Ads

Kes Bunuh Suami Isteri Di Bilik Tidur Temui Jawapan, Guru Besar Alami Kemurungan Sejak Ditukarkan Ke Sekolah Baru

Kes bunuh suami isteri di bilik tidur selesai, guru besar alami kemurungan sejak pindah ke sekolah baru. Kejadian tragis suami isteri ditemui mati dalam bilik tidur di Sri Aman, Sibu dalam kejadian 14 Januari lalu kini terjawab.

Bukan kecurian atau rumah dimasuki orang asing sebaliknya kemurungan dikenal pasti punca pembunuhan melibatkan Andy Roy Anak Junran, guru besar di SK Bangkli dan isterinya, Angelin Kibin yang bertugas di Hospital Sri Aman.

Kes Bunuh Suami Isteri Di Bilik Tidur Temui Jawapan, Guru Besar Alami Kemurungan Sejak Ditukarkan Ke Sekolah Baru
Andy Roy Anak Junran, guru besar di SK Bangkli dan isterinya, Angelin Kibin yang bertugas di Hospital Sri Aman ditemui mati dalam bilik tidur mereka oleh anak yang mahu ke sekolah.

Memetik laporan Berita Harian, hal ini dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.  Beliau berkata, berdasarkan keterangan keluarga, kawan dan rakan sekerja, lelaki itu yang juga guru besar dikatakan mengalami kemurungan sejak bertukar ke sekolah di Lubok Antu, Sri Aman.

“Laporan kimia terhadap senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu juga tidak menemui asid deoksiribonukleik (DNA) asing. Hanya DNA kedua-dua mangsa ditemui pada senjata tajam itu, justeru rumusan yang kita boleh buat ialah pembunuhan itu hanya membabitkan pasangan suami isteri berkenaan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Kes Bunuh Suami Isteri Di Bilik Tidur Temui Jawapan, Guru Besar Alami Kemurungan Sejak Ditukarkan Ke Sekolah BaruMedia sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri berusia 45 dan 44 tahun ditemui meninggal dunia dengan kecederaan serius pada tubuh mereka di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman di mana anak mangsa menemui ibu bapa mereka dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidur utama.

Ads

Polis yang menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan pasangan terbabit yang tidak sedarkan diri pada jam 6.55 pagi.

Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman segera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat itu.

Ads

Pemeriksaan awal mengesahkan kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun yang bertugas sebagai guru besar dan isterinya berumur 44 tahun, seorang jururawat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes Bunuh Suami Isteri Di Bilik Tidur Temui Jawapan, Guru Besar Alami Kemurungan Sejak Ditukarkan Ke Sekolah Baru
Rumah didiami pasangan ini di mana kejadian bunuh terjadi

Mohamad Zainal berkata, sepanjang siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, polis merakam keterangan 30 saksi dalam kalangan ahli keluarga, jiran, kawan serta rakan sekerja kedua-dua mangsa.

Ads

Selain itu, beliau berkata, polis turut merakam keterangan pakar patologi yang melaksanakan proses bedah siasat mayat kedua-dua mangsa.

“Apa yang boleh kami simpulkan, kes itu sudah selesai kerana siasatan di lokasi kejadian tidak menemui kesan pecah rumah atau barangan hilang jika ia kes samun.

“Polis kini hanya menunggu keputusan pemeriksaan forensik telefon bimbit kedua-dua mangsa dan laporan itu nanti mungkin membolehkan kami mengetahui lebih lanjut motif sebenar kejadian itu selain kemurungan,” katanya.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Isteri Meninggal Selepas 3 Bulan Diuji Pemergian Anak Akibat Jantung Bengkak,...

Saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama.