Kereta & rumah Zainal Abidin ditenggelami air, rupa-rupanya penyanyi terkenal, Datuk Zainal Abidin juga menjadi mangsa kejadian banjir besar yang berlaku di Lembah Klang. Selain Ebby Yus, Shila Amzah, Yatzen, Zainal Abidin yang menetap di Seksyen 25, Shah Alam kediamannya juga ditenggelami air.
Kereta & Rumah Zainal Abidin Ditenggelami Air
Menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagramnya, Zainal menerangkan kenderaan miliknya rosak teruk dan separuh kediamannya dinaiki air banjir.
Walaupun ditimpa bencana namun Zainal bersyukur tidak mengalami kerugian dan kerosakkan seperti mana mangsa banjir yang lain.
“Rumah saya tidaklah teruk rosak, sedikit harta benda di bahagian bawah, semua kereta saya ditenggelami air.
“Tapi oleh kerana saya mempunyai sahabat dan kaum keluarga, jiran yan baik dan banyak membantu.
“Ini adalah ujian Allah, Allah sayang kita, Allah uji kita. Jadi kita perlu tabah dan bertawakal kepada Allah.
“InsyaAllah yang terburuk adakalanya akan bertukar menjadi yang terbaik,” luah Zainal.
Enggan Kongsi Jumlah Kerugian
Seperti mana yang dilaporkan menerusi Harian Metro, Zainal enggan berkongsi jumlah kerugian yang dialaminya.
“Saya tak dapat nak berkongsi jumlah kerugian yang ditanggung.
“Biasalah apabila berlaku banjir, banyak kerosakan yang berlaku seperti perabot, barangan elektrik termasuk beberapa kenderaan yang dimiliki.
Ads
“Sebenarnya saya tidak mahu orang bersimpati sebab sudah ada yang datang memberi bantuan.
“Lagipun banyak lagi rumah yang lebih teruk terjejas dan perlukan pertolongan dengan segera,” ungkap Zainal.
Zainal yang mendiami rumah tersebut bersama isteri dan dua anaknya akui inilah pengalaman pertama berdepan dengan bencana banjir di mana rumahnya dimasuki air hingga paras dada.
“Saya tidak sempat menyelamatkan beberapa buah kereta dan barangan di dalam rumah yang ditenggelami air.
“Saya tinggal kurang lima minit dari Taman Sri Muda yang terjejas teruk.
“Kawasan di luar rumah saya saja air mencecah hingga paras telinga,” tambahnya.
Selepas pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, turut sama mengikuti team produksi drama Demi ke Inverness, Scotland adalah pelakon cilik Puteri Rayyana Rayqa Herda Banu Prasetiawan.
Dia yang disapa sebagai Rayqa ke Scotland ditemani ibunya, Norinsyira Muhamad yang juga merupakan pengurusnya.
MW menghubungi ibu Puteri Rayyana, Norinsyira atau Syira bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkhabaran ini.
“Semalam kami melakukan ujian saringan Covid-19, dan pagi tadi kami dimaklumkan keputusan kami berdua positif.
“Sekembalinya dari Scotland, saya dan Rayqa menjalani tempoh kuarantin di rumah berdua sahaja. Dalam tempoh itu saya minta suami ke rumah ibu saya.
“Setakat ini kami berdua tidak mengalami simptom batuk, demam dan juga selsema. Cuma semasa di sana, Rayqa demam dua hari dan kembali pulih selepas itu,” jelasnya. Ketika dihubungi MW Syira sedang mengemas pakaian untuk bersiap-siap ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Rayqa ketika melakukan ujian saringan Covid-19 semalam
Tolong doakan kami
Syira juga memohon orang ramai mendoakan dia dan anak tunggalnya itu diberi kesembuhan. Tambahnya lagi, mungkin ada sebab mengapa Allah memberinya ujian sebegini.
“Mungkin Allah ada sebab memberi ujian sebegini buat kami. Saya mohon orang ramai doakan kami berdua kembali pulih seperti sedia kala. Suami juga meminta kami jangan panik dan bertenang. Patuhi arahan seperti yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sebagai ibu saya mahu ditempatkan bersama anak kami, maklumlah dia satu-satunya anak kami,”luahnya.
MW doakan Syira dan puteri tunggalnya itu segera sembuh dan kembali sihat seperti selalu hendaknya. Kami yakin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti segala kaedah dan rawatan terbaik bagi memulihkan semua pesakit Covid-19 negara ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Alhamdulillah Syukur Kehadrat Ilahi” begitulah luahan Farhatul. Farhatul penerima termuda pengiktirafan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Sultan Selangor.
Tahniah diucapkan kepada Johan Tilawah (Qariah) MTHQA 2019 Nor Farhatul Fairuzah Panut antara 17 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS).
Farhatul antara penerima termuda yang menerima pengiktirafan sempena Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor.
“Alhamdulillah Syukur Kehadrat Ilahi”
Farhatul menerima pingat di Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat itu dilaksanakan di Istana Alam Shah, Klang, baru-baru ini.
“Alhamdulillah Syukur kehadrat Ilahi atas Pengurniaan Darjah dan Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan, Sempena Menyambut Ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
“Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj diatas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)
“Semoga Tuanku Dan Permaisuri dipanjangkan Usia, Sentiasa diRahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” kongsi Farhatul Fairuzah menerusi akaun Instagramnya.
Semoga pengurniaan yang diberikan diharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.
Jika mak-mak nak buat kelainan air untuk berbuka puasa nanti, boleh lah cuba resipi ‘Air Falooda’ ini. Menurut perkongsian Puan Nur Baiti yang kini tinggal di United Kingdom, Air Falooda ini cukup terkenal di sebuah kedai di Manchester, United Kingdom.
Berikut antara perkongsian beliau;
Pernah minum air ni kat sebuah kedai Arab di Manchester.Maka saya pun gugel cara-cara nak buat.memang rasa sama macam dekat kedai tu.
Boleh buat untuk berbuka puasa.Sebenarnya saya buat takde sukatan pun, agak-agak je.Lagi banyak bahan lagi sedap.Ni contoh sukatan dalam 1 cup mcm post saya dalam gambar tu.
Air Falooda
Bahan-Bahan :
1 sudu kecil sirap
2 sudu besar Agar-agar sirap yang dipotong nipis
2 sudu besar Cendol ( yang hijau tu )
2 sudu besar biji Selasih
2 sudu besar Ais krim vanila
Susu Segar ( isi sehingga hampir penuh )
2 sudu besar susu cair * pilihan
Air gula ikut kemahuan masing-masing
*** boleh jugak tambah kiub ais kalau nak lagi sejuk ***
Cara Membuat :
1. Masukkan sirap, agar-agar, cendol, biji selasih dan aiskrim vanila.
2. Kemudian, masukkan pula susu segar, susu cair diikuti air gula.
Nota :
Susu Segar boleh juga disejuk bekukan terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa lebih sejuk
Selamat berpuasa semua, kami berpuasa 18 jam di sini.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.