Lebih 410 000 Views Perkongsian Resipi Nasi Goreng Petai Pelakon Eina Azman Ni, Aduhai Sedapnya!

Share

Khas buat peminat petai, jika selalu petai dibuat sambal atau dimakan mentah begitu sahaja, apa kata kali ni cuba Nasi Goreng Petai yang dikongsikan oleh pelakon Datin Paduka Ainur Syakina Azman,23 atau lebih dikenali Eina Azman ni.

Isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini memang gemar berkongsi resipi dan video masakannya didalam Instagram.Perkongsian resipi Nasi Goreng Petai ini antara yang paling banyak mendapat tontonan oleh para pengikutnya iaitu lebih 410 000 views.

Berikut antara perkongsian resipi tersebut;

Bahan-Bahan:

Ayam (dipotong kecil)
2 Biji Bawang Merah
7 Ulas Bawang putih
Sedikit Belacan
2 Batang Cili merah
Segenggam Cili Padi
Sedikit Sos tiram
Sedikit Sos ikan
Sedikit Kicap manis
4 Biji Telur
Semangkuk Petai
Nasi Putih
Garam
Gula
Minyak Masak

Cara Membuat:

1.Gorengkan hirisan ayam dalam kuali.


2.Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih,belacan, cili merah dan cili padi.


3.Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk didalam kuali sehingga naik bau/garing.


4.Masukkan sedikit sos tiram, kicap manis,sos ikan, garam dan gula.


5.Masukkan pula telur dan kacau sebati.


6.Masukkan petai yang telah dikopek kulit, kacau dan biarkan seketika.


7.Akhir sekali, masukkan nasi putih dan kacau rata.

Siap! Sedia dihidang.

Jadi buat mak-mak yang masih tiada idea nak masak malam ni, bolehlah cuba Nasi Goreng Petai yang dikongsikan oleh pelakon cantik manis ini.

Selamat Mencuba!

Sumber: Eina Azman

IKLAN