Yang tengok episod kedua akhir drama NUR malam tadi, tentu membara-bara emosinya. Sakit hati sungguh dengan watak Aisyah (Ecah) dan Ustaz Syed Hamadi (Ustaz Madi) yang dilakonkan Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Azhan Rani. Episod kedua akhir ini memang paling beremosi sekali.
Terserlah sungguh kejahatan dan kekejaman Aisyah dan suaminya, Ustaz Madi. Malam sebelum drama ini ditayangkan malam tadi, Noorkhiriah sempat meminta maaf pada para peminatnya. Katanya, dia cuma menjalankan amanah lakonan yang diberikan padanya.
Ini Scene Yang Tak Ditayang Dalam TV – Noorkhiriah
Sebab terlalu terkesan di hati, sampai ada peminat yang unfollow Noorkhiriah di instagramnya, “Ada scene yang tak lepas maka tengok sini yeeeee…maka lepaskanlah..dah ada yang unpolo pun..hahahahaaaaa”
Dan dia jelaskan sebenarnya sebelum scene pijak Nur, Noorkhiriah dah berkali-kali minta maaf pada Amyra Rosli. “Sebelum start scene ni saya dah minta maaf berkali-kali pada Mira. Nak pijak anak orang wei.. bukan bucu meja.”
Ads
Bukan saja Noorkhiriah, instagram Azhan Rani juga diserang penonton yang ‘panas hati’ dengan watak Ustaz Madi yang sangat hitam itu. Punyalah marah, sampai ada penonton yang rasa macam nak masuk dalam TV tolong Nur waktu Ustaz Madi masuk ke dalam biliknya.
“Anda semua dibenarkan bersembang sekarang. Membawang, mencili, mengicap atau sebaik-baiknya mengucap banyak-banyak. Apa pun esok (malam ini) jam 10 malam adalah episod akhir. Jangan habiskan emosi tu. Simpan sikit untuk esok (malam ini).” Kongsi Azhan Rani yang mana setiap caption yang dikongsi pasti membuatkan peminatnya rasa terhibur sama.
Ads
Lama Menanti Nak Berlakon Dengan Noorkhiriah
Akuinya sewaktu ditemuramah radio kool.fm berlakon bersama Noorkhiriah adalah impian yang sekian lama dinanti. Ramai sedia maklum yang berilah apa saja watak untuk pelakon wanita itu, dia pasti akan membawanya dengan gayanya yang tersendiri dan terkesan dihati penonton.
Walaupun rata-rata peminat faham kedua pelakon ini berusaha membawakan watak mereka dengan baik, namun masing-masing tak dapat menahan hati daripada membawang di bulan nan mulia ini.
Fafau Tak Henti Tweet Sakit Hati Dengan Ecah & Ustaz Hamadi
Paling lucu apabila Fara Fauzana juga tidak henti mengupdate statusnya dalam setiap scene yang menyentuh emosi kewanitaannya. Lucu bila Fafau tak dapat tahan emosi sama.
Ads
“Mana Adammm! Si hantu tu masuk bilik weii. Jerit la NUR oiii!” Memang ketara ‘panas’nya itu. Sungguh demikian, Fafau akui, drama NUR merupakan drama yang paling berjaya. Kerana daripada jalan cerita sampailah setiap pelakon berjaya membawakan watak mereka dengan baik.
“Siapa saja yang menonton drama ini tentunya akan membenci Aisyah dan Hamadi. Ini menunjukkan betapa bagusnya para pelakon ini berjaya membawakan watak mereka dengan baik. Kudos to all of them”
Ha.. kita tunggu episod akhir malam ini. Tengok apa jadi dekat Ecah dan Ustaz Madi ini ya.
Tak sangka lelaki yang berkahwin dengan seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun, yang menjadi viral semalam rupanya telah mempunyai dua orang isteri.Perkahwinan dengan budak perempuan tersebut, sekaligus merupakan isterinya yang ketiga!
