Setiap wanita pastinya inginkan wajah yang licin, bersih dan halus mulus bebas daripada segala masalah kulit. Namun antara masalah yang sering hadapi ialah liang pori terbuka dan membuatkan wajah kelihatan seperti berlubang-lubang. Ia boleh mengakibatkan segala kotoran mudah tersumbat, sekaligus menyebabkan pembiakan bakteria yang mengakibatkan jerawat! Bukan itu sahaja, kulit wajah juga jadi lebih kasar dan menggerutu.

Sebenarnya terdapat 6 jenis petua semulajadi yang boleh dicuba untuk mengecilkan pori-pori pada wajah ini. Paling penting selamat, jimat dan berkesan!

Jom Cuba 6 petua ni.

1. AIS

Ambil ais yang telah dipecahkan secara kecil-kecilan atau ambil kiub ais dan balutkan menggunakan kain. Kemudian, gosokan kain tadi di sekeliling wajah. Lakukan pada setiap hari sebelum tidur. Anda akan lihat kesannya dalam masa1-2 minggu, malah ia juga mampu membantu menghaluskan kulit muka dan wajah akan kelihatan segar serta berseri-seri.

Kulit Wajah Kasar & Berlubang, Ini 6 Petua Berkesan Boleh Atasi Masalah Liang Pori Terbuka!

2. JUS TIMUN

Masukan beberapa keping timun yang telah dipotong dalam blender dan blender sehingga menjadi jus. Kemudian campurkan jus timun bersama tepung jagung supaya jus timun menjadi likat. Campuran ini akan menjadikan topeng muka mudah di bentuk. Sapu pada sekeliling muka dan biar kan selama 15 minit, kemudian bilas sebaik-baiknya menggunakan air sejuk. Topeng timun ini bukan sahaja dapat merawat liang pori malahan membantu mencantikan lagi tekstur kulit wajah.

Kulit Wajah Kasar & Berlubang, Ini 6 Petua Berkesan Boleh Atasi Masalah Liang Pori Terbuka!

IKLAN

3. TELUR PUTIH

Ambil telur dan asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan sapukan pada wajah. Kemudian biarkan selama 30 minit dan bilas dengan menggunkan air sejuk.

Kulit Wajah Kasar & Berlubang, Ini 6 Petua Berkesan Boleh Atasi Masalah Liang Pori Terbuka!

4. MADU + YOGURT

Sapu madu dan yogurt pada wajah dan biar kan selama 15-20 minit dan bilas dengan air sejuk.

IKLAN

Kulit Wajah Kasar & Berlubang, Ini 6 Petua Berkesan Boleh Atasi Masalah Liang Pori Terbuka!

5. LIDAH BUAYA (ALOE VERA)

Ambil titisan air atau isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama 20 minit. Lidah buaya mampu membantu membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.

Kulit Wajah Kasar & Berlubang, Ini 6 Petua Berkesan Boleh Atasi Masalah Liang Pori Terbuka!

IKLAN

6. TOMATO

Blender beberapa biji tomato dan sapukan pada wajah. Biar selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Jika malas mahu blender, boleh potong tomato dan sapukan pada wajah.

Kulit Wajah Kasar & Berlubang, Ini 6 Petua Berkesan Boleh Atasi Masalah Liang Pori Terbuka!

Semoga bermanfaat!

MW: Jadi buat para wanita yang mengalami masalah liang pori terbuka, bolehlah cuba petua-petua yang dikongsikan ini. Lebih selamat, menggunakan bahan-bahan semulajadi dan terbukti keberkesanannya. Selamat Mencuba!

Sumber:deina.inf

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI