Harga minyak kereta yang naik turun boleh membuatkan kita rasa tak senang hati. Kadang-kadang terfikir minyak (RON) mana yang lebih jimat harga. Maklumlah, inilah kenderaan yang kita ke sana ke sini dan sudah tentu minyak pun kena diisi.
Di Malaysia, ada kenderaan yang lebih selesa menggunakan RON97, katanya lebih power. Tapi untuk RON95, ia lebih jimat harga dan murah. Tapi bagaimana dengan jarak perjalanan. Yang mana lebih jimat?
Tak kisahlah guna minyak jenis RON97 atau RON95, yang penting ia memberi lebih jimat harga dan jarak perjalanannya pun berbaloi.
Saya tak ada jawapan khusus untuk persoalan ini. Saya sendiri guna diesel & kereta petrol saya guna RON98. Tetapi…
Tetapi, saya nak ajar rakan-rakan macam mana nak betul-betul pastikan ia jimat.
Ads
Katakan lah, kereta kita Perodua Myvi 1.3 dengan saiz tangki 40 liter. Tangki simpanannya (reserve tank) 10% & tinggal 1 bar (sukatan) minyak 10%. Baki ruangan untuk diisi penuh adalah 32L.
Bila isi minyak petrol RON95, kita dapat jalan dengan jarak 400km.
Bila isi minyak petrol RON97 pula, kita dapat jalan dengan jarak 450km.
Secara mudah, kita akan fikirkan yang, “Wah!! RON97 boleh pergi lebih 50km la! Jimat ni”. Kan??!?
Tetapi jimat ni ada beberapa perspektif, antaranya:
• Jimat pengguna bahan api, &
• Jimat harga (duit).
Jom kita kira semula untuk tengok betul ke guna RON97 ni lebih jimat duit.
Ads
Apa yang anda perlu buat adalah ambil nilai harga bayaran untuk tangki penuh tu dan bahagikan dengan jarak perjalanan.
Contohnya:
a) RON95 RM2.05. Isi 32L jadi bayar RM65.50 dapat jalan 400km.
• RM65.50 / 400km = RM 0.16/km
b) RON97 RM3.91 Isi 32L jadi bayar RM125.12 dapat jalan 450km.
• RM125.12 / 450km = RM 0.28/km
Nah… Jika ini yang berlaku, maka RON97 tu jimat pada sudut penggunaan minyak (unit mpg, l/km, 100km/l). Tapi TAK jimat pada sudut harga bayaran (duit).
Cuba rakan-rakan buat eksperimen ini sendiri untuk menjawab, “Adakah kereta anda jimat pada sudut jarak perjalanan & juga harga bila gunakan RON yang lebih tinggi?”
Kenapa boleh jimat pengguna minyak (jika ini berlaku)?
Jimat pada pengguna minyak bahan api ni bukan sebab nilai RONnya yang tinggi, tapi minyak premium mempunyai bahan tambahan atau aditif (additives) yang lebih baik.
Ads
Aditif ini lah yang menjadi punca penjimatan lebih.
Mingguan Wanita : Kita sebagai pengguna kalau boleh nak jimat duit dan jarak perjalanan kilometer yang jauh. Pilihan di tangan anda!
*Total jarak perjalanan tu haruslah ukuran perjalanan yang nyata ya. BUKAN nilai jarak yang tertera pada paparan kereta.
**Pastikan anda guna gred minyak yang sesuai dengan keperluan enjin kesayangan anda.
Orkid, pokok yang menjadi pilihan mak-mak. Nampak eksklusif dan mahal. Apa yang menjadi masalahnya, ia kedekut atau malas berbunga. Tak pasti berapa lama yang diambil untuk berbunga.
Bukan setakat malas berbunga tapi tak kena cara langsung tak berbunga. Mungkin salah percaturan. Baja tak sesuai dengannya pun boleh jadi juga.
Tak perlu nak pening-pening, kalau pokok orkid malas berbunga atau kedekut nak keluarkan bunga. Nurul Maranee ada caranya untuk mak-mak cuba baja 2 in 1. Confirm menjadi.
Tak dinafikan group Whatapps kelas anak-anak dibuat semata-mata untuk memberikan kemudahan kepada pelajar dan guru di samping mak, ayah. Tetapi apabila adanya group Whatapps yang pada mula dibuat untuk kebaikan bersama akhirnya berubah kerana mula memeningkan kepala guru.
Bayangkan guru bukan hanya mengawasi anak anda sahaja, padahal banyak lagi tugasan lain yang perlu guru lakukan. Mereka juga ada keluarga, balik rumah sudah tentu perhatian lebih terarah kepada tugas di rumah dan bukannya menjawab setiap pertanyaan mak, ayah.
Mak, ayah seorang yang bagaimana dalam group Whatapps kelas anak? Adakah sekadar menjadi silent reader atau sebaliknya.
Belum 7 hari sekolah tapi aku rasa nak gila dah dengan group sekolah anak aku. Tolong la mak bapak jangan buat macam ini:
1) Cikgu tu seorang, ada 32 budak dia nak tengok. Gila apa dia nak belek satu satu aksesori anak kau cukup or tak dalam beg setiap hari sebelum balik. Kalau tak cukup, kau patut salahkan anak sendiri kenapa tak jaga barang, bukan suruh mak bapak lain geledah beg demi anak kau. Barang hilang tu normal, sebab tu masuk sekolah tak boleh beli barang mahal kat anak kalau kita hati jenis tisu, barang hilang nak marah. Please lah. Jaga barang tu adalah proses anak belajar untuk lebih tanggungjawab dengan barang peribadi.
Minta Maaflah 2) Tercakar, terluka, tertolak, tergolek sebab kawan buat, dan kawan SUDAH minta maaf, ajar anak untuk memaafkan. Bukan mak bapak masuk sekali.
Anak kita pun bukan BAIK sangat, kalau dia buat orang atau dia mulakan dulu, mana kita tahu. Kawan dah minta maaf sebab bersalah untuk kali pertama, tak payah nak panjang-panjangkan. Kalau kes tu berulang 3kali, tak perlu membebel dalam group, pergi sekolah, jumpa cikgu dan minta budak yang buat tu ada sekali depan cikgu. Haa.. Bincang depan-depan. Pastu nak tomoi ke apa, lantak korang.
Tak Perlu Nasihat 3) Bila ada mak bapak update anak tak hadir sekolah, DIA NAK BERITAHU Cikgu sahaja. Mak bapak yang lain, tak payah nak bagi nasihat, tak payah nak wish bagai, sebab bila sorang start, yang lain ikut meleret-leret, sampai 10 kali scroll pun tak habis nak baca wish, nasihat korang. Mak bapak lain pun bukan bodoh sangat, dan dia tak mintak advise kau. Nak wish, nak nasihat, pergi PM personal,
Bila korang meleret-leret dalam tu, message mak budak yang tak hadir pun hanyut ke atas, kalau cikgu tak perasan mesej tu, maklumat tak sampai! Nak doakan pun tak perlu tulis, doa urusan dia di mudahkan dalam hati. Bukankah DOA senyap-senyap tu lebih baik?
Motivasi Berpada 4) Bersyukur tu bagus, tapi tolong la jangan jadikan group sekolah anak macam group motivasi. Aku dah letih woi. Ingat urgent apa la update dekat dalam tu, tapi banyak bazir masa di situ.
Marahkan Anak 5) kalau anak hilang duit sebab kecuaian peribadi, marah anak! Bukan suruh cikgu cari satu sekolah sebab duit anak kau hilang. Anak tak mati pun kalau duit hilang sebab cuai dan tak dapat makan. Kalau anak aku, pertama sekali aku akan cakap, PADAN MUKA, kenapa tak jaga duit sendiri baik-baik. Lapar? Itulah akibatnya bila tak bertanggungjawab. Anak tidak akan mati bila tak dapat makan waktu rehat. Tapi otak dia akan ingat sampai mati akibat kecuaian sendiri. Itu namanya belajar Itulah namanya sekolah kehidupan.
Last sekali, Tolong guna otak cerdik, Jangan paksa cikgu reply hujung minggu, waktu malam, cikgu tu bukan dapat OT pun layan korang di luar waktu If takut lupa, nak tulis juga, tulis la baik-baik. Minta maaf sebab ganggu luar waktu kerja.
Jangan suruh cikgu reply segera demi kepentingan peribadi korang.
Kalau dia reply di luar waktu itu bersyukurlah. Cukuplah setakat itu,
Aku letih tak habis lagi
Mana nak kejar sekolah anak
Mana nak kejar appoitment dengan client. First time anak mak darjah 1.
MW: Oleh itu mak, ayah sebaik-baiknya gunakan peluang ini dengan baik jika guru kelas anda wujudkan group Whatapps kerana tidak semua guru sanggup nak hadap satu demi satu pertanyaan mak, ayah.
Rupanya mudah je mak-mak boleh buat aiskrim sendiri di rumah yang rasanya sama macam beli di kedai. Cuma bezanya bila buat aiskrim sendiri, kita boleh kawal kemanisannya dan bebas daripada sebarang pewarna mahupun perisa tambahan.Kebersihannya pun terjamin dan puas hati bila nak bagi anak-anak merasa aiskrim buatan sendiri ni.
Berikut perkongsian oleh Puan Nur Hidayah sebagai panduan ;
“Saya pernah berkongsi resepi ais krim sebelum ni. Ada kawan terdekat mintak buatkan & cakap sedap tak manis.Alhamdulillah. ♥♥♥ Ni saya kongsikan semula kalau ada yang terlepas, boleh lah ibu-ibu try untuk anak-anak.. bujang pun leh buat tau. Senang sangat.Saya pun tanya En.Gugel..cuma saya kurangkan susu je. Bila anak suka, memang tak beli dah aiskrim.”
Bahan-Bahan:
1 tin susu cair
1 Sudu besar ovelatte
1 Sudu susu pekat
(Bagi saya ni dah manis lemak, tapi kalau ade yang suka manis boleh lebihkan susu pekat)
1 penutup esen vanila
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan. Boleh guna mixer, blender @ food processor. Mix lebih kurang 15 minit guna mixer & blender.Kalau dah likat tu dah okla. Tak sampai 15 minit pun kadang dah likat. Kalau guna food processor tu biasa tak sampai 15 minit memang dah likat.
2.Kalau guna blender, disarankan buat sukatan separuh-separuh. Maksudnya buat setengah tin susu cair & setengah bahan-bahan lain. Selepas tu buat lagi setengah sebab bils blend dia akan mengembang nanti.Takut blender tak muat.
3.Kemudian, boleh bahagikan ikut perisa ape nak letak. Macam saya ni..saya bahagi 2 bahagian je. 1 bahagian letak koko. Sesudu setengah cukupla.Jangan banyak sangat nanti pahit tak sedap pulak.
4.Selepas itu, untuk deko letaklah hiasan yang disukai. Simpan dalam peti sejuk selama 24jam.
Selamat mencuba ♥
Semoga bermanfaat ♥
Mudah je rupanya mak-mak nak buat aiskrim sendiri ni di rumah. Cuti sekolah tak lama lagi, boleh buat aktiviti ni dengan anak-anak. Mesti mereka teruja bila buat aiskrim sendiri, malah kemanisannya pun boleh kita kawal.
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...