Kes Dua Beradik Lemas Di Sungai Linggi: Bapa Direman, Polis Kesan Ibu Kandung

Share

Kes Dua Beradik Lemas Di Sungai Linggi: Bapa Direman, Polis Kesan Ibu Kandung. Polis menahan reman bapa kepada dua kanak-kanak yang maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas pada Khamis lalu. Turut direman ialah teman wanitanya yang juga berada di lokasi ketika insiden berlaku.

Kes Dua Beradik Lemas Di Sungai Linggi: Bapa Direman, Polis Kesan Ibu Kandung

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kedua-dua suspek direman bermula 5 hingga 11 September selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau turut mengesahkan bahawa wanita berusia 41 tahun yang berada dalam kenderaan bersama dua beradik tersebut bukan ibu kandung mereka, sebaliknya adalah teman wanita kepada bapa mangsa.

Kredit foto: Sinar Harian

“Setakat ini, status hubungan antara bapa dan ibu kandung kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan sama ada mereka masih suami isteri atau sudah berpisah,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan kedua-dua suspek ditahan selepas keterangan yang diberikan menimbulkan keraguan.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Ujian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun semakan ke atas kereta yang digunakan didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,” katanya.

Kredit foto: Sinar Harian

Dalam tragedi tersebut, dua beradik berusia enam dan lapan tahun ditemukan lemas selepas terperangkap dalam kenderaan yang terbabas ke dalam sungai berkenaan. Difahamkan, kereta itu diparkir di tebing sungai dalam keadaan enjin dimatikan sebelum menggelongsor masuk ke air, manakala bapa mereka dikatakan keluar sebentar untuk merokok.

Polis kini sedang berusaha mengesan ibu kandung kepada kedua-dua kanak-kanak berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

“Setakat ini, status hubungan antara bapa dan ibu kandung kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan sama ada mereka masih suami isteri atau sudah berpisah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian dan Sinar Harian 1

Baca artikel lain juga: Tragedi Dua Beradik Lemas Dalam Kereta: Bapa Ada 16 Rekod Jenayah, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

Published by
Has