Wanita sememangnya makhluk ciptaan Allah yang istimewa dan mampu menghadapi apa jua cabaran yang mendatang di dalam hidupnya. Semangat dan perjuangan tidak mudah mengaku kalah menjadi elemen utama dalam kehidupan wanita untuk selangkah mara ke hadapan dalam apa jua yang ingin dilakukannya.
Begitu juga halnya buat seorang doktor gigi, Dr Alyssa Azlan yang mengakui dirinya pernah hilang semangat ketika berlakunya pandemik namun ia menjadi pemangkin semangat untuk dirinya meneroka bidang perniagaan dengan membuka klinik sendiri.
Dr Alyssa Azlan
Bagi merealisasikan impiannya, Dr Alyssa terpaksa memohon pembiayaan melalui pinjaman bank dan tertubuhnya Klinik Gigi Stellar di Setia Alam pada tahun 2020, ketika pandemik masih lagi belum menemui jalan penghujungnya. Berkat kesabaran dan kecekalan dalam bidang perniagaan, ia diikuti cawangan kedua yang terletak di Kota Damansara yang dibuka dalam tempoh 3 tahun.
Pemegang Sijil Lanjutan dalam bidang Implantologi & Ortodontik dari New York University (NYU) ini memberi fokus kepada perkhidmatan estetik dan kosmetik gigi yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia.
“Kami memilih untuk menawarkan perkhidmatan estetik dan kosmetik gigi selari dengan keputusan semasa terutama bagi golongan yang mengutamakan kecantikan serta kebersihan oral.
Ads
Mengambil kira kemajuan dan lambakkan teknologi dalam sektor pergigian mempunyai permintaan tinggi kerana percayalah, satu senyuman mampu mengubah kehidupan.
“Tidak dinafikan, senyuman seseorang itu menunjukkan keyakinan sekali gus lebih menyerlahkan keyakinan dan penampilan seseorang,” jelas Dr Alyssa yang turut aktif di laman TikTok berkongsi ilmu mengenai penjagaan gigi.
Tambahnya lagi, pengalaman membuat rawatan kosmetik gigi kepada pelanggan memberikan reaksi positif apabila menyatakan kosmetik gigi mampu mengikir rasa malu dalam diri.
Kosmetik Gigi Popular Di Malaysia
Graduan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini turut bersyukur kerana minatnya dalam bidang kosmetik pergigian mendapat sokongan suami tersayang, Hafiz Khairudin yang turut bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian Klinik Gigi Stellar.
Ads
“Meskipun Hafiz berkelulusan dalam bidang kejuruteraan, namun dia berperanan sebagai pegawai operasi dan menguruskan kewangan syarikat serta merupakan tulang belakang di sebalik kejayaan kami.
Ikutkan, kami berdua tiada basic dalam bidang bisnes. Tetapi kami sahut cabaran ini untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan Alhamdulillah perkhidmatan yang ditawarkan semakin meraih kepercayaan para pelanggan,” ujar Dr Alyssa yang turut aktif mengikuti pelbagai kursus perniagaan sebagai usaha menambah pengetahuan dalam menguruskan perniagaan.
Ads
Aktif di laman TikTok, Dr Alyssa turut berkongsi mengenai trend rawatan gigi yang ditawarkan namun menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan pelbagai tawaran yang tidak masuk akal.
“Pakej yang ditawarkan di pusat rawatan kecantikan berisiko tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan gigi seperti gusi berdarah dan gigi goyang dan sebagainya. Malah, terdapat juga pusat terbabit yang tidak mempunyai lesen sebagai doktor gigi selain tidak diiktiraf.
Jadi, sebagai pengguna, perlu bijak memilih rawatan yang diiktiraf agar masalah-masalah lain tidak timbul,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sejak 19 tahun dulu, butik pengantin yang terletak di Changkat Jering, Perak ini telah memulakan bisnes majlis perancang perkahwinan dan salon rambut. Kemudiannya, diwariskan ke anaknya, Azie Mohamad Zaini.
Butik Sazliees Bridal Gallery & Hair Beauty Saloon ini, mula dibuka dari tahun 2000. Seiring peredaran zaman, baju pengantin di butik ini tetap direka dan dijahit sendiri oleh pemiliknya.
Menurut Azie, butik ini adalah peninggalan daripada arwah ayah dan ibu tercinta. Jadi, dia diberi mandat untuk meneruskan perniagaan keluarganya ini.
“Sebenarnya, saya mengambil butik peninggalan arwah ayah yang fokus menjalankan perkhidmatan majlis perancang perkahwinan dan salon rambut. Walaupun sudah 19 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini, ia masih boleh dikatakan relevan dengan permintaan daripada pelanggan sekarang ini,” kata Azie memulakan bicara.
Butik Pengantin – Ada Pelanggan Sanggup Datang Dari Jauh
Kata Azie lagi, pengalaman dan dan tempoh butik ini yang agak lama, ia memberi kelebihan dengan menghasilkan banyak rekaan dan dekorasi untuk pelanggan.
“Tidak mustahillah, ramai pelanggan tetap dan tidak kurang juga pelanggan yang sanggup datang dari jauh kerana inginkan perkhidmatan dan percaya dengan hasil kerja kami,” tambahnya lagi.
Kebanyakan pelanggan butik ini juga tidak mengira lapisan masyarakat mahu pun berbilang kaum kerana apa yang butik Sazlees Bridal Gallery & Hair Beauty Saloon berikan adalah harga pakej yang fleksibel dan mengikut kemampuan pelanggan.
Semua Busana Pengantin Direka Dan Dijahit Sendiri
Ditanya tentang kelebihan yang ada pada butik ini berbanding butik pengantin lain, Azie memberitahu bahawa semua pakaian direka dan dijahit sendiri. Boleh dikatakan ia adalah rekaan sendiri.
“Oleh kerana trend sekarang lebih kepada less is more dan kembali kepada gaya tradisional, jadi sentuhan untuk kebaya tradisional tidaklah terlalu sarat. Begitu juga dengan pembuatan hiasan dan rekaan seperti kerawang yang dahulunya lebih berat dan material yang menggunakan kayu ukiran atau kayu jati.
“Sekarang rekaan kerawang lebih mudah dengan menggunakan span lebih ringan untuk dibawa dan teknik pencahaytaan pun lebih advance berbanding dahulu,” ulasnya tentang permintaan untuk rekaan pakaian sekarang ini.
Tambah Azie lagi, dari segi solekan pun tidak sama berbanding dahulu. Sekarang ini ramai bakat muda muncul dengan teknik dan gaya tersendiri.
Semua ini tidak memberi gentar pada Azie kerana kelebihan yang ada pada butiknya adalah mampu menghasilkan rekaan pakaian dan dekorasi pelamin sendiri tanpa perlu menempah dengan pihak ketika.
“Kami banyak menghasilkan karya sedni kami sendiri dan pastinya ia tidak ada pada butik-butik pengantin yang lain,” jelas Azie yang menerima tempahan sekurang-kurangnya empat majlis dalam sebulan.
Jangan Obses Mengejar Bisnes
Pengalaman yang dikuti selama 19 tahun telah mengajar Azie tentang asam garam dalam bidang ini.
“Bagi mereka yang masih baru dalam perniagaan ini, jangan terlalu obses untuk mengejar bisnes. Malah, ada yang sanggup menurunkan harga pakej pada kadar yang tidak masuk akal.
“Kita kena ingat ada pelbagai perbelanjaan yang harus kita tanggung seperti gaji pekerja, sewa kedai, upah lori dan sebagainya. Jika meletakkan harga yang terlalu rendah, sudah tentu kita tidak dapat menampung perbelanjaan, malah terpaksa keluar duit poket sendiri.
“Jadi, tetapkan harga dan percaya pada bakat dan kebolehan seni yang ada. Jika kita ikhlas, pasti pelanggan akan datang mendapatkan perkhidmatan kita. Percayalah rezeki itu datang dariNya dan usah ada sikap saling caras mencaras,” nasihatnya sebelum mengakhiri perbualan.
Foto: Koleksi Peribadi Butik Sazlees Bridal Gallery, Jalan Padang Besar, Changkat Jering, Perak.
Usahawan tudung yang tidak lekang kontroversi, Haliza Maysuri menyambut ulang tahunnya yang ke-48 dengan suasana meriah disaksikan 150 tetamu terdiri dari insan-insan yang sentiasa berada di belakang dirinya dalam kehidupan dan perniagaan. Bertemakan Malam Gala Jazz, para tetamu hadir penuh gaya dan keanggunan yang memukau.
