Wanita yang bergelar ibu tunggal yang juga pemilik akaun Facebook Dzuriasikim Dzulkefli
berkongsi kisah hidupnya. Wanita ini menerangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengingatkan kisah yang dia pernah lalui sebelum ini. Bukan dek kerana virus Covid-19 namun wanita ini pernah berkurung selama tiga bulan bersama anak-anaknya selepas berpisah dengan bekas suaminya.
Ikuti perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli apabila ramai dari rakan-rakan facebook yang mengeluh bila kena berkurung dan tip-tip kebahagiaan yang boleh dijadikan panduan buat kita. Bagi diri wanita ini paling utama adalah kekuatan spiritual, minda, hati dan perasaan yang akan membuatkan anda terus melangkah mengharungi kehidupan hari ini.
“I’ve been a little quiet today…compared to few days before where I kept updating my wall every hours with recipes and all.
“Saya membaca banyak keluhan dan terima banyak luahan perasaan. Saya rasa nak terduduk membacanya semua dan tak dapat menulis dengan baik untuk setiap pengirim. Everyone feels tired, sad, devastating …all mixed kind of feelings at one time.
“Saya teringat yang saya dah lama tak menulis Nota Bahagia. Jadi saya nak berikan sedikit kata semangat di sini.
“Please hang on to your spirits. Hanya dengan kekuatan spiritual, minda, hati dan perasaan sahaja yang akan membawa kita untuk terus melangkah. Nothing else.
Ibu tungga yang begitu kental.
Pernah Tak ada Wang Langsung
“Saya juga pernah tak ada wang langsung… Percayalah bahawa saya telah pernah melalui situasi yang lebih teruk dari ini. I’ve been through worst than these…
“Saya berkurung lebih 3 bulan bersama anak-anak di rumah. Berkurung kerana saya ketika itu tidak bersedia untuk berdepan dengan kawan dan keluarga.
“Saya tidak ada jawapan jika ada yang bertanya apa yang telah berlaku dengan kehidupan dan pasangan saya.
Ads
“Saya juga tidak ada wang untuk bawa anak-anak keluar berjalan. Kami tidak ada pakaian yang baik seperti orang lain untuk ke majlis.
“Jika ada jemputan kenduri….saya tidak dapat hadirkan diri. Pada suatu ketika saya tak ada kenderaan langsung.
“Waktu itu saya rasa seolah tak nampak masa depan. Sebab saya tak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari dan hari-hari yang akan datang.
“Saya hanya mampu melihat anak-anak yang masih kecil dan sedang membesar dengan hanya satu cita-cita dengan berkata…
“One day, everything is going to be ok….”.
“Dalam keadaan yang sangat perit itu, pelbagai masalah lain datang bertimpa-timpa. Ianya lebih dari situasi yang dapat anda bayangkan ketika menghadapi kesukaran ketika ini.
Ads
“Saya sangat bimbang jika didatangi tetamu. Kerana kami tak punya sebarang teh, gula atau susu untuk dihidangkan. Tak ada beras itu biasa. Banyak kali ketika nak memasak saya lihat beras tinggal secawan. Saya beli mi segera, 5 paket. Tumis bawang, letak air, sawi dan telur. Kami makan 6 orang.
“Ketika itu saya selalu “tutup telinga” untuk banyak perkara. I just have to shut down myself for everything kerana saya tidak sukakan kekalutan dalam hidup. Jika kita terlalu banyak memikirkan cakap-cakap orang, takut kerana memikirkan banyak cabaran yang bakal kita lalui dalam hidup, pekerjaan yang saya belum ada waktu itu, kesusahan untuk membesarkan 5 orang anak-anak seorang diri, saya rasa saya tidak akan ke mana.
Hari Ini Makan Apa Yang Ada
“Hari-hari saya hanya buat one thing at a time. Untuk hari ini, kita makan dulu apa yang ada. Untuk esok, InsyaAllah akan ada rezeki yang lain pula nanti. Saya selalu berbisik begitu. Bertenang itu, tak bermaksud kita tak perlu bekerja. Tapi ya tenang…Tenang kerana apa sahaja ramalan manusia tidak semestinya tepat. Mereka bukan Tuhan.
