Koperal Muhamad Akmal kongsi gambar bersama keluarga, posting terakhir sebelum terkorban kemalangan. Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus–Sungai Lampam, sempat berkongsi momen terakhir bersama keluarga tercinta hanya sehari sebelum tragedi meragut nyawanya.

Koperal Muhamad Akmal Kongsi Gambar Bersama Keluarga, Posting Terakhir Sebelum Terkorban Kemalangan

Menurut rakan baiknya, Mohd Shafik Zainorin, arwah memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak di Facebook, lengkap dengan latar lagu ‘Kembalilah’, seolah-olah memberi petanda pemergiannya yang tidak disangka.

@mohdshafikzainorinLast story fb arwah semalam upload gambar dia sekeluarga dengan lagu yg dia letak seakan arwah tahu yg arwah akan meninggalkan isteri dan anak² beliau di dunia ini 🥺. Tak sangka arwah salah seorang yg terkorban dlm kejadian kemalangan antara trak FRU dengan lori bawak batu pagi semalam. Berehatlah sahabatku Yoh. Semoga setiap titik peluh dan keringat mu menjadi asbab pahala serta kebaikan disi Allah. Amin 🤲🏻 Al-Fatihah♬ original sound – Shafik Zainorin

“Posting terakhir arwah semalam (kelmarin) sangat menyentuh hati – gambar dia bersama keluarga dengan lagu yang membuatkan saya rasa seperti dia tahu dia akan pergi meninggalkan mereka,” ujar Mohd Shafik menerusi sebuah video di TikTok.

Shafik turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui sahabatnya adalah antara mangsa yang maut dalam pertembungan antara trak FRU dan sebuah lori membawa batu.

Ads

Koperal Muhamad Akmal Kongsi Gambar Bersama Keluarga, Posting Terakhir Sebelum Terkorban Kemalangan

“Tak sangka Yoh (nama panggilan arwah) termasuk dalam senarai yang terkorban. Semoga segala kebaikan dan pengorbananmu menjadi bekalan pahala di akhirat,” katanya sebak.

Di ruangan komen media sosial, ramai warga maya turut menzahirkan kesedihan mereka apabila melihat gambar terakhir arwah bersama anak-anak kecil yang masih memerlukan kasih seorang ayah. Ramai juga yang menitipkan doa agar keluarga arwah tabah menghadapi kehilangan ini.

Ads

Jenazah Koperal Muhamad Akmal telah dikebumikan pagi ini dengan penuh penghormatan polis di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Mubarak, Kampung Teluk Pial, Kuala Kurau.

Sumber: TikTok @mohdshafikzainorin

Ads

Baca artikel lain juga: Nahas FRU, Anak Umur 12 Tahun Imamkan Solat Jenazah Bapa

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI