Berita Sosial

“Tak sempat banggakan ayah…” – Khairul Aming Menangis Imbas Perjalanan Bangunkan Bisnes Dari Bawah

Share

Di sebalik kejayaan yang dikecapi hari ini, perjalanan Khairul Aming sebagai usahawan bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata.

Pempengaruh dan usahawan itu baru-baru ini mencuri perhatian selepas berkongsi luahan mengenai perjalanan membina perniagaan, termasuk kenangan terhadap arwah bapanya yang tidak sempat melihat kejayaan beliau hari ini.

Baca artikel: “Baru Dua Hari Dr Ainul Kembali Ke Sarawak, Tiba-tiba Dimaklumkan Dia Meninggal Dunia…”

“Tak sempat banggakan ayah…”

Antara perkara yang paling menyentuh hati ialah apabila Khairul Aming mengenang arwah bapanya.

“Tak sempat banggakan ayah… ayah pergi dulu.”

Luahan itu menggambarkan sisi peribadi seorang usahawan yang mungkin tidak selalu dilihat di sebalik kejayaan dan pencapaiannya dalam dunia perniagaan.

Dalam perkongsian sama, Khairul Aming turut menyentuh tentang cabaran membina perniagaan dari bawah.

Menurutnya, perjalanan tersebut dibina menerusi usaha sendiri dan kerja keras tanpa bergantung kepada ‘kabel’.

“Kita usaha sendiri, tak ada kabel. Kerja keras. Orang lihat hasil, tapi tak nampak usaha.”

Orang nampak hasil, tetapi tidak prosesnya

Kisah Khairul Aming turut mengingatkan bahawa kejayaan yang dilihat di media sosial hanyalah sebahagian daripada perjalanan seseorang.

Di sebalik sesuatu perniagaan yang berjaya, ada proses panjang yang mungkin tidak diketahui orang ramai, termasuk cabaran, kegagalan, tekanan dan usaha yang dilakukan secara konsisten.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang menyifatkan luahan Khairul Aming sebagai menyentuh hati.

Ada juga pengguna media sosial yang mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memberikan komen atau membuat penilaian terhadap kehidupan seseorang yang tidak mereka kenali secara peribadi.

“Please jangan normalize mudah judge someone yang korang tak kenal langsung.”

Pada akhirnya, kisah Khairul Aming bukan sekadar mengenai kejayaan dalam membina perniagaan.

Ia juga tentang perjalanan seorang anak yang masih mengenang arwah bapanya, selain usaha panjang yang dilalui sebelum sampai ke tahap yang dinikmati hari ini.

 

View on Threads

 

Baca juga artikel: Helikopter Terhempas, KKM Maklum Dr Ainul Meninggal Dunia

Sumber: Threads

Published by
Farhana Syahirah