Berita

Kerisauan Ibu Anak Hilang Ketika Konvoi Ke Cameron Highlands Terjawab, “Live Location” Terpadam Petanda Anak Sudah Meninggal

Share

Kerisauan ibu anak hilang ketika konvoi ke Cameron Highlands terjawab, “live location” terpadam petanda anak sudah meninggal.

Kerisauan seorang ibu yang berkali-kali cuba  menghubungi anaknya, Ahmad Azreeq namun pangggilan itu tidak terjawab selepas live locationnya terpadam tiba-tiba akhirnya membawa berita duka apabila remaja yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan konvoi ke Cameron Highlands bersama ahli keluarga ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan.

Misteri kehilangan Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, sejak awal pagi Jumaat lalu akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemukan orang awam dalam semak di tepi jalan Kampung Bukit Jeruk, Kampung Beting Lintang, Besut pada kira-kira jam 6.40 petang.

Mayat remaja ini ditemukan orang awam dalam semak di tepi jalan Kampung Bukit Jeruk, Kampung Beting Lintang, Besut pada kira-kira jam 6.40 petang.semalam

Difahamkan ahli keluarga sudah membuat carian di kawasan terakhir  sejauh 5 km secara berjalan kaki di lokasi akhir anaknya dilaporkan hilang namun tidak menemui sebarang jejak pada malam kejadian kemalangan terjadi. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal di lokasi berkenaan.

“Setakat ini polis percaya mayat yang ditemui itu adalah Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Jumaat lalu oleh keluarganya.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia pada malam dia tidak dapat dihubungi selepas motosikal Yamaha R15 yang ditungganginya dipercayai terbabas,” katanya.

Menurut Rozaime, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut bagi tujuan pengecaman oleh waris serta bedah siasat.

Terdahulu, kehilangan remaja itu dilaporkan berlaku ketika dia bersama keluarganya dari Kampung Batin, Seberang Takir dalam perjalanan bercuti ke Cameron Highlands pada Khamis lalu.

Dalam perjalanan tersebut, remaja itu menunggang motosikal Yamaha R15 manakala ibu bapanya bersama ahli keluarga lain menaiki sebuah kereta.

Percutian tujuh sekeluarga di mana arwah menunggang motosikal berakhir dengan tragedi di mana dirinya ditemui meninggal dunia selepas terbabas ke dalam semak di Besut

Bapanya, Ahmad Azhar Mohd Yusof, 59, berkata kali terakhir mereka bertemu ketika berhenti di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana, Setiu sebelum masing-masing meneruskan perjalanan.

“Kira-kira jam 12.30 tengah malam kami berhenti makan di Kampung Anak Ikan, Besut dan menghubungi Azreeq supaya berhenti di kedai makan yang sama, namun dia tidak muncul,” katanya.

Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Jumaat lalu oleh keluarganya.

Menurutnya, selepas selesai makan dan anaknya masih belum tiba, mereka meneruskan perjalanan ke Gua Musang dengan anggapan remaja itu akan menyusul dari belakang.

“Sepanjang perjalanan, isteri saya berkali-kali cuba menghubunginya tetapi panggilan tidak dijawab. Kami menyangka mungkin telefon bimbitnya kehabisan bateri, rupanya ketika itu anak kami dipercayai telah terbabas,” katanya.

Kehilangan remaja itu akhirnya terjawab apabila orang awam menemukan mayatnya bersama motosikal dalam semak berhampiran laluan yang dipercayai dilaluinya. Kredit :- Bernama/ Sinar Harian.

Published by
Almaswa Haji Che Ros