Bersama keluarga tersayang.
Kongsi Amalan Kekal Bahagia
Di sini saya nak kongsikan sebahagian amalan yang mudah untuk kekal bahagia:
1. Untuk kuat spiritual, amalkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Zikir dan doa selalu. Seriously, ianya adalah sangat membantu.
Ads
2. Usah dengar terlalu banyak cakap-cakap orang yang boleh buat diri anda rasa tertekan dan lelah. Mendengar terlalu banyak ramalan ekonomi, ancaman keselamatan terhadap kesihatan boleh memberikan banyak tekanan. Melainkan jika anda berfikiran terbuka dan bersedia.
3. Nikmati apa sahaja yang masih kita miliki pada tika ini. Itu rezeki. Tinggal di rumah itu rezeki. Kurang dapat keluar itu juga rezeki kita. Kerana barangkali Allah sedang menjaga mata kita dari melihat banyak perkara yang tidak perlu. Dari membeli berlebihan. Dalam saat sukar pun tetap ada banyak rezeki.
4. Seperkara yang orang sering lupa. Allah memberi dengan cara yang super tidak logik. Bagaimana Dia mendatangkan “tentera” Covid-19 Nya, dan dengan begitu cepat ia boleh melumpuhkan dunia….hingga pesawat dan senjata dunia yang paling berkuasa dan super canggih pun tidak dapat memusnahkan ia… Begitu jugalah Tuhan mampu mengambil Covid-19 ini semula dari dunia.
5. Berpegang kepada segala janji Allah di dalam Al Quran. Berpegang bahawa Dia tidak pernah mungkir janji. Sebab, Allah dah janji, kesusahan yang Dia beri, akan datang kesenangan di kemudiannya. “Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” (Surah At-Talaq: 7).
“Kekuatan, Kebijaksanaan, Kasih Sayang, Pemberian dan segalanya dari Allah adalah langsung tidak sama seperti yang kita mampu fikirkan.
“Bersabar dan tenanglah selalu. Jangan kau berhenti berlari sebelum langkah mu menuju ke Syurga…”
Mentua juga manusia biasa, yang kadang kala alpa hingga bersikap suka membanding-bandingkan menantu sendiri. Yang berharta disayang, yang kurang dipandang sebelah mata. Bahkan suka pula membandingkan menantu kesayangannya dengan menantu orang lain pula. Boleh macam tu?
Tak semestinya menantu kaya, anak anda bahagia. Boleh jadi anak itu suka memandang hina pada isterinya. Tak semestinya menantu bijak pandai, anak anda bahagia. Boleh jadi dia suka memperbodoh-bodohkan isterinya. Tak semestinya menantu berdarjat, anak anda bahagia. Boleh jadi dia melihat isterinya sebelah mata saja. Tak semestinya menantu ada gelar sarjana agama, anak anda bahagia. Boleh jadi ilmunya cuma di akal sedangkan akhlaknya entah ke mana.
Tiada Manusia Layak Menilai Manusia Lain
Oleh itu kepada mentua yang suka ‘tayang’ menantu siap bagi tahu apa pangkat, di mana kerja, berapa gaji, berapa buah banglo dan kereta mewahnya, cubalah beringat. Tiada siapa dapat menilai kejayaan manusia itu melainkan Penciptanya. Malangnya apabila para mentua tengah berkumpul sakan bersembang tiada isu lain yang jadi kegemaran melainkan tayang kemewahan anak menantu.
Dalam keseronokan menjadi ahli kelab pencen, banyak perkara yang seharusnya dijadikan panduan dalam berkawan. Jangan sesekali lukai perasaan orang lain dengan cuba membanding-bandingkan anak menantu kita dengan anak menantu mereka. Jika berkawan sudah seperti saudara kandung memanglah seronok sebab hati kita sentiasa suka apa yang kawan kita suka tetapi jangan sesekali lupa Nabi Yusuf juga didengki saudara kandungnya apatah lagi kita.
