Linda Onn nafi terima gaji RM45,000, gaji tak sampai RM10,000 pun. Kecoh di media sosial gaji penyampai radio yang mencecah RM150,000 sebulan seperti didedahkan oleh Datuk Fauziah Nawi semalam.
Tak memasal, nama penyampai radio Linda Onn dipetik pernah menerima gaji RM45,000 semasa di Suria FM. Bagaimana pun bekas penyampai radio yang pernah berkhidmat di pelbagai stesen radio termasuk Era menafikan pernah menerima RM45,000 seperti dipetik oleh seorang individu di bahagian komen.
Linda Onn Nafi Terima Gaji RM45,000
Jelas Linda yang pernah mengusahakan restoran makanan, dirinya tak menyangka namanya dipetik berkaitan isu gaji penyampai radio.
“Laa, hangat kat socmed cerita pasal gaji penyampai radio pulak ke? Discuss secara terbuka tu! Ingat malas nak campur tapi bila ada orang sebut nama kita, kita replylah.
Menyentuh gaji RM45,000 dikatakan penah dibayar untuk penyampai radio popular ini, dirinya menafikannya.
“Haishhh… Pandai pandai je awak cakap gitu. Bestnyalah hai kalau betul dapat gaji gitu. Mana Linda pernah dapat gitu. Sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi gitu.
“Dulu menang award pun nama tengah gah pun. Gaji takdelah sampai 10k. Bertuah penyampai radio zaman sekarang. Sampai jejak 50k – 100k-150k sebulan. Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu. Bestnya,” katanya yang berkongsi hal ini di media sosialnya.
Ads
Dalam pada itu, kata Linda Onn, dirinya memahami mengapa soal gaji penyampai menjadi isu keterbukaan di media sosial.
“Ye lah.. kita faham juga. Mungkin penyampai zaman sekarang kualitinya berbeza, pendekatan berbeza, kehendak pendengar berbeza, kehendak station pun berbeza berbanding dengan zaman Linda dulu. Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio. Lagilah berharga…
Gaji Tak Sampai RM10,000 Pun…
“Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui appraisal. Tengok KPI. Tengok performance sebagai penyampai dan tengok komitmen kita untuk on ground event bagi station tu. Bukan senang eh.
Jelasnya lagi, zaman dulu lain. Mungkin juga zaman dulu ada yang dapat RM40k – RM100k. Tapi nope, Linda tak dapat. Why why why?? Kita terima jelah. Mungkin standard Linda tak sampai tahap tu.
Ads
Happy juga dengar gaji penyampai dah ratus ribu sekarang. Wow..MasyaAllah banyaknya!! Kadang terfikir, kenapa dulu Linda tak dapat gitu eh? Haa, Itu maknanya. Sudah tertulis rezeki ku sebegitu saja. Kepada penyampai sekarang yang dapat gaji sebulan RM50k – RM100k -RN150k, tahniah! Tulisnya.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mufti Wilayah nasihat pekerja islam di bank konvensional cari kerja halal lain, terkait transaksi riba. Jika sebelum ini pernah tular pekerja-pekerja di pasaraya yang ada menjual arak agar mencari rezeki halal yang lain, kali ini kenyataan ini pasti mengejutkan merek yang bekerja di industri perbankan khususnya mereka yang bekerja di bank konvensional.
Memetik Irsyad Al-Fatwa siri ke 823, Hukum Bekerja Di Bank Konvensional, Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah menjawap satu pertanyaan dari pembaca berkaitan hukum bekerja di bank konvensional.
Dan pastinya ia agak mengejutkan bagi mereka yang beragama islam khususnya di barisan kaunter (teller yang melayan pelanggan dalam melakukan transaksi di bank), pegawai pemasaran (mempromosi produk-produk konvensional kepada pelanggan), penganalisis kredit (orang yang menganalisis kelayakan penerima pinjaman), account officer (pegawai yang melakukan pemantauan terhadap kelancaran pembayaran kredit oleh pelanggan), bahagian admin kredit, akauntan, pegawai audit, barisan kepimpinan bank dan seumpamanya. Mereka dinasihatkan untuk mencari pekerjaan lain yang halal dan bebas dari transaksi riba.
Jelasnya, bank konvensional adalah melibatkan muamalat riba, maka bagi mereka yang sudah melibatkan diri dalam dunia pekerjaan di bank konvensional, mereka perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan halal yang lain.
Meskipun begitu, adakah kesemua jenis bahagian dalam bank tersebut yang tergolong dalam kalangan mereka yang disebutkan dalam hadis di atas? Sehubungan dengan itu, mereka yang bekerja di bank konvensional ini boleh dikategorikan kepada dua golongan, iaitu:-
Golongan pertama: Mereka yang bekerja secara langsung dengan transaksi riba, maka pekerjaan itu hukumnya adalah haram. Antara pekerjaan yang terlibat secara langsung dengan transaksi riba termasuklah mereka yang bertugas sebagai teller (melayan pelanggan dalam melakukan transaksi di bank), pegawai pemasaran (mempromosi produk-produk konvensional kepada pelanggan), penganalisis kredit (orang yang menganalisis kelayakan penerima pinjaman), account officer (pegawai yang melakukan pemantauan terhadap kelancaran pembayaran kredit oleh pelanggan), bahagian admin kredit, akauntan, pegawai audit, barisan kepimpinan bank dan seumpamanya.
Golongan kedua: Mereka yang bekerja tidak terkait langsung dengan transaksi riba seperti pegawai keselamatan, cleaner dan selainnya, maka pekerjaan sebegini adalah harus. Hal ini kerana pekerjaan mereka tidaklah berkait dengan sebarang transaksi riba sama ada memasarkan produk, menyediakan produk, mengisi perjanjian dan sebagainya lantas mengeluarkan mereka daripada tergolong dalam mereka yang disebutkan dalam hadis.
Berdasarkan penjelasan di atas, apa yang dapat kami nasihatkan ialah mereka yang sudah melibatkan diri dalam dunia pekerjaan di bank konvensional, mereka perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan halal yang lain. Wallahu A‘lam. Artikel penuh Mufti DI SINI.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bina rumah pelacuran, Ridhuan Tee tempelak, “jangan jadi artis jahil, pergi mengaji…” Tindakan Datuk Rosham Nor yang memberi cadangan peribadi agar Malaysia membina rumah pelacuran bagi menyelesaikan masalah nafsu 3 juta pendatang mencetuskan pelbagai komen.
Ramai beranggapan ia satu percakapan mengarut kerana dirinya adalah figura dan dikenali ramai dan tidak sepatutnya kenyataan sebegitu keluar dari dirinya. Walau sudah meminta maaf semalam tetapi isu dinyatakannya masih berlegar di media sosial.
Dalam pada itu, pendakwah terkenal, Ustaz Ridhuan Tee turut menempelak cadangan ini kerana menurutnya Kuala Lumpur tidak boleh dijadikan seperti Hatyai malah mencadangkan agar artis dan termasuk yang lain jangan jadi jahil. “Pergilah mengaji…katanya.
Beliau meluahkan pendapat di facebooknya semalam dan ia mendapat respon positif dari masyarakat.
Penyelesaian bodoh dari orang bodoh. Bila ramai pelanggan pelacur sediakan rumah pelacur. Bila ramai kaki judi maka sediakan rumah judi (kasino). Bila ramai orang tikam ekor, sediakan kedai ekor.
Bila ramai kaki botol, sediakan kedai arak. Bila ramai mat rempit sediakan litar rempit. Bila ramai kaki rokok (vape), sediakan rumah rokok. Bila ramai orang hisap dadah, sediakan rumah hisap dadah. Bila ramai orang suka berhibur waktu malam, sediakan kelab malam.
Ringkasnya, bila ramai orang suka maksiat, sediakan pusat maksiat.
Ini bukan penyelesaian, ini cadangan yang teramat bodoh. Saya syorkan kepada mereka ini, pergilah mengaji. Jangan jadi artis (termasuk yang lain) jahil.
