Foto: Instagram Datuk Aznil Nawawi

Akui Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH selama 10 kali itu Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ni, beliau gemar melakukan aktiviti kemasyarakatan ini sejak sekian lama lagi.

“Ikutkan sejak zaman mengacara program Pop Kuiz lagi saya curi masa melawat orang sakit. Saya fikir keberadaan di pusat kesihatan atau hospital juga boleh berkongsi rasa dan menyuntik semangat dengan mereka yang diuji sakit itu ini.

‘Paknil.. Ayah Dah Meninggal’ Mangsa Ketujuh Covid-19, Rakan Sekolah Aznil Hj Nawawi

Keke Challenge: “Kalau Muda Pun Paknil Rasa Tak Lah Terikut Nak Buat Macam Ni..” Datuk Aznil Nawawi

“Seiring peredaran masa ada rezeki termasuk wang lebih, saya kongsinya serba sedikit dengan mereka yang lebih memerlukan. Setiap kali saya terbabit dengan jelajah ke sekolah seluruh Malaysia atau percutian spontan ke sesebuah lokasi, saya gemar lakukan misi amal tanpa dirancang atau lebih tepat mengejut.

IKLAN

Lawat Orang Sakit & Bantu Fakir Miskin,  Pak Nil Tak Lokek Sejak Dulu Suka Buat Kerja Amal

Ikhlas Membantu

“Pernah di Kuala Terengganu awal tahun ini, saya dan team Pak Nil meraikan hari lahir pada minit akhir untuk seorang pelajar kolej politeknik di sana yang kebetulan menyambut hari lahirnya. Tanpa disangka, bapanya pula bekerja sebagai pemandu ambulans. Saya juga sudi menanggung bayaran pengajian pelajar itu sampai habis yang berbaki beberapa tahun lagi.

IKLAN

“Kira kira dua tahun lalu juga saya ke Perak menawarkan diri untuk membayar sewa rumah selama setahun untuk sebuah keluarga. Kebetulan ketua keluarga iaitu bapanya menjaga lima anak kandung selain beberapa orang anak buah. Lelaki itu kerjanya seperti kais pagi makan pagi. Apa saja kerja yang datang, dia akan lakukan tanpa mengharapkan langsung bantuan orang lain.

Hulurkan Sumbangan

IKLAN

“Malah saya pernah menjejaki rumah seorang nenek berusia dalam lingkungan 80 ke 90 tahun di Kuala Pilah yang hidup dalam keadaan daif bersama seorang anaknya. Paling menyedihkan rumahnya tidak terjaga kemas dan bersih, hingga penuh sampah sarap.

“Ajaibnya saya seperti diberi ‘superpower’ hingga hidung seperti kebal tak bau busuk langsung saat berada di situ. Bayangkan saya ini kalau bau telur hanyir pun rasa nak muntah. Sedangkan yang lain mahu lekas beredar. Alhamdulillah pada lawatan kali kedua, rumah yang didiami itu sudah semakin okay. Saya juga sumbangkan kerusi roda, susu dan lampin pakai buang untuk nenek berkenaan,” ungkap Pak Nil.

Lawat Orang Sakit & Bantu Fakir Miskin,  Pak Nil Tak Lokek Sejak Dulu Suka Buat Kerja Amal
Pak Nil sememangnya seorang yang baik hati dan ikhlas membantu.

Foto: Instagram Datuk Aznil Nawawi

Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI