wanita thai

Patutlah cantik betul kulit wanita Thailand ya, mulus dan bersih tanpa sebarang masalah kulit!

Memang cemburu melihat kulit mereka yang cantik dan bebas cela. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia kecantikan yang diamalkan oleh mereka.

Selalunya ramai yang tak berani guna produk dari Thailand sebab banyak yang dikesan mengandungi bahan kimia yang merbahaya.

Tapi sebenarnya masih ramai wanita disana mengamalkan cara semula jadi untuk miliki kulit cantik. Rupanya inilah rahsia orang Thailand kulit gebu-gebas…

IKLAN

1. Masker Betik

Kebanyakan wanita Thailand menggunakan betik sebagai masker untuk kulit cerah dan bebas cela. Betik kaya dengan anti oksida, vitamin C dan E yang dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan.

2. Santan Kelapa

Wanita Thailand bijak memanfaatkan khasiat santan kelapa. Mereka mengamalkan mandian santan kelapa untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

IKLAN

3. Diet Pemakanan

Wanita Thailand amat menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran dan rempah ratus di dalam diet pemakanan mereka. Pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin membantu anda mengekalkan kelangsingan tubuh badan.

IKLAN

4. Kunyit

Wanita Thailand mengamalkan cucian muka dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri dan bebas jerawat.

5. Asam jawa

Ini antara kandungan utama dalam setiap produk kecantikan di Thailand. Asam jawa banyak kelebihannya seperti melembutkan kulit, menghilangkan parut serta mencerahkan kawasan-kawasan gelap.

Haaa… apa lagi, carilah bahan-bahan yang dikongsi ini, kemudian amal dan tengok hasilnya!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI