Biasanya selepas bersalin, masih ada sesetengah mak-mak terus kongsi gambar anak yang baru lahir di media sosial. Malah siap buat video dari dalam labor room pun ada!
Ya, sebenarnya ada yang upload gambar anak itu bukan niat nak menunjuk dapat bayi comel tetapi sebab nak kongsi kegembiraan dengan orang luar saja.
Pendek kata sudah jadi trend, apa saja perkembangan terbaru semuanya nak tepek di media sosial. Malah rasa seronok baca komen-komen bahagia dari orang luar, namun apakah hukum di sebalik perkongsian gambar anak baru lahir itu?
Jawapan untuk isu ini ada dalam info perkongsian daripada Puan AzZahra Asmara, jemput baca…
Penyakit Al-Ain Dikaitkan Dengan Kongsi Gambar Bayi Baru Lahir
Hah, pernah dengar penyakit Al-Ain? No, bukan disebabkan oleh insan bernama Ain, ‘ain ni adalah pandangan mata.
Pandangan mata yang bahaya ni datangnya dengan sebab kedengkian orang yang memandang atau kerana kekaguman mereka terhadap apa yang dipandang.
“Setiap yang memiliki kenikmatan, pasti ada yang dengki”. (Sahihul Jami’ 223).
Bahaya Ain
Ibnu Qayyim Rahimahullah di dalam kitab Tafsir Surah Al-Muawwizatain telah berkata,
“Bahaya dari pandangan mata dapat terjadi ketika seseorang yang berhadapan langsung dengan sasarannya.
Sasaran tukang pandang kadang-kadang boleh mengenai sesuatu yang tidak patut didengki, seperti benda, haiwan, tanaman dan harta.
Dan kadang-kadang pandangan matanya dapat mengenai sasaran hanya dengan pandangan tajam dan pandangan kekaguman.”
Pengaruh dari bahaya pandangan mata pun hampir mengenai Rasulullah SAW sebagaimana firmannya:
“Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu hampir-hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al-Quran dan mereka mengatakan, “sesungguhnya dia (muhammad) benar-benar gila” (Surah al-Qalam ayat 51)
Terdapat juga hadis dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda
“Pengaruh ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ainlah yang dapat melakukannya” (HR Muslim)
Pernah terjadi kepada Sahl bin Hunaif yang telah terkena ain bukan disebabkan hasad dengki, tetapi kerana rasa takjub. Sebagaimana yang diceritakan di dalam hadis:
Ads
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif menyebutkan bahwa Amir bin Rabi’ah pernah melihat Sahl bin Hunaif mandi lalu berkatalah Amir,
“Demi Allah, Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini.” Berkata Abu Umamah,
“Maka terpelantinglah Sahl.” Kemudian Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi Amir.
Dengan marah beliau berkata, “Atas dasar apa kalian mau membunuh saudaranya? Mengapa engkau tidak memohonkan keberkahan (kepada yang kau lihat)? Mandilah untuknya!”
Maksudnya Nabi menyuruh Amir berwudhu kemudian diambil bekas air wudhunya untuk disiramkan kepada Sahl dan ini adalah salah satu cara pengubatan orang yang terkena ‘ain bila diketahui pelaku ‘ain tersebut.
Maka Amir mandi dengan menggunakan satu wadah air. Dia mencuci wajah, kedua tangan, kedua siku, kedua lutut, ujung-ujung kakinya dan bagian dalam sarungnya.
Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia sadar dan berlalulah bersama manusia.” (HR. Malik dalam al Muwaththa 2/938, Ibnu Majah 3509)
Kata mandi yang dimaksudkan di dalam hadis di atas ialah adalah berwudhu sebagaimana disebutkan oleh Imam Malik di dalam kitab Al-Muwatto.
Tanda-Tanda Terkena Ain
Antara tanda bagi anak yang terkena ‘ain :
1. Menangis tanpa sebab. Maksudnya tanpa sebab yang jelas seperti lapar, sakit dan sebagainya
2. Kejang-kejang tanpa sebab yang jelas
Ads
3. Tak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas
4. Terlalu kurus dan juga tanda-tanda lain yang tidak diketahui sebabnya.
Sebagaimana di dalam hadis dari Amrah dari Aishah radiallahu anha,
“Pada suatu ketika Nabi SAW masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil menangis, lalu Baginda berkata:
“Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang boleh mengubati dia dari penyakit ain?” (Hadis riwayat Ahmad, Baqi Musnadil Anshar. 33304)
Begitu pula hadis Jabir radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Asma’ binti Umais,
“Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?”
Asma menjawab, “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘ain”. Beliau berkata,
“Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!” (HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
Berlindung Dari Bahaya Ain
Rasulullah saw telah menjelaskan tentang perkara ini dan cara-cara untuk mencegah:
1. Bagi pihak yang Memungkinkan Memberi Pengaruh ‘Ain (mereka yang memandang):
Berdasarkan hadis Abu Umamah di atas maka hendaknya seseorang yang mengagumi sesuatu dari saudaranya maka yang baik adalah mendoakan keberkahan baginya.
