Lepas Seminggu Simpan Dalam Peti Ais, Petua Ubat Batuk 3 Bahan Ini Boleh Diambil Ikut Sukatan

Share

Musim panas lit-lit kering berangin ini, mak ayah kenalah extra jaga-jaga. Sebabnya penyakit memang senang sangat nak singgah kat tubuh mak ayah mahupun anak-anak. Boleh jadi, tak semena-mena boleh batuk pakej selesema berjemaah sekali dengan anak-anak malah jiran.

Kasihan tengok anak-anak kecil batuk berbunyi-bunyi. Siap kahak kuning, kuning hijau, selesema dan dedor-dedor badan anak nak demam.”

Alhamdulillah.

Syukur. Sejak kami sekeluarga makan ubat batuk ini settle batuk berkahak.” Kongsi Puan Rina (Hanya Rina)

ibu anak dara empat ini.

Petua ubat batuk semula jadi yang beliau amalkan meminumnya bersama keluarga ini sangat simple dan jimat.

Modal lebih kurang RM10. Nak lebih jimat, boleh bancuh dengan air. Boleh juga dihidangkan pada tetamu. Sedap. Sangat selamat. Boleh diambil tanpa khuatir terover dose. Yang penting berkesan.”

 

Bahan-bahan Petua Ubat Batuk

Madu – 1 botol (yang diternak kira ori juga)
Lemon – 2 – 3 biji
Cengkih – 9 butir (dalam bilangan ganjil)
Botol comel-comel (kasi anak bangga makan ubat)

 

Cara Membuat

Dituang madu secara berlapis-lapis dengan dua bahan lain, lemon dipotong ikut suka tanpa diperah dan tabur cengkih sehingga penuh bekas.

Perap campuran bahan tadi semalam untuk serasi berdansakan mereka, alami satu proses dipangil penapaian. Dan simpan dalam peti ais chill.

Selesai Campur Semua Bahan

 

Ini rupanya kejadian sebelum saya masukkan dan perap dalam peti ais bahagian dingin.

 

Selepas Seminggu Dalam Peti Ais

 

Warna akan jadi lebih gelap dan rasa enak bangat lepas seminggu.

 

Aturan Atau Sukatan Makan

Dewasa : 2 sudu besar/ 3-4 kali sehari.
Kanak-kanak : 2 sudu kecil / 3 kali sehari atau ikut keperluan. Bagi beragama Islam, sebelum makan selawat 3x. Tak perlu minum air.

 

Awas: Dilarang keras pengunaan besi pada madu. Bimbang tawar khasiatnya.

 

9 Khasiat Lain Ubat Batuk Semulajadi

• Sama fungsi sebagai detoksifikasi
• Membakar lemak dalam tubuh
• Mencegah kolesterol
• Bagus untuk pencernaan perut.
•Awet Muda ( saya suka saya suka)
• Anti-bakteria
• Antiseptik
• Buang Angin
• Natural Pain killer (tahan sakit)

Sumber/Foto : Hanya Rina

IKLAN