Busana Mewah
Paling mencuri tumpuan sudah pastilah adi busana eksklusif yang disarung oleh Haliza Maysuri hasil rekaan khas dari pelapis pereka Rumah Fesyen Faizuluziaf yang kini mewarisi legasi mewah jenama RI Couture.
Busana mewah itu diinspirasikan daripada konsep fine tailoring dengan potongan dress yang menampilkan sentuhan bespoke men suit namun diolah feminin dengan siluet klasik Dior era 1920-an, sebuah gabungan yang cukup berani, sofistikated dan timeless.
Antara keunikan busana ini termasuklah palet warna dari pale trona charchoal grey dan sentuhan rona hitam dari perincian gabungan renda Perancis, fabrik sutera wool dan taburan batuan Swarovski yang menggabungkan 8 jenis batuan Swarovski yang berbeza bentuk dan saiz!
Adi busana ini sahaja bernilai RM71,100.00 dan jumlah harga untuk batuan Swarovski bernilai RM80,000 sekaligus menjadikan nilai keseluruhan busana ini ialah RM151,100.00.
Di majlis yang sama, Haliza turut melancarkan dua koleksi tudung diberi nama Nafas Maysuri melambangkan nafas baru dalam hidup dan perniagaannya dan Nadi Maysuri menggambarkan nadi kehidupan semangat dirinya.
Meskipun anak dan menantu tidak dapat meraikan bersama ulang tahun kelahiran pada tahun ini, namun kejutan ucapan dari mereka benar-benar menyentuh naluri keibuan Haliza Maysuri yang kelihatan sebak tatkala mendengar ucapan hari lahir melalui video dari anak tersayang.
Hadiah Untuk Isteri Tersayang
Tidak terhenti di situ, malam istimewa Haliza turut dimeriahkan dengan kejutan manis apabila beliau menerima hadiah sebuah motorhomes mewah daripada suami tercinta satu simbol kebebasan dan gaya hidup yang semakin menjadi pilihan pasangan berpengaruh masa kini.
Tambah Haliza lagi, suaminya ingin menghadiahkan dirinya sebuah kapal persiaran mewah tetapi hasrat itu terkubur kerana Haliza mempunyai masalah mabuk laut.
“Kalau ikutkan abang haji nak hadiah private yatch tetapi memandangkan saya ada masalah mabuk laut, hadiah tersebut digantikan dengan motor homes ini. Lepas ni, senang la saya nak bawak Money dan Aspen berjalan-jalan sambil boleh memasak di dalam motor homes ni,”ujarnya yang merancang bersiar-siar bersama anak bulu tersayang tidak lama lagi.
“Alhamdulillah, usia ini bukan tentang angka semata-mata, tetapi tentang bagaimana kita memilih untuk hidup sepenuh rasa. Saya bersyukur dan terharu dengan setiap detik malam ini,” ujar Haliza dengan penuh emosi.
“Syukur Alhamdulillah, usia 48 tahun ni Allah dah makbulkan banyak perkara yang saya ingini. Sebenarnya, sebelum usia 50 tahun, anak-anak sudah habis belajar dan apa yang saya impikan sudah tercapai. Saya akan menyerahkan legasi perniagaan ini kepada anak-
Selain itu, saya akan mengembangkan sayap perniagaan ke Jakarta, Indonesia, InsyaAllah. Saya dan suami akan membuka cawangan Bawal Exclusive di Jakarta, InsyaAllah,”ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif bersama Mingguan Wanita.
Selain kejutan hadiah hari lahir, kek untuk Haliza Maysuri juga tidak kurang hebatnya. Mana tidaknya, kek tersebut dihiasi hampir 11 ribu kristal Swarovski dan dianggarkan berharga RM 14,800!
Wangian bukan sekadar pelengkap gaya, malah menjadi simbol keyakinan dan personaliti. Menyedari potensi besar dalam industri ini, Nur Afiqah Amran, pengasas Perfume Paradise, berjaya mencipta platform yang bukan sahaja menawarkan haruman berkualiti tetapi juga membuka peluang kewangan kepada orang ramai, khususnya kaum Wanita.
