Tular kisah seorang lelaki
rebah di rukun Yamani ketika tawaf wada, tulis anaknya,
“Abah saya, Hamdan Ahmad meninggal hari ini di depan Kaabah di Mekah. Masa tengah buat tawaf Wada’. Allahu akbar. Speechless.”
Demikian kongsi seorang wanita dikenali sebagai Nawal Hudaa menerusi akaun Threads miliknya, memaklumkan khabar duka sekaligus mengundang sebak dan rasa cemburu dalam kalangan warga maya.
Lelaki Rebah Di Rukun Yamani Ketika Tawaf Wada’


Menurutnya, arwah merupakan insan yang paling banyak mengajar tentang kehidupan dan menjadi guru terbaik sepanjang hayatnya. Namun, apa yang lebih meruntun jiwa adalah dia tidak berpeluang memeluk dan mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya buat kali terakhir.
Mungkin bagi orang lain, beliau hanyalah seorang guru Bahasa Inggeris. Namun bagi saudara
Syihan Sean Fadzli, yang lebih kekal ialah tarbiyah yang beliau semai di dalam hati setiap anak murid.
Setiap kali kelas bermula, 10 minit pertama diisi dengan bacaan al-Quran. Tajwid yang salah diperbetulkan, kemudian kami diajak mentadabbur beberapa ayat dalam Bahasa Inggeris. Pada waktu itu mungkin kami tidak begitu mengerti nilainya, tetapi benih-benih itu diam-diam tumbuh dalam diri kami.
Difahamkan, arwah yang menunaikan ibadah haji bersama isterinya rebah di Penjuru Yamani, salah satu lokasi yang terletak berdekatan Kaabah, ketika sedang melakukan tawaf wada’.
Pengakhiran Yang Sangat Dicemburui


Pemergian beliau di tempat paling suci bagi umat Islam itu mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menyifatkannya sebagai satu pengakhiran yang sangat dicemburui dan menjadi impian ramai umat Islam.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah serta doa agar segala amalan arwah diterima Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
“Ramai yang mengimpikan untuk menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci, lebih-lebih lagi di hadapan Kaabah ketika sedang beribadah. Semoga Allah mengurniakan husnul khatimah buat arwah,” tulis seorang pengguna media sosial.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham Hamdan Ahmad, menerima segala amal ibadahnya serta menempatkannya bersama para solihin dan syuhada. Al-Fatihah.