang sama, kecewa dengan apa berlaku, dia mencari kek di kedai sudah tersedia sahaja.
Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menyedari kepentingan pelitup muka dalam memerangi pandemik COVID-19 yang semakin mengganas, selebriti popular Izzue Islam bersama pasukan Neutrovis telah menyerahkan 10,000 kotak pelitup muka untuk golongan susah.
Izzue Islam Seronok Dapat Berbakti Kepada Masyarakat
Sebagai duta pelitup muka Neutrovis, Izzue, 30, mengaku rasa berbesar hati apabila terlibat dalam program amal yang sangat bermakna baginya.
“Program amal ini sangat bererti buat saya. Keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila dapat berbakti kepada masyarakat.
“Saya memuji usaha murni ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Bagi saya, dalam norma baharu ini, pelitup muka sangat penting dalam kehidupan seharian.
“Dalam memerangi wabak ini, pastinya ada golongan yang sangat terkesan dalam pelbagai aspek, jadi saya selalu berpesan pada diri sendiri, jika kita masih mampu berdiri, hulurlah tangan pada mereka yang sedang jatuh.
“Sama-sama kita lindungi diri dan keluarga tersayang,” ujarnya lagi.
Artis Contoh Kepada Masyarakat
Anak kelahiran negeri Kelantan ini merupakan antara artis yang sering terlibat dalam kerja-kerja amal. Semoga menjadi contoh kepada masyarakat.
Penyumbangan 10,000 kotak pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA (Medical Device Authority) bernilai RM 350,000.00 disumbangkan untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan petugas barisan hadapan.
Inisiatif oleh Neutrovis dan Himaya ini dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina untuk mengurangkan beban anggota-anggota barisan hadapan dan golongan B40.
Malah Izzue bersama Datuk KK Chua telah menyumbangkan 10,000 kotak pelitup muka kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin.
Seorang ibu tabah, Siti Nur Shafiqa Suraini, berdepan dugaan apabila anaknya disahkan menghidap Acute Necrotising Encephalopathy of Childhood (ANEC) akibat jangkitan Influenza A. Kisah penuh pengorbanan dan harapan seorang ibu.