Mak-mak yang dekat rumah tu selalu susah hati bila bahan masak macam serai, lengkuas, halia yang nak diguna tiba-tiba dah kecut.

Ini semua sebab rajin sangat masuk dapur atau sibuk sangat bekerja tapi hujung minggu tetap nak kena masakkan anak-anak dan suami.

Cuba kaedah ini. Sebab wartawan Mingguan Wanita, Netty Ah Hiyer dah cuba teknik ini dekat dua minggu. Barulah boleh rekomen dekat mak-mak yang tengah susah hati tu.

UPDATE: Lengkuas yang disimpan dengan cara ini dalam peti ais, boleh tahan berbulan-bulan

Bahan Diperlukan

Lengkuas yang mak-mak nak simpan

Botol kaca atau plastik

Air

Caranya

1. Buang bahagian gelap lengkuas.

2. Masukkan dalam botol kaca atau plastik.

3. Masukkan air sampai tenggelam lengkuas tu.

4. Simpan dalam peti ais. Boleh tahan berbulan-bulan. Tapi janganlah sampai tahun ya. Teruk beno tahap kerajinan memasak mak-mak ni.

5. Kalau letak di luar dinasihatkan tukar airnya selang 3 hari. Kalau simpan dalam peti ais, selepas seminggu atau bila nak guna, tukarlah airnya. Sebab bila dibiarkan lama airnya akan keruh dan lengkuas jadi kurang sedar.