Khusyuk dalam solat itu rezeki. Bila khusyuk hati jadi tenang dan fokus. Selain memahami bacaan dalam solat, anda juga boleh praktiskan 13 cara yang Dr Rizal Abu Bakar, Brain Expert kongsikan ini. Sebelum itu ketahui dahulu bagaimana khusyuk ini boleh mempengaruhi otak.
Bagaimana Khusyuk Pengaruhi Otak
Solat itu tuntutan. Suruhan dari tuhan. Hadiah untuk insan.
Solat bukan sekadar rutin. Bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk. Ia aktiviti libatkan otak.
Lebih menarik ada beza antara solat khusyuk dan tidak. Keduanya terpamer pada otak manusia.
Apabila seorang insan bersolat tanpa khusyuk, otak bahagian prefrontal cortex (PFC) masih terus aktif. Semua aktiviti dunia berlari di minda seperti tayangan movie.
Tiada tenang. Tiada damai. Tiada perkataan baginda “Arihna Ya Bilal” (rehatkan kami Wahai Bilal) bertakhta di sanubari.
Manusia kekal kalut. Kekal bergelut. Gambar imbasan otak sebelah kiri cerita segalanya. Warna kuning tanda otak masih aktif.
Tiada khusyuk.
Apabila hadir solat dengan hati. Merunduk menatap bumi, bahagian PFC senyap sunyi. Bukti tuhan diingati dan dikasihi.
Menarik lagi, bahagian lain pula menjadi aktif. Basal Ganglia, pusat reward atau habuan menjadi aktif. Tanda lega dan tenang bersarang di hati.
Anterior Cingulate Gyrus juga tidak terkecuali. Kesedaran emosi dan sosial berpusat di sini. Kurangkan rasa marah dan anxiety.
Ads
Rasa ragu hilang. Rasa sangsi tiada lagi beraksi.
Kajian ini dimuat dalam Journal of Physiology tahun 2015. Kajian ke atas orang yang solat. Solat sebagai rutin berbanding dengan memaknai makna ketuhanan.
Kajian ini berikan makna beza. Antara khusyuk dan solat biasa. Solat dengan khusyuk beri kesan luarbiasa pada otak.
Wujud tenang, damai, kuatkan rasa bertuhan.
Saya tertanya-tanya bagaimana dengan solat saya? Solat tuan/puan pula bagaimana?
Solat Dengan Khusyuk
Apabila kita solat dengan khusyuk, aktiviti OTAK bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif. Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terkenang kunci yang hilang atau apa yang perlu dibuat selepas ini.
Apabila OTAK masih sibuk fikir hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif. Soalnya bagaimana mahu kurang aktiviti parietal lobe supaya solat lebih kusyuk?
13 Cara Tenteramkan Parietal Lobe
Untuk tenteramkan bahagian ini perlu PRAKTIS. Setiap hari. Sama seperti orang berlatih sukan.
Tanpa latihan tiada pencapaian.
Ads
Caranya MUDAH. Perlu PRAKTIS dahulu.
1. Cari tempat yang tiada gangguan. Boleh jadi bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.
2. Duduk dalam keadaan selesa. Cara duduk terpulang. Asal SELESA. Pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap SELESA.
3. Bernafas melalui hidung. Rasakan udara yang masuk. Sejuk @ panas. Hembus nafas melalui mulut. Rasakan udara yang keluar.
4. Teruskan bernafas. Fokuskan pada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.
5. Teruskan bernafas. Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.
6. Mungkin fikiran akan melayang. Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan diperut.
7. Selepas dua minit, boleh mulakan zikir. Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya Allah. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.
Ads
8. PRAKTIS 5 minit dahulu. Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tenteramkan PARIETAL LOBE.
9. Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktiviti ini. Bernafas dan berzikir.
10. Perlu rancang waktu mahu solat. Beri lebih masa. Perlu ruang bertenang.
11. Selepas zikir dan sebelum mulakan solat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.
12. Semasa solat nafas perlu dijaga. Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.
13. Fokus pada sebutan bacaan. Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.
Perlu PRAKTIS. Tenang tidak bertandang tanpa diundang.
Khusyuk itu rezeki. Salah satu tanda betapa dekatnya kita dengan kiamat ialah Allah tarik nikmat khusyuk ini. Dan kiamat kecil ialah kematian kita.
Apabila tiada juga khusyuk mungkin itu tanda kiamat kecil makin menghampiri kita.
Saya doakan ada manfaat dari kaedah ini apabila kita beramal. Saya doakan khusyuk itu bertandang apabila aktiviti di parietal lobe berkurang.
Perasan tak bila mak ayah marah, anak-anak makin buat perangai. Lepas satu hal, dia cari hal lain lagi, semata-mata nak mak ayah naik darah.
Jana terakhir yang mak ayah kenakan adalah dengan merotan atau denda. Paling tidak pun dapatlah satu das dua rotan kat badan.
Itulah anak-anak, ada saja yang tak kena dan buat perangai dengan mak ayah. Kadang-kadang mulalah mak ayah fikir yang bukan-bukan dan anggap anak mempunyai perangai buruk.
Sedar tak mak ayah, anak buat perangai sebenarnya dia nak perhatian daripada mak ayah. Mungkin sebelum ini, mak ayah sibuk dengan kerja atau mungkin dengan ‘hp’ di tangan sampai lupa tentang anak-anak yang perlukan kasih sayang.
Jadi, mak ayah jangan bersangka buruk bila anak buat perangai. Fahami betul-betul apa yang dikatakan oleh Mohd Fhais Salim ini, ada benarnya.
Kadang-kadang pelik, makin tak suka makin anak buat
Bila mak ayah tak suka dia merengek, makin dia merengek
Tak suka dia degil, makin dia degil
Jika tak suka dia melawan, makin dia melawan
Tak suka dia lasak, makin dia lasak
Rupanya inilah efek daripada kita kerap bersangka buruk pada anak.
“Law Of Attraction”
Apa sahaja yang bermain di fikiran kita, itulah yang akan di jelmakan depan mata kita.
Ibarat macam mata lalat dan mata lebah.
Mata Lalat – Walau terbang di kawasan cantik mana pun tetap yang di carinya ialah najis.
Lebah – Walau terbang di kawasan kotor mana pun tetap yang di carinya ialah madu.
Kesimpulannya, bukan anak yang suka buat perkara kita tak suka tapi minda kita yang selalu suka fikir buruk tentang anak.
Makin kerap kita fikir buruk tentang anak, makin keraplah kita nampak keburukan dia.
Mak Ayah Kena Ubah
Mari ubah cara kita berfikir, sangka yang baik-baik.
Anak bukan merengek tapi dia merintih nak perhatian kita
Sebenarnya, anak bukan degil tapi dia ada strong will yang kuat
Anak bukan kuat melawan tapi dia ada pendirian kuat
Malah anak bukan lasak suka-suka tapi itu dah memang gaya dia belajar
Bila kita banyak fikir yang baik-baik, percayalah anak pasti jadi baik dengan sendirinya.
Tukar cara berfikir automatik tertukar cara kita bersangka pada anak.
Mingguan Wanita : Anak-anak ini, kalau kita berlembut dia boleh saja dengar. Tapi kalau mak ayah layan kasar akan jadi sebaliknya. Apa-apa pun, anak tetap datang pada mak ayah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin merupakan impian bagi setiap pasangan suami isteri bagi melengkapkan lagi kebahagiaan rumahtangga. Namun demikian, ada pasangan yang cepat dikurniakan anak dan ada juga sebaliknya, meskipun telah berusaha dengan pelbagai cara. Segalanya merupakan ketentuan rezeki daripada tuhan. Paling penting tidak pernah berputus asa.
Pernah dituduh mandul oleh orang sekeliling, namun siapa sangka pada usia 41 tahun wanita ini disahkan hamil dan dikurniakan cahaya mata hanya selepas 23 tahun berkahwin.
Pernah Dituduh Mandul
Setelah sekian lama berdepan tohmahan orang sekeliling dan dituduh mandul, kini seorang peniaga makanan, Norehan Sulaiman, 42, bersyukur apabila dikurniakan zuriat pertama selepas 23 tahun mendirikan rumah tangga.
“Saya dan suami tidak mandul kerana lepas dua tahun kahwin, kami berjumpa pakar dan pemeriksaan lanjut menunjukkan kami tidak mempunyai sebarang masalah pada sistem pembiakan.
“Namun pada masa itu kami belum ada rezeki nak timang anak sendiri. Macam-macam orang cakap tuduh kami mandul.
“Tak sangka umur dah 41 tahun baru hamil dan sekarang umur anak baharu masuk empat bulan selepas saya bersalin 8 April lalu secara pembedahan,” katanya.
Buat Ujian Kehamilan
Tambah Norehan, pada mulanya dia hanya mengalami simptom seperti lesu, kurang selera makan dan kitaran haid tidak teratur.
Rentetan daripada itu, dia tergerak hati untuk membuat pemeriksaan air kencing menggunakan kit ujian kehamilan dan akhirnya keputusan menunjukkan ‘dua garis’.
Norehan dan suami pergi ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut sebelum disahkan hamil dengan usia kandungan enam minggu empat hari.
“Dahulu saya tidak mampu untuk memahami cerita yang dikongsi rakan berkaitan kehamilan, tetapi kini saya dapat merasai pengalaman ‘mabuk’, lesu dan tidak ada selera makan,” katanya.
Ujar Norehan, sebelum ini ketika perkahwinan mereka menganjak 10 tahun ini, dia dan suami mengambil dua anak angkat lelaki serta perempuan sebagai penyeri hidup yang kini berusia 13 dan 14 tahun.
“Saya dan suami sangat gembira kerana kedua-dua anak angkat sangat akrab dengan adik mereka, Aisy Mateen Mikhael Sohimy,” katanya.
Mingguan Wanita: Tumpang gembira dengan kebahagiaan pasangan ini yang dikurniakan anak sendiri selepas 23 tahun berumahtangga. Semuanya hasil kesabaran, kesetiaan dan tidak pernah berputus asa dengan takdirnya.
“Pergi bazar macam nak beli semua, maklumlah perut kosong.” Boleh membeli cuma berhati-hati ketika beli dan hendak makan makanan dari bazar Ramadan.
Kadang-kadang bila ke bazar, semuanya nampak sedap dan menyelerakan apatah lagi bagi gerai yang beratur panjang. Mak ayah pun tak nak lepaskan peluang.
Ingat, makanan yang viral tak semestinya sedap, bersih dan selamat dimakan. Untuk elakkan daripada keracunan makanan sempena bulan Ramadan ini, Dr Erna Nadia kongsikan beberapa tip penting:
Tip untuk elakkan keracunan makanan:
1. Jika makanan tersebut berbau pelik, elakkan dari membeli atau makan atau minum. Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.
2. Jika warna makanan atau minuman tersebut juga pelik atau lain dari warna sepatutnya, elakkan juga.
3. Jika kuah sudah berbuih atau berkeladak, elakkan dari makan.
4. Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nugget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warna kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan dari makan. Khuatir kalau makanan itu sudah lama dan digoreng semula.
5. Elakkan dari menyimpan makan lebih dari 2 hari di dalam peti sejuk bahagian bawah.
6. Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.
7. Lihat juga tekstur makanan dan minuman sebelum anda makan atau minum.
Maklumlah Perut Kosong
Musim bazar ni, memang kalau boleh, macam nak beli semua. Yang ini sedap, kemudian yang tu surr… Sana memikat selera, situ bau buat rusuk eh perut bergetar. Macam-macam.
Biasalah kan ni.
Perut dah kosong dari pagi, nampak air kosong pun terliur.
Ok saja nak membeli cuma berhati hati.
Terutama jika beri makan pada anak kecil atau orang tua.
Pernah ada kes tahun lepas melibatkan berpuluh kematian akibat termakan puding diraja yang dibeli online dan beratus kematian akibat ayam sudah busuk digunakan masa kenduri anak.
Pastikan kita periksa makanan dan minuman tu elok-elok sebelum kita makan dan minum.
Masa nak beli pun boleh tengok rupa makanan dan minuman tu macam mana. Jika pelik atau berubah dari kebiasaan, elakkan.
Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.
Untuk peniaga, berlaku jujurlah dalam berniaga. Kasihan pembeli, mereka sudahlah lapar, nanti jatuh sakit pula.
Keracunan makanan boleh membawa maut jika teruk. Sebab tu, be careful na
Dr. Erna Nadia
Pastikan juga anda memanaskan makanan dengan betul sebelum makan dan eloklah makan makanan yang fresh
Mingguan Wanita : Mak ayah setiap kali membeli juadah di bazar Ramadan, perati dan belek makanan betul-betul sebelum membeli.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...