Ads

Linda Hashim Tawar hati Teruskan Perkahwinan, Penat Turun Naik Mahkamah

Linda Hashim

Linda Hashim tawar hati teruskan perkahwinan, penat turun naik mahkamah. Pelakon wanita ini menegaskan hasrat suaminya, Beego yang masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka adalah perkara sia-sia.

Linda Hashim Tawar hati Teruskan Perkahwinan

Linda Hashim Tawar hati Teruskan Perkahwinan, Penat Turun Naik Mahkamah

Menurut Linda atau nama penuhnya, Norhazlinda Hashim, 43, dia sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan dengan Beego.

“Hati saya sudah lama tiada untuk dia, semua rosak habis. Kalau kembali bersama pun, benda akan jadi lagi bergejolak dan pasti akan lebih teruk serta membawa kepada perkara tak baik.

“Dia sepatutnya sudah matang dan fikir jauh untuk masa akan datang sekiranya kami berbaik semula.

“Dia tak melalui kesakitan yang saya rasa, sakit yang sudah bertahun-tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Kes Cerai Berlarutan

Linda Hashim Tawar hati Teruskan Perkahwinan, Penat Turun Naik Mahkamah

Ads

Dia juga menyifatkan suaminya sebagai individu yang kejam kerana membuat kes perceraian mereka berlarutan sejak tahun lalu.

“Dia rasa benda ini boleh diperbaiki sebab dia tak pernah rasa, jadi cukuplah. Saya rasa ini adalah satu benda yang sangat-sangat kejam, kemudian kes pun dah berlarutan setahun lebih dan dia juga tak nak mengalah.

“Minta maaflah cakap macam itu sebab saya memang tak boleh tahan sabar. Bagi saya ketenangan untuk menyambut bulan puasa dan raya, selepas itu kita datang semula ke mahkamah,” ujarnya.

Beego Tuntut RM10 000

Linda Hashim Tawar hati Teruskan Perkahwinan, Penat Turun Naik Mahkamah

Ads

Linda turut mendedahkan Beego memfailkan tuntutan wang tunai sebanyak RM10,000 tanpa menjelaskan secara terperinci tujuan tuntutan tersebut.

Dia failkan tuntutan RM10,000 terhadap saya. Dia masukkan pembelaan, nak bela diri dan minta saya jumlah tersebut.

“Tapi dia tak nyatakan tuntutan apa, mungkin untuk kos-kos dia,” jelasnya lagi.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini menetapkan tarikh baharu prosiding pengesahan lafaz taklik pasangan Beego dan Linda pada 9 April depan.

Ads

Kemelut rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian sejak Januari tahun lalu apabila Linda memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Pernah Rujuk, Kembali Cerai

Linda Hashim Tawar hati Teruskan Perkahwinan, Penat Turun Naik Mahkamah

Pasangan tersebut pernah sah bercerai pada 27 Mac 2023, sebelum mencapai persetujuan untuk rujuk semula pada 9 April tahun sama serta membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Namun Linda mendakwa mereka sekali lagi berpisah beberapa bulan selepas rujuk, sebelum kembali bersama tidak lama kemudian.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, serta Indah Camelia, 6 tahun.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Akad nikah

Akad Nikah Di Depan Jasad Ibu, Suami Jadi Kekuatan

Akad nikah di depan jasad ibu, suami jadi kekuatan. Ini detik paling memilukan buat pengantin baharu, Nurul Hazwani Alias, 26, apabila ibunya menghembuskan nafas terkahir ketika tidur.