Melalui jenama Perfume Paradise, Afiqah telah melakar nama dalam dunia perniagaan, membuktikan bahawa gabungan semangat, kreativiti, dan strategi yang baik mampu membawa perubahan besar.
Dalam temubual bersama Nur Afiqah di Borak SEENI baru-baru ini, dia berkongsi idea Perfume Paradise tercetus daripada minat mendalam terhadap wangian.
“Saya percaya setiap individu berhak memiliki wangian berkualiti tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Perfume Paradise hadir dengan misi untuk menyediakan haruman premium pada harga mampu milik,” katanya.
Sebagai seorang yang sentiasa mencari peluang, Afiqah juga melihat perniagaan ini sebagai platform untuk membantu wanita dan suri rumah menjana pendapatan tambahan.
“Perfume Paradise bukan hanya tentang menjual produk, tetapi juga membina komuniti usahawan,” tambahnya.
Peluang untuk Pengedar: Kisah Puan Zaini Zakaria
Salah seorang pengedar utama Perfume Paradise, Puan Zaini Zakaria, adalah bukti kejayaan platform ini. Menurut Puan Zaini, Perfume Paradise memberikan sokongan secara menyeluruh dari bimbingan pemasaran hingga produk berkualiti yang mudah dijual.
“Dengan modal yang rendah, saya dapat menjana pendapatan tetap. Selain itu, saya juga berpeluang membina rangkaian perniagaan yang kukuh,” jelasnya.
Zaini turut berkongsi pengalaman positif bekerja bersama Afiqah, yang sentiasa memastikan pengedarnya diberi motivasi dan dihargai.
“Perfume Paradise bukan sekadar perniagaan, ia adalah keluarga yang sentiasa menyokong,” katanya.
Keterbatasan fizikal bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan. Kisah Puan Zaini Zakaria, seorang individu kelainan upaya (OKU) penglihatan, membuktikan bahawa semangat dan keazaman mampu membuka pintu rezeki walaupun berdepan cabaran. Sebagai salah seorang affiliate Perfume Paradise, Puan Zai telah mengubah cabaran hidupnya menjadi inspirasi bagi ramai.
“Dengan produk yang mudah dijual dan sambutan pelanggan yang sangat baik, saya berjaya menjana pendapatan tetap setiap bulan. Malah, saya kini mampu membantu keluarga dari segi kewangan,” katanya.
Walaupun kehilangan penglihatan, Puan Zai tidak pernah membiarkan kekurangan tersebut membatasi potensinya. Keinginan untuk berdikari dan membantu keluarga telah mendorong beliau untuk menyertai Perfume Paradise sebagai affiliate.
Selain menawarkan produk berkualiti, Perfume Paradise juga menjadi platform untuk wanita, terutamanya suri rumah dan ibu tunggal, menjana pendapatan. Melalui sistem pengedaran yang mudah, wanita boleh memulakan perniagaan dengan modal rendah tetapi pulangan yang lumayan.
“Kami menyediakan latihan pemasaran, sokongan promosi, dan panduan lengkap kepada pengedar kami. Matlamat kami adalah untuk melihat lebih ramai wanita berdikari dan berjaya, ”ujar Afiqah.
Sebagai jenama yang inklusif, Perfume Paradise menyediakan sokongan menyeluruh kepada semua affiliatenya, termasuk OKU. Sistem pemasaran digital yang fleksibel membolehkan Puan Zai menguruskan perniagaan dari rumah dengan bantuan teknologi.
Pengasas Perfume Paradise turut meluahkan rasa kagum terhadap semangat Puan Zai.
“Kak Zai adalah inspirasi kepada kami semua. Walaupun berhadapan cabaran, beliau sentiasa positif dan bersemangat. Kami bangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaannya,” ujar Afiqah.
“Kami memahami cabaran yang dihadapi individu OKU. Oleh itu, kami memastikan setiap pengedar, tanpa mengira latar belakang atau kekangan, dapat menjana pendapatan dengan cara yang paling praktikal dan sesuai untuk mereka.”
Selain itu, kisah kejayaan pengedar Perfume Paradise dari Melaka, Nur Ashiqin Amran juga tidak kurang menarik untuk diperkatakan apabila dia berjaya membina kejayaan dalam perniagaan wangian.
