Kongsi Hal Jodoh, Farahdhiya Mahu Lelaki Memulakan Langkah Pertama. Masih ‘Terikat’ Cara Lama

Share

Kongsi hal jodoh, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian apabila mengakui dirinya masih selesa dengan cara lama iaitu biarlah lelaki yang memulakan langkah pertama dalam sebuah hubungan. Baginya, adab dan kemanisan perkenalan itu lebih indah apabila dimulakan dari pihak lelaki.

Farahdhiya juga tidak menolak bahawa zaman kini ramai wanita memilih untuk ‘mengiklankan’ diri di media sosial sebagai usaha mencari jodoh. Malah, katanya, langkah itu sebenarnya sesuatu yang baik.

Namun, jauh di sudut hatinya, ia tetap terasa sedikit janggal kerana bukan itu cara yang paling dekat dengan dirinya.

“Saya tidak mengikuti sesiapa dalam Threads tetapi menerima mesej daripada individu.

“Hari ini nampak ramai pula yang mencari jodoh untuk diri sendiri. Sebenarnya idea yang bagus walaupun macam pelik jugalah.

“Mungkin sebab saya adalah individu yang masih terikat cara lama. Saya mahu lelaki memulakan langkah pertama terhadap saya dahulu walaupun ramai kata zaman sekarang sudah lain,” tulisnya menerusi akaun Threads.

Selesa Cara Lama

Bukan itu saja malah dirinya juga selesa mengikut cara lama.

“Tetapi tidak mengapa, saya masih selesa dengan ikut cara lama.

“Bercakap tentang itu, saya rindu pula zaman bercinta dulu-dulu, lain betul dengan sekarang.

“Orang sekarang pelik. Perkara yang mereka bicara dan lakukan buat saya takut,” kongsinya.

 

Baca Disini : Farahdhiya Kongsi Pernah Dibuli Zaman Sekolah “Nama Diconteng Di Dinding Tandas, Makmal Serta Dapat Surat Ugutan”

Published by
Norhayati Suboh