
Adrian Adam
Ujian berat buat Amyza Aznan, luluh hati seorang ibu melihat keadaan anaknya di atas kerusi roda. Tetapi ini bagi mengelakkan kaki Adrian Adam menjadi lebih teruk.
Risau kaki anaknya membengkak, sebab itulah Amyza menyuruh anaknya guna kerusi roda, namun Amyza, 49, bagaimanapun mendedahkan Adrian pada awalnya menolak cadangan tersebut kerana menganggap dirinya masih kuat dan mampu bergerak sendiri.
“Dia tak nak (kerusi roda), nak berdikari dan tidak mahu bergantung pada kerusi roda
“Memang betul tapi saya nak kurangkan pergerakan dia takut lagi teruk bengkak.
“Kalau dia rasa nak berjalan, pergilah. Tapi nak jalan dalam pusat beli-belah, takkan nak berjalan sebab itu dapatkan juga kerusi roda,” katanya lagi.
Ditanya mengenai tahap kesihatan mental buat masa ini, pelakon drama Rindu Kasih itu mengakui masih lagi menitiskan air mata kerana terlalu merindui anak sulungnya yang telah pergi menghadap Ilahi.
“Saya gila-gila masih macam dulu, itu diri saya sebenar dan cara lupakan.
“Cuma perasaan rindu kehilangan tak boleh dibuang sehingga sekarang.
“Sejujurnya setiap hari masih teringat anak, sudah semestinya saya menangis,” jelasnya.
Sebelum ini, anak sulung Amyza iaitu Allahyarham Andre Mikhail, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 23 Februari lalu.
Amyza dan keluarga turut diuji sekali lagi apabila anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu.
Sekadar info, Adrian difahamkan bakal menjadi salah seorang bintang Talk To My Manager 2 bersama Amyza namun terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatannya.
Difahamkan, Adrian kini sedang rawatan alternatif bagi mengubati penyakit itu.
Sumber: Hibglam