Kolaborasi Nu Ideaktiv & Enrichment Media Lab kuasai segmen pengiklanan media Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS). Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd (EML) telah diadakan sebentar tadi.

Nu Ideaktiv yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahid dan Pengarah Urusan Enrichment Media Lab telah menyempurnakan acara menandatangani memorandum, sekaligus memeterai kerjasama dan perlantikan Enrichment Media Lab sebagai rakan pakar media mensasarkan segmen PKS.

Kolaborasi Nu Ideaktiv & Enrichment Media Lab 

Menerusi kerjasama ini, EML akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan.

Nu Ideaktiv yang memiliki lebih 17 jenama dan peneraju dalam industri media berbahasa Melayu mengandungi kandungan, platform dan pelaksanaan sejajar dengan kerjasama yang dibuat.

Syamil Fahim juga memberitahu MOU ini adalah permulaan untuk kerjasama bagi membantu dan meningkatkan lagi industri PKS negara ini menerusi media sebagai pemacu utama.

“Nu Ideaktiv ialah syarikat media kandungan digital dan komited dalam menyebarkan kuasa ilmu dengan menghasilkan kandungan yang hebat, memberi inspirasi dan menyentuh secara langsung tidak seperti yang lain.

“Kami memahami keperluan masyarakat Malaysia dan Nusantara, yang kami berasal daripada akar yang sama, Nu Ideaktiv menawarkan 360 platform untuk menandakan kehadiran kami dalam industri media ini. Kandungan kami boleh dinikmati melalui media sosial, acara fizikal, TV, Radio,

Aplikasi Mudah Alih, Cetakan dan Web

“Nu Ideaktiv memilik tujuh belas (17) Harta Intelek di bawah satu bumbung, seperti Nona, Remaja, Pa&Ma, Hijabista, Bintang Kecil, Maskulin,  Media Hiburan, Pesona Pengantin, Mingguan Wanita, Kashoorga, Libur, Vanilla Kismis, Rapi, Keluarga, Impiana, Umpan Dan Rasa.

“Dengan sumber data dan pengetahuan yang kukuh, kami mampu menyediakan kandungan berkualiti dan mendidik komuniti yang merangkumi semua lapisan masyarakat, dengan maklumat yang lebih meluas.

IKLAN

“Sebagai salah satu syarikat Solusi Media yang mengfokuskan dalam kandungan Melayu, kami menyasarkan untuk menjadi peneraju dalam kandungan Melayu Nusantara yang relevan, memberi impak dan bermanfaat kepada khalayak sasaran dan komuniti kami.

“Visi dan misi kami adalah untuk meletakkan Nu ideaktiv sebagai pembekal kandungan nusantara Melayu utama dan untuk menjadi peneraju hab kandungan dan media digital terkemuka di Malaysia

“Enrichment Media Lab merupakan agensi media dan penasihat jenama yang pakar dalam idea, konsep dan kajian perniagaan relevan. Berpengalaman dalam pelaksanaan projek skala besar dan sederhana, banyak kerjasama yang telah dijalinkan dengan jenama terkenal dalam perniagaan SME.

“Melihat kepada kepakaran yang dipunyai oleh EML dalam segmen industri pengiklanan SME dan pengetahuan mereka bagaimana SME merangka strategi dalam pemasaran dan pengiklanan, adalah menjadi satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv untuk berkolaborasi dan berkerjasama dengan EML untuk menguasai segmen pengiklanan media PKS.

“Enrichment Media Lab Sdn bhd dilantik dan bertindak sebagai rakan pakar media bagi syarikat Nu Ideaktiv Sdn Bhd yang akan akan menyediakan perkhidmatan penglibatan media dan perundingan untuk menyediakan projek dan pakej pemasaran dan pengiklanan Eksklusif yang akan mengfokus kepada segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS) dalam kategori industri seperti, Kesihatan dan kesejahteraan, Kecantikan,  Makanan dan Minuman, Pakaia, Perabot, Pendidikan dan Bimbingan dan tunjuk ajar.

“NI dan EML tanpa adanya persefahaman rasmi pun telah berkerjasama untuk menerbitkan 2 rancangan TV bersandarkan kepada 2 klien EML iaitu Noir untuk rancangan TV Pa&Ma : Diari Madammu dan rancangan IMPIANA Makeover Ruang Selebriti yang dihiaskan dengan ELLA Furniture. Sepanjang bulan Ramadan tahun hadapan, kami sedang merangkakan satu program besar untuk meraikan bulan Ramadan dan Syawal, dan akan diumumkan dalam masa terdekat nanti.

“InsyaAllah, diharapkan dengan Kerjasama ini, lebih banyak inisiatif eksklusif yang bakal diperkenalkan kepada segmen SME nanti” jelas Syamil Fahim menerusi ucapannya.

Manakala Ashraf pula menerangkan EML sebagai agensi pakar media melihat Nu Ideaktiv sebagai syarikat yang boleh berpotensi untuk membantu membangunkan industri PKS.

IKLAN

“Nu Ideaktiv memiliki pelbagai jenama media No. 1 di Malaysia yang boleh membantu PKS berkembang maju dan menembus audiens sasar bagi pertumbuhan perniagaan dan sasaran keuntungan syarikat.

“Kerjasama ini tidak terhad kepada satu medium sahaja. Berdasarkan hala tuju sesebuah perniagaan, kita boleh melaksanakan pelbagai projek yang signifikan, mencapai sasaran dan mentransformasikan perniagaan,” ungkap Ashraf.

Kolaborasi Nu Ideaktiv & Enrichment Media Lab Kuasai Segmen Pengiklanan Media Perusahaan Kecil Sederhana Melayu

Kolaborasi Nu Ideaktiv & Enrichment Media Lab Kuasai Segmen Pengiklanan Media Perusahaan Kecil Sederhana Melayu

 

IKLAN

Kolaborasi Nu Ideaktiv & Enrichment Media Lab Kuasai Segmen Pengiklanan Media Perusahaan Kecil Sederhana Melayu

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber Foto : NU IDEAKTIV SDN BHD 

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI