“Kita Jangan Stop Bersuara! Doakan Semoga Sahabat Terlibat Misi GSF Pulang Ke Tanah Air” itulah yang disuarakan oleh pelakon dan pelawak Zulin Aziz.

Malah Zulin Aziz juga mohon semua rakyat Malaysia berdoa agar semua sukarelawan yang ditangkap dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

“Kita Jangan Stop Bersuara! Doakan Semoga Sahabat Terlibat Misi GSF Pulang Ke Tanah Air Dengan Selamat & Dipermudahkan Urusan” Zulin Aziz

“Kita Jangan Stop Bersuara!”

“Kekasih Awal dan Akhir, Allah Yang Satu

“Apabila mereka tidak lagi mengejar dunia.  Mereka mengejar cinta Allah ,berjihad di jalan Allah.

“Terima kasih Dato @alhaalfa  atas usaha menganjurkan pogram ini. Bagi membantu misi Sumud Flotilla. Terima kasih juga pada anda yang sudi memberi sumbangan Dan join Live tadi.

“Kita jangan stop bersuara tentang isu ini. Sama-sama kita mendoakan semoga sahabat-sahabat kita pulang ke tanah air dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan.

“Allah sebaik-baik pelindung,” coret Zulin.

Hujung Jari Boleh Bantu, Tak Pakai Kudrat Pun

Sebelum itu Zulin juga memberikan pendapatnya apabila ada sesetengah individu yang cuba mengecam tindakan segelintir selebriti yang jarang memuat naik hantaran berkaitan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza.

“Walaupun tak post,hari-hari mendoakan. Alhamdulillah . Bagus tu.

Ads

“Cuma….Hari-hari kita solat mintak dimurahkan rezeki, tapi kenapa kita kerja?

“Sebab kena usaha kan. Macam tu juga sekarang ni. Semua doa. Usaha kita bantu apa yg mampu. Tak mampu duit, Hujung jari boleh bantu. Tak pakai kudrat pun.

“Jom kawan-kawan tak payah gaduh-gaduh cari salah sesiapa. Jom repost banyak-banyak,” luah Zulin.

Untuk rekod, 23 aktivis Malaysia ditahan oleh tentera rejim zionis ketika terlibat dalam misi kemanusiaan menuju ke Gaza untuk menghantar barang-barang bantuan. Kementerian Luar Negeri mengesahkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat, sihat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

“Kita Jangan Stop Bersuara! Doakan Semoga Sahabat Terlibat Misi GSF Pulang Ke Tanah Air Dengan Selamat & Dipermudahkan Urusan” Zulin Aziz

Ads

 

 Baca Disini : Heliza Helmi & Adik, Nur Hazwani Antara Aktivis Global Sumud Flotilla Ditahan Tentera Israel Di Satu Tempat

Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

Ads

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.

Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI