
Bayu Somerset, jenama lokal fesyen past-forward yang dikenali dengan corak terang dan rona ceria, dengan bangganya memperkenalkan koleksi Raya 2026 mereka, #somerSYOKraya26, sebuah perayaan warna, kreativiti dan keunikan diri. Pelancaran ini serentak dengan pembukaan outlet terbaharu Bayu Somerset di Central i-City, Shah Alam.
Sesuai Dipakai Tidak Kira Usia Dan Cuaca

Pada majlis pelancaran, Anzalna Nasir turut tampil memperagakan rekaan Inara Kurung, Cempaka Puteh daripada koleksi kolaborasi Bayu Somerset x Arif Rafhan.
Sementara itu, Liza Hanim bersama anak perempuannya, Marsya Q juga turut berkongsi momen bertemakan keluarga apabila mengenakan set kebaya sedondon, sekali gus menonjolkan pilihan busana yang sesuai untuk digayakan seisi keluarga.
Liza berkata, dia teruja dengan persalinan yang diperkenalkan kerana selesa dan mudah dipadankan mengikut citarasa masing-masing.
“Kami sekeluarga memang gemarkan potongan serta pilhan warna yang ditampilkan. Nampak sesuai untuk pelbagai peringkat usia,” katanya.
Bukan itu sahaja, Marsya, anak perempuan kepada Liza Hanim pula menyifatkan gaya yang diketengahkan jenama ini amat mesra untuk mereka yang bertudung, selain mempunyai sentuhan moden yang lebih segar.
Kekalkan Warisan Tempatan Dengan Olahan Elemen Moden

Ketua Pemasaran Bayu Somerset, Dania Kamalul berkata, identiti jenama itu kekal berakar pada unsur warisan tempatan, namun digabungkan dengan elemen moden yang lebih berani dari segi warna dan corak.
“Potongan kami masih dekat dengan akar budaya Malaysia, cuma kali ini kami berani bermain dengan warna dan corak yang lebih segar. Menerusi kolaborasi yang dibuat, kami cuba satukan elemen tradisi dan seni kontemporari untuk meraikan gaya masa kini,” katanya.
Koleksi Raya #somerSYOKraya26 ditawarkan dalam saiz XXS hingga 5XL dengan harga yang berpatutan dan boleh didapati di semua outlet Bayu Somerset serta secara dalam talian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




