Walaupun ambil masa sehingga setahun untuk mengembalikan berat badan ideal, wanita ini tidak pernah berputus asa. Malah, sentiasa konsisten dengan jadual workout turun berat yang ditetapkan.

Rosmarlina Binti Abd Ghani berkongsi tip konsisten lakukan senaman dalam masa setahun. Hasilnya, dari berat 63kg, berjaya turun sehinggga 55kg.

Bukan mudah sebenarnya, untuk mak-mak ini menurunkan berat badan. Namun, beliau berjaya membuktikan hasilnya dalam tempoh setahun berusaha.

Tip Konsisten Workout Selama Setahun

Ada yang minta tips dan bertanya macam mana Ros boleh konsisten utk workout selama setahun ni

Ros bukan lah susur alur genetik nya memamg kurus. Kalau tak jaga makan, kalau stress selalu kalau tak workout badan akan cepat naik. Lagi-lagi dah pregnant 6 kali, 5 Ok satu gugur

So lemak memang dah degil bak kata orang dah jadi babat.

Nampak mudah, nampak best sebab dah nampak hasilnya, namun cerita sebalik jangka masa setahun ni, Ros ja yang tahu, no effort no gain sista!

Di bawah ni Ros listkan cara Ros untuk kekal konsisten

‘Lepas Jam 6 Petang Kurangkan Makan’ Setahun Bersungguh WORKOUT, Jaga Makan

1. Jam step tracker yang takyah charged

beli jam yang biasa-biasa ja, janji boleh detect setiap langkah korang setiap hari, set kan 10k step hari-hari, pakai jam bila bangun tidur hingga masa nak tidur, tanggal hanya bila perlu, contoh amik wudhuk dan solat.
– bagi Ros kalau guna jam yang kena charged macam charged HP tu agak leceh, Ros tak suka benda yang leceh, cukup sekadar Ros tau total steps setiap hari. Itu sudah memadai.
Ikut kemampuan dan selera masing-masing bab jam ni, ada yang suka Smart watch . Janji ada function step tracker ya.

2. Jadual record bersenam

Download apa jua time table di smartphone anda, record hari-hari berapa lama anda dah workout, boleh buat rujukan dan pemangkin semangat.

3. Set kan matlamat berapa minit nak workout kaw-kaw dalam seminggu, yang disarankan ialah 150 minit seminggu namun kalau boleh workout yang berterusan 20 minit sehari.

IKLAN

4. Tulis besar-besar goals anda contoh road to 50kg
Atau hashtags sendiri #runrosrun supaya lebih bersemangat

5.Workout waktu pagi!

Warming up and warming down

6.Rest day , 1 kali atau 2 kali seminggu

7. Ada supporters orang terdekat, contoh suami atau kawan baik!

8. Setiap kali workout imagine lemak cair.

9.Timbang berat badan jangan hari-hari. Cukup sekadar 2 atau 3 kali seminggu, buat record sebarang peningkatan dan pengurangan berat badan.

10. Jaga makan, makan berat siang hari, itupun kalau boleh banyakkan protein, lepas pukul 6 petang cuba kurangkan makan dalam kuantiti yang banyak.

IKLAN

11.Minum green tea sehari sekali.

12. Kena paksa diri

Jadikan rutin harian, jadikan workout kawan baik anda!

13. Pilih workout yang bersesuaian tapi buat berpanjangan, contoh brisk walk, skipping atau jogging, senaman cardiovascular yang impact nya bagus untuk keseluruhan badan anda.

14. Ukur lilit pada perut seminggu sekali.

15. Stay positive, ni agak sukar sebenarnya sebab macam Ros, jenis lemak tu nak bertukar jadi otot makan masa, pernah juga nak give up sebab lambatnya turun berat badan, tapi tiba-tiba happy bila size jeans dah kecik, rupanya ukur lilit pada pinggang dah kurang

16. Tahu BMI , kalau dah sipi-sipi ke obes atau BMI dah tersasar jauh tu silalah mulakan langkah pertama dengan exercise regularly.

Baca : Badan Tidak Kotor, Kurang Bersenam, Wanita Ini Memilih Untuk Mandi Tiga Kali Sehari

IKLAN

Jenis-jenis Workout Yang Boleh Dipilih

  • Bouncing atas balance ball
  • Panjat tangga
  • Buat senaman regangan gerakkan badan kiri dan kanan
  • Jogging
  • Running
  • Swimming
  • Ros tak berapa gemar buar squats

Sebelum Ros decided nak rowing, Ros sehari sekali akan naik tangga turun tangga 14 tingkat apartment rumah Ros, pernah juga Running dengan pace 5 minit untuk 1KM.

Apa pun korang boleh google kebaikan regular exercise ni, baik untuk kesihatan anda, jantung, untuk elak penyakit untuk kekal cergas, untuk kesihatan mental dan ia baik juga untuk kulit (nampak lebih muda)

Late better than never kan

Jadilah bagi Ros dari 63KG dah turun 55KG , 8KG turun dalam masa setahun ni, sikit-sikit slowly tapi pasti.

Bila badan rasa dah ringan, rasa confident dalam diri pun tinggi, sihat untuk jaga keluarga, urus anak-anak itu yang paling penting bagi Ros, Al-maklumlah umur dah 4 series ni, tahap metabolisma dah menurun jadinya effort kena lebih sikit dari biasa

Sekadar berkongsi cara yang Ros buat

Di bawah ni ada benefits exercise regularly boleh baca. *sebagai rujukan

Ros
30 September 2022
Osaka

Rowing journey Ros boleh rujuk link ni : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10160281484778130&id=614418129

Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Gani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI