Kongsi hal jodoh, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian apabila mengakui dirinya masih selesa dengan cara lama iaitu biarlah lelaki yang memulakan langkah pertama dalam sebuah hubungan. Baginya, adab dan kemanisan perkenalan itu lebih indah apabila dimulakan dari pihak lelaki.
Farahdhiya juga tidak menolak bahawa zaman kini ramai wanita memilih untuk ‘mengiklankan’ diri di media sosial sebagai usaha mencari jodoh. Malah, katanya, langkah itu sebenarnya sesuatu yang baik.
Namun, jauh di sudut hatinya, ia tetap terasa sedikit janggal kerana bukan itu cara yang paling dekat dengan dirinya.
“Saya tidak mengikuti sesiapa dalam Threads tetapi menerima mesej daripada individu.
“Hari ini nampak ramai pula yang mencari jodoh untuk diri sendiri. Sebenarnya idea yang bagus walaupun macam pelik jugalah.
Ads
“Mungkin sebab saya adalah individu yang masih terikat cara lama. Saya mahu lelaki memulakan langkah pertama terhadap saya dahulu walaupun ramai kata zaman sekarang sudah lain,” tulisnya menerusi akaun Threads.
Selesa Cara Lama
Bukan itu saja malah dirinya juga selesa mengikut cara lama.
Ads
“Tetapi tidak mengapa, saya masih selesa dengan ikut cara lama.
“Bercakap tentang itu, saya rindu pula zaman bercinta dulu-dulu, lain betul dengan sekarang.
Ads
“Orang sekarang pelik. Perkara yang mereka bicara dan lakukan buat saya takut,” kongsinya.
Penyanyi dan komposer tersohor, Datuk Norman Abdul Halim tidak mampu menyembunyikan rasa luluh di hati apabila berkongsi perkembangan terkini kesihatan bapanya, Abdul Halim Kamal, yang kini berdepan masalah hati dan telah dirawat di pusat perubatan sejak tiga minggu lalu.
Menurut Norman, 53, bapanya pernah berada dalam keadaan sangat kritikal, sebelum menunjukkan sedikit demi sedikit perkembangan positif. Namun perjalanan itu bukan mudah—lebih-lebih lagi ketika dirinya perlu berdiri di atas pentas besar menjayakan Konsert GenKRU The Finale.
“Ketika Edry menyebut tentang ayah kami semasa konsert, saya terus sebak. Pada awalnya, saya sendiri berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan konsert atau tidak,” luahnya, masih jelas menyimpan getaran emosi yang sukar dilupakan.
Sepanjang tempoh persiapan konsert, fokus Norman sering terpecah. Antara tanggungjawab sebagai anak dan komitmen terhadap peminat, hatinya sentiasa dibasahi doa.
“Ayah saya berada dalam keadaan kritikal sebelum ini. Dia dimasukkan ke wad tiga minggu lalu dan sepanjang tempoh persiapan, fikiran saya sangat terganggu. Saya berulang-alik ke hospital, melihat keadaan ayah setiap hari,” katanya ketika ditemui seusai konsert di Stadium Nasional Hoki, Bukit Jalil.
Alhamdulillah, ada sinar di hujung resah. Norman memaklumkan bahawa bapanya kini semakin stabil, namun kesihatan belum mengizinkan untuk hadir menyaksikan konsert seperti yang diimpikan keluarga.
“Dia sebenarnya sangat berharap untuk datang. Tetapi saya minta dia jangan risau. Insya-Allah, kalau ada rezeki, mungkin dia dapat hadir ke konsert kami yang lain pada masa depan,” ujarnya penuh harap.
Sepanjang konsert berlangsung, bukan hanya Norman, malah kedua adiknya, Datuk Yusry dan Edry turut tidak mampu menahan air mata saat bercerita tentang bapa mereka. Detik itu menjadi saksi betapa kuatnya kasih seorang anak, betapa dalamnya doa yang dipanjatkan agar insan tersayang kembali pulih seperti sediakala.
Seorang kanak-kanak trauma berusia tujuh tahun yang terselamat dalam insiden tragik di Taman Perak, Kulim, kelmarin, dilaporkan masih mengalami tekanan emosi selepas kejadian ngeri yang meragut nyawa ibu serta adik perempuannya itu.
Dalam kejadian sekitar jam 11.05 malam, mangsa dikatakan berjaya melepaskan diri apabila ikatan kain di tubuhnya terlerai. Malangnya, ibunya ditemui sudah meninggal dunia dalam keadaan tergantung di kipas siling, manakala adik perempuannya berusia empat tahun ditemukan tidak bernyawa di atas tilam di bilik berasingan dipercayai dibunuh oleh si ibu sebelum bertindak menamatkan hidup sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perpaduan Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad, memaklumkan bahawa pihak Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperoleh maklumat awal daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan Hospital Kulim mengenai waris kepada kanak-kanak trauma tersebut.
Menurut beliau, hasil siasatan awal berjaya mengesan bapa kandung mangsa, yang mengesahkan bahawa anaknya kini masih trauma dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Kulim.
Beliau berkata, bapa kandung berkenaan telah menyatakan kesediaan untuk mengambil tanggungjawab menjaga anak itu sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital.
“Berdasarkan laporan perubatan, kecederaan kanak-kanak itu adalah pada bahagian leher akibat kesan jerutan pada hari kejadian. Pelindung JKM akan melakukan lawatan dan siasatan di rumah bapa kandung untuk pemantauan selepas kanak-kanak trauma itu dibenarkan keluar dari hospital,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita bersama anak perempuannya berusia empat tahun ditemukan maut di dalam rumah mereka di Taman Perak. Polis mengklasifikasikan kejadian berkenaan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan cubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Kejadian menyayat hati ini mencetuskan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental serta sokongan terhadap keluarga yang berdepan tekanan hidup bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.
Baru-baru ini, bekas suami pelakon dan usahawan, Nora Danish, 43, iaitu Nedim Nazri Aziz memuat naik hantaran berbaur sindiran di platform Threads yang telah mengundang pelbagai spekulasi mengaitkan dirinya. Namun, empunya badan memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Jelas Nora, dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi Nedim memandangkan mereka sudah membawa haluan masing-masing, selain mahu terus menghormati privasi kedua-dua pihak.
“Sebenarnya saya tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini, ditambah pula saya sudah tidak lagi bersama dengannya.
“Saya hormati hak dan privasi dia. Lagipun, perkara itu tiada kena-mengena dengan saya,” katanya ditemui pada tayangan perdana dan sidang media drama Saling Tak Terlihat, terbitan UTV, di Dadi Cinema, Pavilion Bukit Bintang, di sini, hari ini.
Ujar Nora lagi, dia juga tidak tahu akan kewujudan status daripada Nedim atau Boss Ned di media sosial yang dikatakan ditujukan kepadanya.
“Saya tak juga tak baca sangat ciapan yang dibuat sebab saya sedang sibuk uruskan restoran saya.
“Saya tak ‘aware’ (perasan) dan tak rasa ciapan itu ditujukan kepada saya sebab saya mempunyai hubungan yang baik dengan dia.
Walaupun sudah berpisah, Nora menjelaskan hubungannya dengan Nedim kekal harmoni demi anak mereka.
“Saya mengharapkan hubungan yang baik-baik dengan semua pihak.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya menitikberatkan hubungan yang sihat demi membesarkan anak kami dalam suasana yang positif,” ujarnya.
Terdahulu, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned, mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa hantaran berbaur sindiran terhadap seseorang di platform Threads.
Dalam hantaran tersebut, Nedim dilihat seolah-olah menegur seorang wanita yang disifatkan berpura-pura baik di sebalik imej berhijab, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Dalam perkembangan lain, Nora kembali menghiasi skrin menerusi drama Saling Tak Terlihat, yang bakal menemui penonton mulai 6 November ini di platform penstriman UTV.
Naskhah arahan Izuan Mokhtar itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Remy Ishak, Fattah Amin, Alicia Amin, Raja Azmi, Datin Seri Umie Aida dan Aleza Shadan.
Mengangkat tema cinta, kehilangan serta semangat untuk bangkit semula, Saling Tak Terlihat menawarkan kisah yang menyentuh hati dengan sentuhan sinematik menawan berlatar belakangkan keindahan Auckland, New Zealand.
Lebih menarik, watak utama wanita dalam telefilem ini digambarkan sebagai seorang gadis buta, menjadikan tema ‘deria dan rasa’ lebih kuat dan simbolik dalam penceritaan.
“Saya percaya Orang Kurang Upaya (OKU) memiliki kelebihan tersendiri. Dalam kisah ini, watak buta mempunyai deria rasa yang sangat tajam. Dari situ datangnya hubungan emosi yang unik antara dua karakter utama,” tambah pengarah Izuan Mokhtar.
Telefilem ini akan disiarkan pada 6 November 2025, jam 9 malam, eksklusif di platform UTV. Dalam pada itu, Jadikan Aku Nadi Hidupmu menjadi runut bunyi bagi telefilem ini. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai itu dipersembahkan oleh Lah Ahmad yang cukup dikenali dengan kekuatan vokal dan emosi dalam menyampaikan lagu.
Rendam muka dalam air sejuk, bukan hanya kurangkan mata sembap tapi reset emosi. Masih ramai yang pandang remeh dengan tip ini tetapi sebenarnya merendam muka dalam air sejuk waktu pagi banyak manfaat.