Bercerita tentang perut buncit, memang wanita tak akan senang hati. Malu dan rasa kurang selesa bila perut mula ke depan. Lebih memalukan apabila kawan-kawan mula bertanyakan ‘sudah berapa bulan?’ Alahai! Malunya.

Masalah perut buncit boleh dikatakan satu masalah yang sangat membimbangkan bagi kaum wanita. Bukan sahaja kelihatan tidak cantik malah lebih ketara jika kita berpakaian yang tidak bersesuaian. Lemak sana, lemak sini. Tentu memalukan.

IKLAN

Tidak kurang juga yang sanggup melakukan program diet semata-mata untuk mendapatkan perut yang rata. Mungkin ada yang berjaya mengempiskan perut dan tidak mustahil juga agar sukar untuk membuang lemak di perut walaupun bermacam-macam program diet dilakukan.

IKLAN

Ingat, program diet yang anda lakukan mungkin boleh membantu menurunkan berat badan tetapi bagaimana dengan bahagian perut pula. Adakah ia seimbang dengan penurunan berat badan dengan bahagian perut tadi. Meh, kita tengok apa yang membuatkan masalah perut buncit ni susah nak dikurangkan.

IKLAN

Pulang Kerja ‘Lepak’ Di Depan Televisyen

  • Pernah tak anda lakukan, sebaik sampai di rumah, anda terus mengambil makanan atau snek sambil menuju ke ruang tamu. Menghabiskan makanan tersebut sambil menonton televisyen. Tanpa anda sedar juga, jumlahhidangan makana malam yang sepatutnya sedikit menjadi hampir sama dengan jumlah makanan waktu tengahari.
  • Penelitian yang dilakukan di University of Oulu mengatakan mereka yang melakukan kebiasaan seperti ini akan membantu meningkatkan 10% lemak di perut. Bahkan 10% ini akan bertambah dalam jangka masa 2 jam.
  • Bagi anda yang tidak menghabiskan makanan sambil menonton televisyen pada waktu malam atau melakukan senaman ringan ketika iklan televisyen akan membantu mengurangkan lemak perut.

Ketagihan Makanan Ber’tepung’

  • Jika anda sentiasa bersarapan dengan roti, mungkin amat sulit untuk anda mengalihkan kepada makanan lain. Sebenarnya, anda hanya perlu menggantikan roti kepada roti penuh mil, sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan 85gtam lemak perut setiap hari.
  • Penelitian dalam American Journal of Clinical Nutrition membuktikan seseorang yang mengambil olahan gandum dengan kerap akan mudah mengurangkan jumlah kalori yang masuk ke dalam badan.

Sering Tertekan

  • Rasa panik, cemas, takut dan tertekan akan menaikkan hormon kortisol. Hormon ini akan memberi kesan domino yang negatif pada badan. Kesannya, anda mudah merasa lapar dan metabolisme badan bekerja lebih lambat. Akibatnya, perut semakin buncit dan lingkaran pinggang pun melebar.
  • Untuk tangani tekanan ini, anda duba duduk dengan tenang, tutup kedua belah mata dan tarik nafas dalam-dalam. Selepas itu, hembuskan nafas dari mulut dengan 8 kiraan. Terus lakukan sehingga anda merasa tenang.

Mengunyah Waktu Malam

  • Apabila anda mengalami kesulitan untuk tidur, secara tidak langsung rasa lapar akan timbul terutamanya ketika jam menunjukkan lewat tengah malam. Kaki akan melangkah ke dapur dan membuka peti ais atau almari makanan. Tangan anda pasti akan memilih coklat, kerepek atau mee segera. Jika keadaan ini berlaku, tidak hairanlah perut anda diselaputi timbunan lemak.
  • Sebenarnya, anda boleh mengunyah pada waktu malamtetapi hendaklah memilih makanan yang ‘aman’ bagi perut dan lingkaran pinggang. Contohnya, kacang almond, susu rendah lemak atau yogurt rendah lemak. Snek-snek ini akan membuatkan perut anda kenyang lebih lama dan jauh dari tumpuan lemak.
  • Menurut Janis Jibrin, pakar nutrisi dan penulis buku The Supermarket Diet, sebaiknya 2 jam sebelum tidur anda harus berhenti mengunyah. Matikan lampu dan tutuplah mata. Tidur dan bangunlah pada pagi hari dengan lebih bersemangat.

Jadi, kalau tak nak perut buncit, jangan sesekali amalkan perkara-perkara kat atas yer.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI