Lelaki berstatus suami orang ditangkap berkhalwat di rumah janda. Seorang wanita berstatus janda dan teman lelakinya yang juga merupakan suami orang ditahan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat di sebuah kediaman di daerah ini awal pagi tadi.
Lelaki Berstatus Suami Orang Ditangkap Berkhalwat Di Rumah Janda
Serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi susulan aduan orang awam yang memaklumkan kehadiran seorang lelaki ke rumah wanita terbabit.
Menurut kenyataan rasmi JAINJ, pihaknya menemui sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran kediaman wanita berumur 48 tahun itu sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.
“Hasil pemeriksaan dalam rumah mendapati terdapat seorang lelaki berusia 59 tahun yang merupakan suami orang. Ketika diminta, dia gagal mengemukakan bukti hubungan mahram atau dokumen perkahwinan yang sah dengan wanita berkenaan,” jelas kenyataan itu.
Ads
Penguatkuasa menyerbu rumah didiami janda selepas disyaki berdua-duaan dengan suami orang. Foto Ihsan JAINJ
Difahamkan, lelaki terbabit tinggal berdekatan dan dipercayai keluar dari rumah tanpa pengetahuan isterinya dengan alasan kononnya mahu memancing atau bertemu rakan di restoran.
Kedua-dua mereka telah dibawa ke Balai Polis Kluang bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Setahun suami keluar khuruj, isteri kongsi rasa seperti bercinta semula tapi versi halal. Bila kita meletakkan keyakinan tinggi kepada Allah, kita akan sentiasa yakini Allah akan menjaga kita.
Satu perkongsian di Tik Tok @blessinghunter94 pemilik akaun Hidayah dan Hanip dua hari lalu membuatkan ramai terharu. Manakan tidak, setahun suami keluar menyebar agama ke jalan Allah dan apabila kembali semula ke pangkuan keluarga, perasaan kali pertama bertemu itu seakan waktu bercinta. Namun ini versi cinta halal dengan dua orang cahaya mata.
Dapat dilihat dari video dikongsikan oleh isteri kepada seorang jemaah tabligh yang baru sahaja menamatkan misi khuruj selama setahun di jalan Allah, Hidayah di mana suaminya Hanip seakan malu-malu untuk bertentang mata malah memakai cermin mata hitam bagi menutupi “perasan malu” bertemu isterinya kembali selepas setahun keluar ke jalan Allah.
Setahun Suami Keluar Khuruj
“Alamak dah kurus, itulah perkataan pertama Hidayah sebaik melihat suaminya yang sudah tidak ditemui setahun selepas keluar khuruj.
“Time nie dah blussing”, macam baru bercinta semula pula perasaan dia. Awkward rasa lama tak jumpa. Tiba-tiba pakai spek mata hitam pulak dia sebab malu nak bertentang mata.
“Alhamdulillah. Penantian telah berakhir. Terima Kasih Allah, kerana dah satukan semula kami sekeluarga. Semoga pengorbanan kecil kami ini jadi asbab hidayat tersebar ke seluruh alam. Aamiin.
Hidayah turut berkongsi momen di mana pertemuannya dan suami berlangsung dalam versi pendek sebelum mengambil keputusan bernikah.
“Dulu kami kahwin mengejut. Tak sempat bertunang apatah lagi bercinta. Dalam masa dua minggu nadzor, taaruf sikit, persiapan kahwin dan terus nikah dan walimah. Kami ambil masa dua minggu untuk kenal hati budi masing-masing sebelum nikah. Bercinta selepas nikah,” tulisnya di video yang tular dengan jumlah tontonan melebihi 1.5 juta.
Jelasnya lagi, dua tahun lepas dirinya dan suami pernah berborak mengenai perasaan bahagia ketika mereka baru bernikah. Dan Allah menjawab pertanyaannya itu di mana dirinya merasakan perasaan bahagia itu sekembalinya suami dari berjuang ke jalan Allah.
“Alhamdulillah, Allah beri perasaan bahagia itu bercinta selepas nikah dengan versi halal, siap pakej anak dua,”katanya yang terlihat bahagia dengan adanya suami di sisi. Dapat dilihat juga, anak sulung pasangan ini erat memeluk kembali ayahnya selepas setahun tidak bertemu.
Mengakui dalam tempoh setahun pemergian suami, dirinya tak terkecuali diuji termasuk anak sakit, kereta rosak namun dirinya mampu menanganinya seorang diri.
Apa pun, di doakan pasangan ini bahagia hingga ke syurga dan terus menyebarkan agama ke jalan Allah.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu dan anak kecil ditemui hampir reput dalam rumah, sudah bercerai dengan bekas suami. Bau busuk dari sebuah rumah berkunci menemukan sesuatu mengejutkan iaitu mayat seorang ibu bersama anak kecil perempuan berusia dua tahun di sebuah pangsapuri Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang.
Dalam makluman terkini, adik kepada arwah dikenali sebagai Noor yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) memaklumkan kakaknya yang juga anak kedua dari tujuh beradik tidak mempunyai masalah kesihatan dan sudah berpisah dengan suami. Malah rumah yang diduduki adalah rumah sendiri. Namun kakaknya tidak pernah berkongsi hal peribadi dengan keluarga sebelum ini.
“Kami sekeluarga masih terkejut selepas menerima maklumat daripada polis semalam (Isnin). Sekarang, kami masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian.
“Saya tak dapat komen lebih lanjut, kami sekeluarga amat sedih namun reda dengan apa yang berlaku. Kami serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci,” ujarnya
Sebelum ini memetik laporan Sinar Harian, seorang jiran berusia 50-an yang enggan dikenali mendakwa bekalan elektrik di rumah wanita ini dipotong akibat kegagalan membayar bil sejak beberapa bulan lalu.
Beliau yang sudah tinggal di perumahan itu sejak 23 tahun lalu memaklumkan, dua beranak ini tinggal di rumah berkenaan manakala dirinya tinggal di blok sebelahan dan hanya tahu mengenai kejadian tersebut ketika pulang dari rumah saudara semalam.
“Saya pun jarang nampak dua beranak itu. Apa yang saya tahu, wanita itu tidak bekerja, suami ditahan dan mungkin semua keadaan membuatkan kejadian tidak terduga ini.
“Bayangkan tinggal bersama anak kecil tanpa bekalan elektrik, itu amat sukar. Bekalan makanan pun tak tahu ada atau tidak. Saya sangat simpati dengan keadaan mangsa,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan perumahan itu.
Bercerita lanjut, beliau berkata, jiran-jirannya yang tinggal di blok sama dengan mangsa memaklumkan mereka telah terhidu bau busuk sejak 21 Jun lalu.
“Jiran-jiran dari tingkat atas, bawah dan aras sama semua mengadu terbau busuk yang sangat kuat. Mereka sangka bau sampah atau bangkai haiwan dan telah memaklumkan kepada pihak pengurusan pangsapuri.
“Misteri bau busuk itu akhirnya terungkai pada petang semalam apabila polis menjumpai mayat wanita dan anak kecilnya di dalam bilik utama rumah,” katanya.
Beliau menambah, wanita itu tidak bergaul dengan jiran-jiran dan kali terakhir dilihat adalah pada Mei lalu.
“Dia jarang dilihat di luar rumah, jika terserempak, dia hanya senyum sahaja. Kali terakhir jiran-jiran nampak dia adalah dua bulan lalu. Tak sangka dia sudah meninggal dunia dalam keadaan seperti itu,” katanya.
Terdahulu, polis mengesahkan kes kematian dua beranak yang ditemui dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri tiga bilik di Jalan Bukit Gambir di sini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 4.41 petang mengenai bau busuk yang disyaki datang dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.
Anggota bomba terpaksa memecah pintu kediaman mangsa selepas polis menerima laporan mengenai bau busuk dari rumah tersebut.
Menurutnya, sebaik pintu rumah berjaya dibuka dengan bantuan bomba, pemeriksaan mendapati terdapat dua mayat reput iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan di bilik utama rumah berkenaan. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa masing-masing berusia 40 dan dua tahun.
Mereka dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wajah seiras, nama panggilan sama dengan anak kandung, wanita teruja bertemu dengan Qisya, anak sulung mangsa Sungai Korok. Sekali pandang, ramai yang terkesima melihat wajah Nureen Keisya Adelea Mohamad Yazid yang seiras dengan arwah Puteri Qisya Nur Izzat, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut dalam tragedi menyayat hati enam sekeluarga di Sungai Korok, Jitra.
Bukan hanya wajah yang hampir sama, kedua-dua kanak-kanak ini juga berkongsi nama panggilan yang serupa serta umur yang sama iaitu 12 tahun.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang wanita bernama Nurul Hidayah Ab Basir, 38 tahun, menerusi satu hantaran yang meraih perhatian ramai di TikTok.
Menurut penjawat awam dari Alor Setar ini, perasaan sebaknya tidak dapat dibendung apabila melihat sendiri wajah Puteri Qisya Nur Izzat buat pertama kali. Pertemuan itu berlaku selepas beliau terdorong untuk menziarahi kanak-kanak tersebut sebaik mengetahui kisah tragis yang menimpa keluarganya.
“Apabila saya melihat wajah Putri Qisya, saya terkenangkan anak saya. Memang serupa dari segi paras rupa, warna kulit, ketinggian dan nama. Saya rasa macam dia anak saya.
“Selain nama panggilan mereka sama, nama saya juga sama dengan Allahyarham ibunya, Nurul Hidayah dan saya kata kepadanya, dia boleh panggil saya ‘mummy’.
“Ini percaturan ALLAH yang tidak terjangka,” katanya.
Tambah beliau lagi, pertemuan itu telah membuka pintu hatinya untuk terus menjalin hubungan dengan Puteri Qisya, malah beliau berharap agar anak itu dapat bersekolah di tempat yang sama dengan anaknya pada tahun hadapan.
Secara tidak langsung, Nurul Hidayah dapat memantau perkembangan Puteri Qisya dengan lebih dekat.
“Seorang wanita tidak lari dengan sifat keibuan, apatah lagi melihat seorang anak kehilangan tempat berpaut.
“Saya tumpang bersedih dengan kejadian yang berlaku kepada dia dan mendoakan anak ini sentiasa berada dalam lindungan dan jagaan orang baik,” katanya lagi.
Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan insiden tragis membabitkan enam sekeluarga yang hilang selepas menginap di rumah ahli keluarga di Taman Seri Aman pada 5 Julai lalu. Kesemua mereka ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah Proton Saga Iswara yang tenggelam di Sungai Korok.
Mangsa tragedi tersebut ialah Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat orang anak mereka, Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan bayi lelaki berusia enam bulan, Tuah Haydar. Kesemua jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor, Karang, Jerlun sekitar jam 11.50 malam pada hari Isnin.
Seorang ibu pengsan selepas menyaksikan anak lelakinya berusia tujuh tahun maut dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Kubang Jambu, di sini, kira-kira jam 9.23 malam Selasa.