Setiap masalah tersebut, sudah ada jalan penyelesaiannya. Pergiah baca. Lebih-lebih lagi mengikut perspektif agama masing-masing. Lagi pun kajian demi kajian telah dibuat. Ini bukan perkara baharu.
Persoalannya, mahu laksanakan atau tidak?
Tapi bukan dengan menyelesaikan, bukan dengan cara maksiat atas maksiat. Ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menambahkan lagi masalah. Apakah kita mahu Kuala Lumpur menjadi seperti Hatyai, terkenal sebagai pusat maksiat, pusat pelacuran. Kononnya, atas nama pusat pelancongan.
Ya, saya tidak nafikan begitu ramai, orang Malaysia ramai melancong ke Hatyai. Tapi, kita kena ingat, sedar atau tidak, sebahagiannya pergi ke sana, bertujuan melanggan pelacur.
Adakah kita mahu katakan bahawa, orang Malaysia yang pergi melanggan pelacur di sana, nafsunya tidak terlayan di sini, sehingga perlu pergi ke Hatyai untuk melanggan pelacur? Ini hujah bodoh. Orang sebegini memang wujud dalam masyarakat. Sebab itu kita perlu didik mereka.
Percayalah, setiap agama (bangsa) sudah ada jalan penyelesaian masing-masing. Galilah dan koreklah jalan penyelesaian mereka. Jangan pakai cakap sahaja sehingga nampak kebodohan diri.
Saya yakin, jika cadangan ini diterima, yang ramai jadi pelacur nanti, adalah anak-anak kita, bukan dari kalangan pekerja asing ini.
Ini belum termasuk lagi masalah penyakit yang akan ditimbulkan seperti HIV AIDS dan sebagainya. Pendek kata, orang yang bercakap ini, cara berfikir dia amat naif. Tidak layak diikuti, meskipun datang daripada orang yang berpengaruh. Bertaubatlah….
Dalam Islam sendiri, sudah ada penyelesaian. Jika nafsu terlau kuat atau membuak-buak, maka ada caranya. Bagi lelaki, poligami dibenarkan (jika mampu). Jika poligami tidak dibenarkan, pasti ada penyelesaian cara mengikut perspektif agama masing-masing, tapi bukan cara membuka pusat pelacuran.
Begitu juga penyelesaian daripada aspek pendidikan. Selain itu, kita ada undang-undang. Di negara lain pun ada undang-undang. Kuatkuasalah. Ini negara kita, kita ada cara sendiri. Orang lain datang, kena hormatlah. Sama juga kita pergi ke negara orang, kena hormat, budaya dan cara hidup masing-masing
Ini belum termasuk penyelesaian dari sudut spiritual. Kita disyorkan supaya dekat dengan Allah (Tuhan Pencipta), puasa, dan sebagainya.
Aktif diri kita seharian dengan gaya hidup sihat. Melibatkan diri dengan banyak kegiatan berfaedah.
Hidup ini bukan dengan memuaskan nafsu alat kelamin sahaja. Bahagia ini ada banyak cara, bukan hanya seks semata. Ada orang bahagia, tanpa hubungan seks. Ada orang tidak kahwin, tanpa melakukan hubungan seks tetapi dia bahagia.
Jangan asyik tergambar memuaskan nafsu alat kelamin sahaja. Nampak sangat otak kotor.
Contoh lain, kamu tahu tak, di negara besar China, penduduk teramat ramai, tidak ada kasino, kita Malaysia, kecil saja, ada, antara kasino terbesar lagi di dunia. Orang luar negara, berhibur dan berjudi di negara kita. Adakah selesai masalah penjudi di seluruh dunia, jangan jadi bodoh.
Sekurang-kurangnya, di negara China, dengan tidak adanya kasino, mereka dapat menyelesaikan sebahagian masalah sosial mereka. Kita bagaimana? Menghalalkan maksiat, tidak akan menyelesaikan masalah maksiat.
Sebab itulah, masalah negara kita, tidak pernah selesai. Kita selesaikan masalah atas masalah. Maksiat atas maksiat. Rasuah atas rasuah. Menyimpan perasuah. Bukan kembali kepada sumber asal atau asas.
Suka atau tidak, jika rakyat Malaysia mengakui, mereka orang beragama, ada Tuhan masing-masing, kembalikan kepada penyelesaian asas ini. Jika tidak, tidak ada ertinya, kamu mengakui hidup bertuhan.
Apa yang kamu sembah itu, tidak membawa makna. Lagipun setiap bangsa ada peradaban dan Pendidikan agama dan bangsa masing-masing, hayatilah. Bukankah selama ini, setiap bangsa mengatakan bangsa mereka hebat, agama mereka hebat, ikutlah.
Jika agama dan bangsa kamu tidak ajar, bermakna, agama dan bangsa kamu tidak hebat.
Dalam Islam, jelas diberikan garis panduan, dalam mengekang masalah seks yang membuak-buak, jika seks itulah yang menjadi alasan.
Antaranya adalah dengan puasa, doa, istighfar, mencintai Allah dan Rasul, solat malam, menahan pandangan, berkumpul dengan orang baik-baik (soleh), menikah, hindari peransang nafsu syahwat, ingatlah dosa dan balasannaya, aktif aya hidup sihat, hindari zina dan banyak cara lagi. Ini ikut cara Islam.
Agama (bangsa) lain pasti ada cara mereka sendiri, sudah tentu bukan dengan cara membuka rumah untuk pelacur. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Awal tahun 2024, penyanyi kesayangan ramai, Anuar Zain berkongsi berita gembira dengan para peminatnya. Pelantun Lelaki Ini ini berkongsi berita istimewa dan gembira untuk peminat yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah luar biasa dirinya di konsert Anuar Zain 40th Anniversary Oktober lalu.
Anda semua dijemput secara eksklusif untuk terus mencipta momen manis bersama Anuar Zain melalui acara ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL. Lebih istimewa, iadibuka secara eksklusif untuk mereka yang menghadiri AZ40 dan berdaftar melalui JioTix.
ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL terdapat dua sejarah baharu akan dicipta bersama ‘Lelaki Ini.’
Ia bukan sahaja menjadi medan apresiasi dari Anuar Zain buat peminat yang selama ini menjadi tulang belakang kariernya sejak 40 tahun lalu tetapi ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL akan menjadi satu-satunya acara eksklusif bintang kesayangan ramai ini disamping meraikan ulang tahun ke-53-nya bersama para peminat tersayang.
Majlis istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2024, bermula jam 3 petang. di JioSpace, Petaling Jaya.
ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL didedikasikan untuk meraikan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert” yang lalu dan bersempena bulan ulang tahun kelahiran Anuar Zain.
“Acara ini juga merupakan tanda terima kasih yang tulus atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima sepanjang kerjayanya dalam industri muzik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif JioBuddy, Sean Ng.
Bukan sekadar acara pertemuan biasa’, malah merupakan bonus berganda buat peminat yang berjaya mendapatkan tiket ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL ialah anda akan dihiburkan dengan 10 lagu daripada Anuar secara eksklusif!
Jangan lepaskan peluang untuk mencipta satu lagi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL.
“Bertemu Anuar Zain, menyambut hari lahirnya, dan menikmati persembahan terbaiknya. Ini adalah cara terbaik untuk memulakan 2024 anda,” kata Sean Ng lagi.
Kepada peminat yang menghadiri Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang lalu, anda boleh mendapatkan tiket utama (priority tickets) ini bermula dari 5 Januari sehingga 9 Januari 2024, 11:59 malam dengan menyemak e-mel anda daripada JioTix. Sila semak e-mel anda, kerana kami akan mengutamakan penghantaran e-mel kepada mereka yang menghadiri AZ40 untuk membeli tiket utama (priority tickets).
Tiket akan dibuka untuk pembelian umum pada 10 Januari 2024. Jadi, dapatkan tiket utama (priority tickets) anda dengan melayari pautan ini: https://www.jiotix.asia/. Tiket dijual berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan bilangannya sangat terhad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.