Sandarkan kekaguman itu pada Allah.
Dan berdasarkan surat Al Kahfi ayat 39, maka ketika takjub akan sesuatu kita juga dapat mengucapkan doa:
Ads
مَا شَآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إلاَّ بِا للهِ
Artinya:
“Sungguh atas kehendak Allah-lah semua ini terwujud.”
2. Bagi yang mungkin terkena ‘Ain (pihak yang dipandang)
Sesungguhnya ‘ain terjadi kerana ada pandangan. Oleh itu ibu bapa jangan berlebihan dalam membanggakan anak kerana dapat menimbulkan dengki ataupun kekaguman pada yang mendengar dan kemudian memandang kepada si anak.
Doa perlindungan bagi si anak sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah saw :
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan setan, binatang beracung dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.” (HR. Bukhari dalam kitab Ahaditsul Anbiya’: 3120)
“Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga Allah menyembuhkanmu.”
Walaupun penyakit ‘ain memang ada tapi jangan pula kita sandarkan segala sesuatu disebabkan ‘ain, kerana tiada yang dapat memumdaratkan jika tanpa izin Allah.
Dan jangan pula kita nafikan wujud nya perkara ini sebab ia bererti kita tak percaya akan hadith yang disebut Oleh Rasulullah saw.
Bersederhanalah dan mohon perlindungan dari Allah.
Wallahualam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahuakbar! Seorang bapa keluar membeli barang, kemudian tinggalkan anak tanpa pengawasan.” Kanak-kanak ini ditemui meninggal apabila jatuh kondominium dari tingkat 29.
Beratnya ujian. Sudah tentu sang bapa menyesal tak sudah apabila anak yang ditinggalkan apabila ditemui sudah tidak bernyawa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Bapa Keluar, Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, polis menerima maklumat kejadian pada 2.41 petang.
“Sepasukan polis dari Balai Polis Jinjang ke lokasi dan berdasarkan siasatan awal, mangsa ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan di rumah dalam keadaan berkunci.
“Bapa mangsa dikatakan keluar membeli barang dan apabila pulang ke rumah, dia mendapati anaknya sudah tiada sebelum meminta bantuan pihak pengurusan untuk mencari mangsa.
“Mangsa ditemui salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beh berkata, pihak pengurusan menghubungi ambulans dari Hospital Selayang dan mangsa disahkan meninggal dunia.
Tingkap Tiada Jeriji
Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tingkap bilik mangsa terbuka dan satu kerusi berada di tepi tingkap yang tidak mempunyai jeriji itu.
“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.
“Siasatan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga tragedi ini menjadi iktibar buat kita semua. Tidak dinafikan malang tak berbau, namun selagi boleh elak janganlah dibiarkan kejadian seumpama ini berulang lagi.
Sebenarnya nak mulakan menyimpan duit anak itu, seseorang ibu cuma perlukan satu istilah iaitu istiqomah. Yang mana, jika ibu culas maka tak berhasillah impian ibu nak lihat tabungan anak penuh menggunung ketika anak menginjak remaja. Dan inilah yang dikongsikan oleh Dr Nur Izah tentang panduan istiqomah menyimpan duit anak dalam Tabung Haji.
Beliau memberikan 7 langkah mudah yang perlu diambil oleh mak ayah untuk memastikan anak ada simpanan lebih RM10, 000 dalam Tabung Haji ketika usianya 17 tahun dan ke atas. Tak mustahil ada mak ayah akan merasakan cara ini kelakar malah mengambil masa yang terlalu lama.
Tapi, ianya lebih kelakar jika mak ayah cuma memikirkan ianya kelakar dan tidak bermula malah bertindak membuat simpanan. Seringgit sehari tidaklah membebankan. Mak ayah boleh sebenarnya pejam mata sambil menyimpan.
Ini Cara Simpan Duit Anak Di Tabung Haji Bermula RM1 Sehari
1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan. Apa itu direct debit? Direct Debit ini adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun anda untuk amaun yang tertentu.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10K:
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.
Share jika bermanfaat.
Kredit :- Dr Nur Izah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Situasi anak murid kena marah dengan ustazah atau cikgu di sekolah biasa tetapi yang jadi luar biasa bila puncanya cuma sebab minum air masak waktu sedang belajar!
Seorang ibu mengadu kepada saya, satu kisah yang membuatkan saya rasa geram, sedih dan keliru. Begini ceritanya.
Ibu ini dikurniakan 5 orang cahaya mata. Seorang lelaki 4 orang perempuan. Paling nakal yang lelaki inilah. Satu budaya yang sangat bagus diamalkan oleh Puan ini adalah, jika anak lelakinya buat hal, beliau tak akan marah-marah di depan adik beradik yang lain.
Dibawanya anak ini ke dalam bilik dan dinasihati baik-baik. Beliau tak mahu anak lelakinya ini rasa malu dan diejek oleh adik perempuannya yang lain.
Kena Marah Dengan Ustazah
Sehinggalah suatu hari, salah seorang anak perempuannya berkongsi, abangnya kena marah dengan ustazah dalam kelas. Ustazah itu maki hamun anaknya di depan rakan yang lain.
Lalu, si ibu ini bertanya kepada anak lelakinya, apa punca sampai Ustazah marah sebegitu. Lalu, anaknya maklumkan beliau minum air masak masa ustazah tengah mengajar.
Oleh sebab si ibu tak mahu mendengar cerita dari satu pihak sahaja, maka beliau sendiri cuba menyiasat dengan menanyakan hal ini kepada rakan sekelas anak lelakinya.
Maka benarlah, rakan-rakan anaknya menyebut, ustazah marah sebab anak beliau minum air masak ustazah tengah mengajar. Innallillah..
Namun, Puan ini masih mahu mencari jalan penyesaian. Tak apalah kalau tak boleh minum dalam kelas. At least akan datang beliau boleh ingatkan anaknya selalu.
Maka, si ibu menghubungi Guru Besar bagi meminta izin untuk bersua muka dengan ustazah berkenaan. Bukan nak cari gaduh, tetapi hanya mahu meminta maaf atas perbuatan anaknya itu.
Guru Besar izinkan. Maka terjadilah pertemuan antara keduanya. Oleh sebab pertemuan ini bukan nak cari gaduh, maka si ibu belilah satu dua ole-ole untuk diberi pada ustazah.
Beliau hadir bersama suami. Awal-awal lagi beliau sudah pesan pada suaminya, abang diam sahaja ya. Biar saya yang handle. Beliau masak benar akan perangai suaminya. Maklumlah, pesara tentera. Nanti tak pasal-pasal pertemuan yang harmoni jadi marah-marah.
Ustazah berkenaan menyambut pasangan suami isteri ini dengan senyuman. Maka, berlangsunglah diskusi antara mereka.
Si ibu bertanya betul ke baru-baru ini ustazah ada marah anak saya dalam kelas? Ustazah jawab ya. Dia bilang anak Puan nakal sangat dalam kelas.
Si ibu mendesak lagi. Sebab anak saya nakal atau ada sebab yang lain? Setelah diasak dengan soalan, barulah ustazah menjawab ya!
Beliau beri alasan ketika kejadian tu berlaku beliau tak sihat. Pening kepala nak handle pelajar dalam kelas. Entah macam mana terus sahaja marah anak puan ini yang minum air dalam kelas.
Jadi, si ibu pun kata tak apa ustazah. Jika anak saya buat hal lagi, saya beri izin untuk rotan beliau. Cuma, beliau minta sangat-sangat agar ustazah ini tak marah-marah anaknya di depan orang ramai lagi.
Tapi Begini Pula Jadinya…
Berakhir pertemuan ini. Ustazah pun tak marah-marah dah. Namun yang jadi masalah bila ustazah mula memulaukan anak lelaki puan ini. Buat-buat tak nampak sahaja dalam kelas.
Bukan itu sahaja, anak-anak perempuan si ibu yang bersekolah di situ juga dipulaukan oleh ustazah ini. Allah.
Tak terhenti setakat itu sahaja, jawatan pengawas yang disandang oleh anak lelaki si ibu ini juga dilucutkan. Maklumlah, beliau yang handle bahagian lantikan pengawas.
Tuan Puan, ini kisah benar yang berlaku pada seorang ibu, tahun lepas. Beliau kongsikan kepada saya agar memberi pandangan, apa yang boleh dilakukan oleh beliau selepas ini.
Nasihat saya kepada guru-guru di luar sana, tak kisahlah kalian guru mengajar subjek apa sekalipun, mohon sangat untuk pandang anak murid kalian dengan pandangan kasih sayang.
Saya tak tahu pula minum air masak dalam kelas satu kesalahan. Tengok anak Cina bawa bekal air masak ok je. Sana sini mereka minum.
Walau minum air dalam kelas satu kesalahan sekalipun, kendalikanlah ia dengan baik dan berhemah. Ustazah itu harus tahu apa sahaja memori ketika kecil yang berlaku, ia akan trigger sampai ke besar. Sampai tahap anak ini boleh trauma.
Ya, saya faham, ustazah letih, tak sihat. Tetapi itu bukan tiket untuk kita lampiaskan kemarahan pada anak murid. Apatah lagi disaksikan oleh rakan-rakannya yang lain.
Cara si ibu tadi dah betul. Tak buat report pun. Beliau guna saluran yang betul dan menyiasat. Bila dah bertemu, ustazah pulaukan dia dan adik beradiknya yang lain pula. Tak kena cara tu.
Kita yang dewasa ni nampak hebat sebab Allah tutup aib kita. Sedangkan di sisi Tuhan anak-anak kecil ini lebih mulia. Mereka masih terhindar dari noda dan dosa. Anak-anak syurga. Belajar agama bukan semata-mata untuk mengajar orang lain, tetapi ianya harus dipraktikkan dengan perbuatan kita.
Salute kepada semua guru-guru yang mampu kendalikan emosi ketika berhadapan dengan pelbagai ragam anak murid di sekolah.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi, Ini kisah seorang ustazah. Ramai lagi ustazah yang baik ya ampun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...