isteri dari tulang rusuk paling bengkok

Tak ramai suami dapat memahami sikap isteri yang banyak tak kena di matanya. Waktu bercinta, kekurangan isteri dilihat sebagai lucu, comel. Bila sudah jadi isteri, yang lucu.. yang comel jadi menyusahkan. Hilang sifat sabarnya. Tanpa suami sedar fitrah isteri itu sendiri diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok.

Persefahaman, kata sepakat susah nak jumpa titik temunya. Suami mula cop isteri degil, tak dengar kata. Mula-mula isteri boleh sabar, lama kelamaan kata-kata itu jadi makan dalam. Menjeruk rasa dan akhirnya isteri berdendam.

Belum pun setahun berkahwin, hubungan dah bergolak bagai tak jumpa jalan penyelesaian. Jangan.. jangan.. jangan sampai penghujung kisah jadi penceraian. Sebut memang mudah, tapi meruntuhkan rumah tangga dengan talak menggegarkan arasy Allah. Bukankah penceraian itu perkara halal namun dibenci Allah.

Bermula dengan soalan yang dikemukakan pendengar tentang kerinduan seorang isteri terhadap suaminya, Ustaz Azhar Idrus memberikan nasihat.

Ianya nasihat yang baik untuk pasangan suami isteri berdepan dengan apa juga konflik rumah tangga. Dengan satu pegangan iaitu suami perlu menerima kekurangan isteri, dapat menjernihkan kekeruhan rumah tangga.

Fahamkan Fitrah Seorang Isteri

1. Jika Berjauhan Dengan Suami, Luahkan Dengan Cara Betul

Suami isteri akan ada rasa rindu dendam. Terutama yang hubungan jenis jarak jauh. Jika ada rasa rindu, janganlah diluah pada orang yang salah. Misalnya luahkan di facebook. Cara itu salah, sebaliknya biar suami saja yang tahu. Tak perlu up status dan set to public waima set to friends sekalipun.

Nasihatkanlah isteri agar tidak berkongsi hal-hal yang terlalu peribadi sehingga mengundang bahaya dalam rumah tangga di facebook. Ini bukan saja akan merugikan dirinya malah mengundang bahaya.

2. Jangan Larang Sangat, Jangan Biar Sangat

Fitrah wanita itu dijadikan dari tulang yang paling bengkok. Jadi dia tak boleh dilarang sangat. Bimbang merajuk akan putus asa lah nanti dirinya. Dibiarkan sangat pun tak boleh, kerana suami juga yang akan susah nanti.

Sebab itu, suami kenalah bijak memain peranan. Berlembutlah dengan isteri. Tak salah jika melayan apa yang mereka kehendaki sebabnya isteri jugalah yang telah melahirkan anak-anak anda, menguruskan makan minum suami dan keluarga malah dialah yang menjaga rumah tangga sampai damai hati anda. Sebab itu, kena bersabar dan uruskan emosi isteri dengan bijak.

Video: Bermula Dengan Persoalan Rindu Seorang Isteri…

Sumber/Video : Youtube

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI