Dalam dunia yang sentiasa obses dengan penampilan, Sherry Alhadad berdiri megah, bukan kerana bentuk tubuhnya, tetapi kerana pendiriannya. Dalam usia menginjak 41 tahun, pengacara dan pelakon serba boleh ini memilih untuk memelihara kewarasan dan kebahagiaan hati, berbanding mengejar definisi kecantikan yang ditentukan oleh masyarakat.
“Saya bukan tak pernah cuba nak kurus. Tapi siapa yang pernah lalui perjalanan itu, tahu betapa susahnya nak turunkan berat badan secara organik. Saya pernah turun, pernah naik balik. Kategori saya? Yoyo,” ujar Sherry tanpa berselindung.
Kurus Itu Perjuangan Emosi, Bukan Sekadar Fizikal
Dalam satu sesi temubual bersama media usai program MeleTOP baru-baru ini, Sherry secara terbuka mengakui betapa penurunan berat badan bukan semudah yang dilihat di mata kasar. Ia bukan sekadar soal diet atau senaman, tetapi pertarungan dengan diri sendiri.
“Mental kena kuat. Tapi saya belum sampai tahap itu. Kadang-kadang kuat semangat, esok dah ‘down’ semula. Jadi sampai bila aku nak buat macam ini?” katanya jujur, menggambarkan kepenatan emosi yang dilalui ramai wanita, tetapi jarang diucapkan.
Ads
Pembedahan Bukan Jalan Pintas Bagi Semua
Dalam era di mana pembedahan bariatrik menjadi pilihan popular, termasuk kalangan selebriti, Sherry memilih untuk menolak tawaran penajaan pembedahan secara baik. Bukannya kerana skeptikal, tetapi kerana belum tiba masa dan hatinya belum terbuka untuk kaedah tersebut.
Ads
“Saya jarang sakit. Tak pernah warded, tak pernah kena tahan di hospital. Jadi saya takut kalau ada apa-apa berlaku. Minta jauh… rasanya belum ada keperluan untuk pembedahan,” katanya, menolak dengan tenang tetapi berprinsip.
Apa yang menarik, Sherry tidak menolak kepentingan kesihatan, malah tetap menjaga pemakanan dan mengawal berat badannya sebaik mungkin. Namun, beliau enggan menjadikan tekanan masyarakat sebagai punca kehilangan jati diri.
“Kalau berat naik sikit, saya akan ingat. Tak boleh Sherry, jaga makan. Tapi saya okay saja dengan badan saya sekarang. Saya dah semakin berusia dan masih selesa,” luahnya dengan ketenangan yang membahagiakan.
Menurut Sherry lagi, dia sebenarnya tetap okay dengan keadaan diri sendiri dan berat badan itu kerana sedar kini semakin berusia sekali gus masih selesa walaupun berbadan besar.
Diserang angin ahmar belum mampu bercakap. Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi kisah ayahnya yang kini sudah dibenarkan pulang selepas diserang angin ahmar baru-baru ini.
Sebelum ini, Ayda juga telah memuat naik perkongsian memaklumkan bapanya diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital.
Diserang Angin Ahmar Belum Mampu Bercakap
Terbaru, seperti mana dilaporkan, Ayda turut memberitahu ayahnya juga sudah menunjukkan perkembangan positif.
Paling menggembirakan jika sebelum ini ayahnya hanya boleh minum dan kini menunjukkan perkembangan positif apabila sudah boleh makan.
“Syukur alhamdulillah, ayah sudah pulang ke rumah dan menunjukkan perkembangan positif.
“Kami juga sudah menyusun jadual untuk sesi fisioterapi dan akupuntur,” kongsi Ayda yang juga turut menerangkan bagi memulihkan kembali keadaan kesihatan ayahnya mengambil masa dan memerlukan kesabaran dan disiplin.
Sedaya Upaya Bantu Ayah
Ayda turut memberitahu mereka sekeluarga sedaya upaya cuba membantu ayahnya agar cepat sembuh.
“Saya dan keluarga sedaya-upaya untuk membantu ayah.
“Buat masa ini dia tidak mampu untuk bercakap pun, tapi saya tahu semangatnya kuat.
“Malah, saya mendapat semangat untuk berjuang ini pun daripada ayah saya juga,” ungkap Ayda yang berulang alik ke Melaka apabila dirinya mengetahui keadaan ayahnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mahal sungguh harga bawang merah sekarang. Memandangkan harga bawang merah dah semakin mahal, ada baiknya mak-mak yang suka berkebun tu, tanam sendiri bawang merah ni di rumah. 2 bulan selepas tanam dah boleh dituai. Memang jimat banyak dan puas hati. Tapi nak tanam bawang merah ni ada cara dan tipnya yang kena ikut.
Boleh rujuk perkongsian Puan Azlina Mat Lazim cara BETUL tanam sendiri Bawang Merah di rumah.
Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
*Pasir = 2 bahagian campur Tanah berkebun = 1 bahagian.
Tanam di tempat terbuka
Musim panas, siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
Cara-Caranya:
1. Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.
2. Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
3. Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
4.Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.
Tip Ekstra!
Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain-laim baja yang di fikirkan baik.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yang siap diguna.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh cuba tanam sendiri bawang merah ni di rumah. Ikut tip dan kaedah yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Setiap kali bercuti ke Cameron Highland mesti terbayangkan buah strawberi yang sedap, masam-masam manis.Buah strawberi sangat baik untuk kesihatan, kaya dengan antioksidan dan bagus diamalkan selalu.kalau nak beli di pasaraya boleh tahan juga harganya berbelas ringgit sekotak.
Sebenarnya mak-mak boleh tanam buah strawberi sendiri di beranda rumah. Jika selalu tanam tapi payah nak hidup pokok ni, rupanya kena pastikan semai benih local barulah senang tumbuh.
Boleh ikut tip dan cuba caranya yang dikongsikan oleh Asri Meris ini sebagai panduan.
“Cara paling mudah untuk buat benih strawberi.Boleh cuba sendiri di rumah.Sangat mudah. Make sure benih local (lowland breed) supaya senang tumbuh.”
Cara-Caranya:
1. Kupas kulit strawberi dan letakkan di atas kertas tisu.
2. Biarkan selama beberapa hari sampai ia betul betul kering. Saya tak jemur bawah panas, hanya dalam rumah.
3. Asingkan benih dari kulit perlahan-lahan. Sekiranya betul-betul kering, biji benih akan tanggal sendiri.
4. Tadaaa siap kumpul.
5. Selepas minggu ke 3 ni dah siap bercambah gitu. Saya hanya guna tanah hitam biasa yang ada jual kat nursery. Tapi saya tambah sikit campuran hampas sabut kelapa.
6. Sebaiknya tanam di balkoni,tak nak ‘direct sunlight’ tau.Cahaya matahari sehingga jam 11 pagi aja tau, dan siram air seminggu sekali aje. Hanya gunakan benih ‘local’ ya.
Info Ekstra!
Benih local (lowland breed) bermaksud strawberi tempatan yang ditanam di dalam negara, contohnya dari Cameron Highland dan bukannya yang jenis import dari luar negara.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.