Kekeluargaan

Letih Nak Melayan Tetamu Datang Beraya Tetapi Ramai Singgah Sebab Mak Ayah Masih Ada

Share

Ada yang rasa letih nak melayan tetamu datang beraya tetapi percayalah ramai yang singgah ke rumah sebab ibu bapa kita masih ada untuk diziarah.

Adanya hubungan yang masih erat untuk ‘diikat’ dan tubuh badan yang masih boleh dipeluk untuk menumpang kasih.

Letih Nak Melayan Tetamu Datang Beraya

Kena tahu, orang datang bukan hanya untuk beraya tetapi pengikat silaturahim, jumpa mereka dapat rasa suasana, dan sebab kenangan yang dah lama terbina. Bila seseorang sudah tidak ada, tetamu pun tidak datang lagi.

Sebenarnya bila saudara-mara datang ziarah raya. Itu bermaksud kita masih dalam ingatan mereka. Mereka selesa dan gembira dengan kita.

Ramai Singgah Sebab Mak Ayah Masih Ada

Letih itu sekejap sahaja. Apa yang penting ingatan mereka. Layan lah tetamu sehabis baik. Ikhlaskan diri tanpa keluhan, pasti akan rasa gembira dengan apa yang kita buat.

Tidak mustahil suatu masa, bila kedua org tua sudah tiada nanti, rumah kita tetap jadi kunjungan rutin mereka pada hari raya. Kerana rasa selesa dan wujudnya rasa sayang dalam hubungan yang diikat.

Jadi buat anda yang rasa penat sangat musim raya tahun ini, usah mengeluh. Anda sedang membina ukhuwah yang baik dan sedang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba yang baik.

Gambar: Nana

Published by
Nadia