Anak-anak Nabi saja mendengki adik tirinya bagaimana pula kita yang bukan anak Nabi mestilah lebih jahil dari mereka. Hati manusia susah hendak diduga, seeloknya hindarkan rasa megah diri untuk mengelakkan daripada penyakit hati.
Urusan membangga-banggakan anak menantu boleh jadi membawa kesan positif jika mahu memberi pengajaran pada orang lain. Tetapi jangan pula terbakar amal soleh kita disebabkan hasad dengki yang tular akibat tabiat suka tayang hebat.
Tiada siapa mampu menilai anak sendiri inikan lagi menantu, hanya kepada Allah kita serahkan urusan mereka. Peliknya jika jumpa menantu dua kali setahun tapi duduk sebumbung. Boleh jadi dalam ketawa anak kita sebenarnya dia sedang menutup aib suaminya. Dalam tangisannya pula boleh jadi dia sedang belajar tentang kehidupan sebenar di bawah penjagaan seorang lelaki yang sebenar.
Mentua Tiada Hak Campur Urusan Rumah Tangga Anak
Sebagai ibu bapa tiada hak untuk mencampuri urusan rumah tangga mereka melainkan mereka meminta kita menjadi pendamai bukan penghasut. Apa yang tersembunyi tak perlu dikorek dan apa yang mereka kongsi seharusnya diraikan. M
aka itu tak perlu tayang pada dunia apa yang kita tak nampak. Berpada-padalah dalam urusan membanggakan zuriat. Jangan melampau pujian diberi kerana ia boleh merosakkan hati.
Kalau begitu, berdosakah jika kita suka ‘tayang’ menantu? Tidak, bahkan dianjurkan jika itu merupakan suatu cara mengukuhkan hubungan persaudaraan, tak kenal maka tak cinta. Memperkenalkan menantu kepada kawan-kawan adalah ibadah kerana ia menepati sunnah Rasul s.a.w yang menggesa kita bersilaturahim. Rasulullah s.a.w bersabda: “Al-Rahim itu bergantung di Arsy. Dia berkata: Sesiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan sesiapa yang memutuskanku maka Allah memutuskannya.” (Hadis Muttafaq ‘alaih)
Pilih Menantu
Panduan memilih menantu telah diajarkan melalui wahyu, Allah tunjuk kepada kita bagaimana ciri-ciri menantu semulia Nabi Musa AS. “Wahai bapaku ambillah dia sebagai pekerja kerana sesungguhnya orang yang paling baik adalah yang kuat lagi amanah.”
Ciri-ciri kepemimpinan seorang lelaki jelas terserlah dengan rasa belas kasihannya kepada wanita membuat dia kelihatan lebih gagah. Malangnya lelaki zaman sekarang ramai yang minta dilayan lebih dan dijaga melebihi raja-raja.
Makan pun isteri yang carikan, kerja-kerja berat semua serah kepada isteri bagaimana pula kita suka memuji menantu-menantu sebegini dengan pujian mencecah awan? Entah-entah solat pun tak buat, agama tak pakai, sibuk saja dengan urusan dunia. Bukankah yang terseksa anak kita juga?
Memenuhi Syarat
Menantu kebanggaan yang semestinya disyukuri oleh para mertua seharusnya mementingkan kekuatan akal, fizikal dan spiritual sebagai penjaga anak kita. Nafkah zahir dan batinnya hanya boleh dipenuhi dengan tiga kekuatan tersebut.
Kemudian amat menjaga kesucian pergaulan, keikhlasan hati dari syahwat sehingga begitu ketat menundukkan pandangannya. Zaman ini masihkah ada lagi orang yang mencari menantu sebaik Musa atau agama tidak lagi menjadi syarat penting? Oleh itu tak payahlah tayang menantu jika tak cukup syarat lelaki segagah Musa.
Sumber: Dato’ Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam
Silalah senangkan hati isteri dulu kalau betul tak nak ada masalah dalam rumah tangga. Ya, mungkin tak mudah nak faham kehendak sebenar seorang wanita tetapi kalau sabar, kaum suami pasti akan bahagia.
Untuk mendalami hati seorang isteri, jemput baca perkongsian saudara Mizan Dzai ini…
Bila sudah berkahwin, maka bertambahlah tanggungjawab kita sebagai suami. Jika dulu hanya untuk ibubapa tapi sekarang isteri dan anak anak yang akan lahir. Kepercayaan dan kejujuran sangat penting mengekalkan kebahagiaan.
Bagi aku simple je, isteri ni kalau sekali kau dah kantoi buat hal belakang dia, confirm kau dah tak ada muka. Bukan senang nak peroleh kembali kepercayaan isteri kau yang tersayang tu. Sedih bila hubungan masa mula kahwin dulu dah tak sama dengan sekarang, nak salahkan siapa?
Wanita ni dilahirkan memang untuk tabah. Tabah dengan pe’el dan angin kau tu. So, setabah itu dia buat derk dengan pujuk rayu kau bila dah kantoi buat hal. Dapat pujuk itu pasti, peroleh kepercayaan yang asal itu kembali adalah mustahil.
Sekali Kau Buat Perangai, Ini Makannya!
Wanita takkan lupa, sumpah takkan. Kau baik macam mana pun, kau tengok gaya dia macam dah hilang ingatan dengan perangai kau tapi percayalah, satu hari nanti hal yang kau buat itu akan diungkit balik jika kau ulang.
Kau tak boleh salahkan wanita dan isteri. Apahal kau nak salahkan diorang? Kau yang buat hal, kau yang buat perangai, kau tanggunglah. Wanita memang dicipta untuk setabah itu. Bukan berdendam tapi hati diorang sangat mahal, semahal cinta dan pengorbanan untuk kau sebagai suami dan juga anak anak.
Jangan kata kau, aku pun pernah terbuat hal. Bukan hal apa pun, cuma aku terlalu ramah. Yang perempuan pula dok fikir lain. Orang meniaga takkan sombong pula iye tak? Sebab tu aku selalu cakap, kau dan aku lelaki. Terlalu mudah untuk leka dan kita pula memang dicipta supaya mudah tertarik dengan benda terutamanya wanita, rumah dan kereta yang cantik.
Kau lelaki yang teragung jika kepercayaan itu sama seperti sebelum kau buat hal. Jagalah elok elok. Kita lelaki ni hanya akan tersedar, akan menyesal bila isteri dan anak anak dah tinggalkan kita.
Jangan tunggu sampai saat neraka tu. Jangan! Cukup 3 hari isteri tak ada kat rumah. Kau rasa sendiri, aku sehari Eleena balik rumah orang tua dia pun dah cukup. Boleh menangis bro.
Sila mention wanita bergelar isteri serta ibu kepada anak anak kau yang setiap hari kerjanya minta emas, berlian dan permata kalau ada, sampai kepala paip pun nak emas. Kalau ada lah. Sebab diorang cuma nak kesetiaan, kejujuran dan pengorbanan dari kau orang sebagai suami.
Isteri tak bodoh, diorang tahu kemampuan kau sebagai suami. Diorang yakin yang satu hari nanti segala penat jerih, usaha dan pengorbanan kau akan membuahkan hasil. Ini tidak, ada duit sikit lupa diri, lupa anak bini. Mana lah ekonomi nak naik, nak bertahan lama.
Senangkan Hati Isteri Dulu
Ingat, bila kau menyenangkan hati isteri, segala urusan kau akan dipermudahkan. Macam tu jugak dengan orang tua terutamanya ibu. Jangan marah bila orang macam aku selalu sebelahkan isteri. Jangan sesekali kau lupa, isteri itu adalah wanita, wanita itu adalah ibu kepada anak anak kau seperti mana ibu kepada diri kau sendiri.
Wajib ditaati hingga hujung nyawa. Wajib diangkat martabatnya. Jangan kau rasa kau suami dan lelaki, kau berkuasa atas segalanya. Allah dah susun segalanya untuk kita hingga setiap hembusan nafas yang kau, aku dan kita semua sebagai hambaNya ini peroleh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila mak-mak datang stres dan tertekan dengan kerja yang dilakukan, dirasakan seluruh hari yang dilalui ada saja yang tidak kena. Mulalah rasa cepat marah dan lebih teruk anak-anak pun turut terbabit.
Tapi, bersyukur kalau jenis mak-mak yang mampu asingkan rasa cepat marah dengan keadaan sekeliling. Sebab ada sesetengahnya, bila rasa stres, boleh tengok pada riak wajah dan ada kalanya, nak bercakap pun malas.
Bila dah terbiasa dengan cara begini, kita tak mampu nak kawal diri dan semua perkara yang kita buat, mulalah rasa serba tak kena.
Jangan begitu, bila mak-mak rasa vepat marah, orang terdekat turut alaminya. Kena ubah fikiran supaya hati kita rasa tenang dan gembira. Inilah yang dikatakan ‘berdamai dengan hati’, seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi.
“Tahniah Wa. Kau berjaya tahan marah. Alhamdulillah.” “Banggalah dengan ko. Ko berjaya masak sarapan. Alhamdulillah. “ “Syukur Wa, ko berjaya selesaikan tugas! Lahaulawalaquwataillah billah.”
Ini dialog yang biasa saya guna setiap kali berjaya buat sesuatu. Saya akan cakap dalam hati dengan bersungguh. Seolah-olah macam cakap dengan sahabat yang paling saya sayang.
Tak sangka, dengan hanya buat benda ni, saya lebih tenang. Tak mudah marah-marah.
Sebab itu rupanya penting kita berdamai dengan diri sendiri. Bila saya usaha berdamai dengan diri sendiri, saya lebih mudah berdamai dengan anak-anak.
Bila suara hati saya lembut bercakap dengan diri sendiri, suara kat mulut pun akan jadi lembut bila bercakap dengan orang.
Kita ni, sejak dari kecil lagi, hati dah jenuh kena lenyek dengan kata-kata orang. Sampai rasa diri tak cukup baik, tak cukup bagus.
Sampai suara hati pun dah tak mampu cakap baik tentang diri. Asyik kondem diri. Hinggakan tak nampak potensi yang Allah dah bagi.
Apa kata, hadirkan rasa sayang pada diri.
Self love, care and respect.
Thats how you take your power back.
Hargai Diri
Kalau diri sendiri pun kita tak boleh sayang, macam mana kita nak sayang orang lain.
Tolong, hargai diri sendiri. Kalau tak berjaya buat sesuatu, tepuk bahu. Pujuk diri macam kita pujuk orang yang paling kita sayang.
“It’s ok babe. Cuba lagi ok. Kau pasti boleh.”
Jangan hukum diri seolah-olah tak ada hari esok. Seolah takde cara nak baiki silap.
Tolong ucap terima kasih pada diri. Pegang tangan, dan katakan,
“Wow…banyak dah kerja kau buat hari ni. Kuat kau ni. Akan bangga dengan kau. Esok kita buat benda yang sama ok! Terima kasih Allah bagi aku kekuatan.”
Tolong izinkan diri rehat kalau dia letih,
“Takpe, rehat dulu. Take time to recharge. Esok bangun dengan segar, ok!”
Sampai satu masa, kita harus hormat dengan diri sendiri. Cukuplah percayakan mulut yang tak reti hormat pada kita. Sisihkan mulut mereka yang tak memahami. Bukan sebab kita taknak hormatkan mereka. Tapi sebab kita lebih perlu hormatkan diri sendiri.
Salam sayang.
MW: Paling mudah, sematkan dalam hati dengan perkara yang positif dan baik-baik. Barulah hati pun rasa tenang.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.