Sebagai seorang yang sentiasa bersemangat untuk mencuba perkara baharu, Nur Ashiqin memulakan langkahnya bersama Perfume Paradise dengan niat untuk menambah pendapatan keluarga. Hari ini, beliau bukan sahaja seorang saudagar wangian, tetapi juga inspirasi kepada ramai wanita yang ingin menceburi bidang.
“Sebenarnya saya sudah bersama Perfume Paradise sejak 2014 ketika menuntut di universiti. Ketika itu, TikTok masih belum wujud dan saya mendapat pelanggan melalui Instagram dan booth jualan. Selepas tamat belajar dan bekerja sebagai Jurutera, saya masih aktif berniaga sebagai pendapatan sampingan, sehinggalah saya ambil keputusan untuk serius dalam bidang perniagaan dan menjadi saudagar perfume”, ujar Nur Ashiqin.
Bijak memanfaatkan platform digital untuk mempromosikan produknya, Nur Ashiqin berjaya menarik perhatian lebih ramai pelanggan, termasuk dari luar Melaka. Kini, Nur Ashiqin bukan sahaja fokus pada menjual produk tetapi juga ingin membantu lebih ramai wanita memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh Perfume Paradise. Beliau percaya bahawa perniagaan ini adalah platform yang sesuai untuk mereka yang mencari pendapatan sampingan tanpa memerlukan modal yang besar.
“Perfume Paradise bukan sekadar produk wangian, tetapi peluang untuk sesiapa sahaja, terutama wanita, mencipta kejayaan mereka sendiri. Saya ingin terus berkongsi keindahan ini bersama lebih ramai di luar sana,” tambahnya.
Manakala Siti Aishah Mattalha merupakan pengedar Perfume Paradise Negeri Sembilan turut berkongsi pengalamannya sebagai pengedar Perfume Paradise. Siti Aishah menggambarkan bagaimana beliau menemui kejayaan melalui jenama wangian ini.
“Perfume Paradise menawarkan haruman berkualiti tinggi pada harga mampu milik, sesuatu yang mudah diterima oleh semua golongan. Saya tahu, ini adalah peluang terbaik untuk saya memulakan perniagaan tanpa modal yang besar,” ujar Siti Aishah.
Seperti mana-mana perniagaan, perjalanan Siti Aishah tidak lari daripada cabaran. Di awal penglibatannya, beliau perlu bekerja keras membina kepercayaan pelanggan.
“Cabaran utama saya adalah memperkenalkan produk kepada mereka yang belum pernah mencuba. Namun, testimoni positif daripada pelanggan menjadi senjata utama saya,” katanya.
Siti Aishah menyatakan bahawa produk Perfume Paradise mudah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana variasi wangian yang menepati citarasa pelanggan. Dengan lebih 75 jenis wangian di pasaran, beliau dapat menawarkan pelbagai pilihan sesuai untuk kegunaan harian atau acara istimewa.
“Pelanggan saya sering memuji ketahanan haruman Perfume Paradise. Ini membuatkan mereka kembali membeli dan menjadi pelanggan setia,” tambah Siti Aishah dengan bangga.
Bukan hanya fokus pada kejayaan peribadi, Siti Aishah juga bercita-cita membantu wanita lain, khususnya di Negeri Sembilan, untuk menjana pendapatan melalui Perfume Paradise. Baginya, perniagaan ini adalah peluang yang mudah diakses oleh semua, terutamanya suri rumah yang ingin menambah pendapatan tanpa menjejaskan tanggungjawab keluarga.
Segala yang besar bermula dengan langkah kecil, dan begitulah kisah kejayaan Perfume Paradise.
Kejayaan Bersama Perfume Paradise
Kejayaan ini tidak datang secara tiba-tiba. Fokus pada produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik, pemahaman mendalam tentang kehendak pasaran, serta usaha memperkasakan rangkaian pengedar menjadi tunjang utama pertumbuhan jenama ini.
Pencapaian Perfume Paradise menjadi inspirasi kepada usahawan baru, terutamanya wanita, untuk berani menceburi bidang perniagaan. Jenama ini membuktikan bahawa dengan bermula kecil, kejayaan besar tetap dapat diraih jika usaha dilakukan secara konsisten dan strategik.
Perfume Paradise bukan sekadar haruman, tetapi simbol perjalanan penuh inspirasi yang kini membuka peluang kepada ramai individu untuk menjana pendapatan lumayan.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.