Perkara ini telah didedahkan oleh Aktivis Sosial Syed Azmi Abhabshi,41 menerusi perkongsiannya didalam status facebook beliau yang terkini.Rata-rata ramai yang marah atas tindakan lelaki ini yang dianggap tidak wajar kerana berkahwin dengan budak yang masih bawah umur.
Semalam kita semua telah digemparkan dengan viral posting seorang isteri mengucapkan tahniah pada suaminya yang telah berkahwin dengan seorang budak berusia 11 tahun. Dalam viral tersebut terselit gambar di bawah. Gambar adalah kawan-kawan si suami dan wanita itu pula ialah ibu kepada anak perempuannya yang di kahwinkan.
Gambar satu lagi merupakan status whatsapp budak 11 tahun tersebut yang ditujukan kepada kedua-dua isteri pertama dan kedua . (Tetapi saya ada sedikit keraguan, sama ada budak perempuan ini boleh menulis dan membaca atau ada orang lain yang menulis dan menipu status ini).
Satu laporan telah dibuat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang dan 3 orang pegawai dalam perjalanan untuk melakukan penyiasatan. Pegawai Strategi Senior kepada Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah juga ada menelifon dan saya telah memberikan segala informasi yang berkaitan.Terima kasih.
“Pagi ini sekitar 2 pagi, saya berjaya menghubungi dengan individu yang berkaitan dengan suami budak perempuan ini. Saya tak boleh dedahkan sumber yang menceritakannya, dan posting ini adalah untuk kita belajar dan meningkatkan perlindungan terhadap kanak-kanak. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran.
“Suami seorang imam satu surau di kampung di hormati ramai. Dia juga seorang pembeli getah di kampung tersebut. Berumur 40, warganegara Malaysia. Anak sulung dalam keluarga. Ibu bapanya masih hidup. Kita panggil dia SUAMI A ok?”
“Mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama mempunyai anak yang sudah 16 tahun ke atas dan isteri kedua mempunyai anak-anak bawah 12 tahun. Semua anak-anaknya di hantar ke sekolah. Kedua-dua isteri bekerja keras sebagai peniaga untuk menyara hidup. Tiada yang bercerai malah hubungan kedua dua isteri adalah baik.”
Budak yang berkahwin. Umurnya 11 tahun. Anak bongsu. Ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah. Keluarga ini bukan warganegara Malaysia dan menjual getah pada SUAMI A. Jadi sekarang boss mereka menjadi menantu mereka sendiri. Semua adik beradik budak ni tidak bersekolah.
Perkahwinan budak 11 tahun dengan SUAMI A berlaku di Siam tanpa pengetahuan kedua-dua isteri pada bulan 6. Yang ke Siam merupakan keluarga perempuan dan kawan-kawan SUAMI A. Belum berdaftar di Malaysia lagi.
Telah diketahui bahawa SUAMI A bercinta dengan budak 11 tahun pada bulan 3. Kedua-dua isteri berjumpa dengan SUAMI A (suami mereka) untuk mendapatkan penjelasan tapi SUAMI A cakap dia tak bodoh nak kahwin budak. Jadi mereka percaya dan tinggalkan begitu sahaja.
Isteri pertama menerima gambar perkahwinan SUAMI A dengan budak 11 3 hari lepas. Dan berkongsi dengan isteri kedua. Kedua-duanya berjumpa dengan SUAMI A. SUAMI A keluarkan bahawa “Nabi dan Siti Aishah boleh berkahwin dan dia ingin mengikut sunnah”. Tapi lepas nampak ada bukti bergambar, dia terus melarikan diri ke rumah maknya. Whatsapp dan FB ke kedua-dua isterinya di block. This is why the second wife wrote everything, to reach to the husband sebab lepas dia lari ke rumah mak dia, takde communication. Anak-anak ada yang nangis rindukan ayah mereka. Mereka tahu ayah mereka kahwin lain.
Yang sedihnya, budak 11 tahun ni merupakan kawan kepada anak SUAMI A itu sendiri yang sebaya. Anaknya malu. Really malu.
Kedua-dua isteri tidak kisah untuk bermadu tetapi untuk ambil budak 11 tahun sebagai isteri adalah tidak masuk akal. Tetapi tak mahu diceraikan. Terdapat beberapa pendapat yang tidak molek mengenai ibu bapa budak 11 tahun ini tapi takpelah. Kita biarkan.
Budak 11 tahun, isteri isteri, anak-anak SUAMI A semua adalah mangsa dan kesemua mereka perlu di beri penjelasan dan dilindungi. Tapi nak dilindungi oleh siapa? Polis, JKM, Majlis Agama.
Isteri kedua telah buat laporan kesemua tersebut tetapi tidak mendapat perhatian. Alasan: Kahwin dekat Siam.
Bukan warganegara Malaysia. Tapi saya tidak tahu adakah mereka warganegara Thailand atau tidak dan di mana budak 11 tahun itu di lahirkan. Ini masalah geography.
Masalah utamanya ialah budak tersebut baru 11 tahun.
Siapa sebenarnya nak lindungi hak dia?
Dalam banyak-banyak benda nak protect, budak perempuan 11 tahun ni up pulak status yang mempertahankan pilihannya dan mencabar kedua-dua madunya.Attitude macam ni bagaimana pula, lagi-lagi dengan sokongan ibu bapa kedua-dua pihak.
Memanglah perkahwinan ini tidak mendapat persetujuan atau izin atau even pemberitahuan kata nak kahwin pun, tapi kalau nak kata salah, mereka tak kahwin kat Malaysia. Jadi ni tak kira.Tapi kita tak boleh salahkan dia. Dia tidak dapat pendidikan dan itu salah kita. Dia vulnerable dan di eksploitasi.
Saya memohon sangat Majlis Agama melihat isu ini bukan sahaja dari segi agama tetapi dari segi hak kanak-kanak tersebut.Kalau kita tak bagi kahwin atau tak daftarkan perkahwinan itu lagi teruk dan dalam islam tak perlu pun. Tapi hak kanak-kanak itu serta bakal anak-anak nya nanti perlu di lindungi juga. Kalau cerai macam mana nanti.
Faktor di kahwinkan kerana bercinta. Kalau betul tak salah, kenapa tak kahwin je kat Malaysia. Bukan tak boleh. Undang-undang kita ada dan bagus.
Fact is SUAMI A seorang yang dihormati sebab ustaz dan imam surau di kampung perlu check balik please.Akan bersambung lagi. Saya tidur jam 4pagi untuk lihat semua segi.
Saya cuba panjangkan bantuan pada both isteri pertama kalau boleh tetapi mereka cuma mahu suami mereka kembali. Itu sahaja. Bab yang ni saya tak faham tapi saya hormati.
Kes macam ni bukanlah baru tapi kita hanya sering sensasikan tanpa penambahbaikan. Dari segi agama, sila jangan cuma lepaskan sahaja tetapi lihatlah dari segi keadaan sahsiah keluarga semua.
Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi perempuan adalah 16 tahun. Sekiranya mereka di bawah umur (lelaki bawah 18 dan perempuan bawah 16, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka (lihat seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008) yang di jalankan di Mahkamah Syariah Malaysia.
Menurut Syed Azmi, kes ini masih dalam siasatan. Apa-apa pun, Mingguan Wanita menyokong usaha murni Syed Azmi ini, yang sentiasa memperjuangkan hak kanak-kanak mahupun isu-isu sosial yang lain.
Alangkah penatnya seorang isteri yang belum pun sempat membesarkan anak pertama dengan sempurna, dalam jarak usia tak sampai 2 tahun dirinya sudah mengandung lagi. Mengandung rapat-rapat, jika disokong oleh bantuan suami yang tersangat prihatin dan bertanggungjawab, akan memberi bahagia buat ibu. Tapi jadi sebaliknya, jika suami lepas tangan.
Apa pun wahai isteri, dalam soal kesihatan diri sendiri sememangnya isteri kena bertegas dan kental. Bila mana Dr. Sakinah Sulong terpaksa berdepan dengan kisah seumpama ini di Klinik Kesihatan, tempatnya bertugas.. lalu hatinya jadi bimbang.
Saya tak tahu sampai bila saatnya wanita Malaysia akan mendapat keberanian untuk mengatakan TIDAK kepada suami, untuk kesihatan sendiri.
Sedih sendiri hari ini.
Ibu yang masih muda, mengandung begitu rapat jarak kandungannya. Dia pun tak nak begitu. Dia kata dia sudah penat.
Zahir di wajahnya.
Tampak pada air mukanya.
Saya senyap tak mampu nak berkata.
Anak yang paling kecil, masih bayi, tak mampu dipegangnya selalu. Dibiarkan kakak-kakak mengambil alih tugas. Yang abang pun masih kecil, tak puas bermanja lagi. Pantang nampak ribaan ibu kosong, mahu diterkamnya minta dipeluk didakap.
Bukan dia tak cuba merancang,
Ada dia curi-curi beli jamu Indonesia setiap kali lepas bersalin, tapi setiap kali dia gagal.
“Kenapa tak datang klinik jumpa kami?”
“Saya takde duit, transport pun takde.”
Allahuakbar,
Saya pandang dia dan anak-anak.
Semuanya comel-comel. Mata semua tajam memandang saya dan ibu mereka berbicara.
Ada lahir di rumah, ada lahir di hospital.
“Suami?”
“Dia tak kisah sangat, Dr. Saya yang uruskan semua benda. Anak, makan, pakai semua saya.”
Airmata mengalir saat dia berbicara. Saya biarkan emosinya dilepaskan. Dapat merasakan berapa berat beban dalam hatinya bila saya beritahu dia mengandung lagi.
Tapi ia juga amanah yang datang dengan tanggungjawab.
Betul, Nabi suka umat yang ramai,
Tapi suka kah Nabi andai kesihatan dan kebajikan isteri terabai?
Banyak sebabnya Allah menyebut tentang penyusuan hingga 2 tahun umur anak. Bukan sesuatu yang sia-sia.
Ambil perancang bukan untuk sekat rezeki, bukan untuk hadkan bilangan anak.
Tapi,
Untuk jaga kesihatan isteri,
Untuk jaga hak anak-anak sendiri,
Biar kesihatan dan kebajikan terjaga semuanya. Tambahan kalau isteri dah rasa tak mampu. Manakan nak jaga anak, apatah lagi nak layan suami.
Badan sendiri apatah lagi.
Bermimpi lah nak ‘me time’
Apatah lagi nak cantik-cantik pasang badan.
Keringatnya tumpah sama-sama tolong suami cari sesuap nasi. Ko rasa? Ada masa nak belai diri sendiri?
Wanita-wanita semua, pandai-pandailah jaga diri. Masa kita muda, janganlah dilekehkan nasihat doktor dan jururawat. Memang bukan tangan kami yang menyuap puan-puan.
Rezeki itu datang dari Tuhan
Tapi kami kasihan.
Bila ada jalan, kami cadangkan.
Bukan untuk apa-apa, untuk kebajikan puan-puan.
Pergilah jumpa Dr dan jururawat di KK untuk bantuan.
Bayangkan makan somtam seafood mabeles ini dengan nasi panas-panas. Fuh! tengok gambar pun dah kecur, lagi suruh bayangkan. Resepi ini asalnya dari Thailand dan dipanggil juga Kerabu Seafood.
Silalah hadam resepi yang dikongsikan Puan Rohani Ahmad (ciknie) ini ya. Sebabnya, mudah saja, bahannya pun senang nak jumpa. Boleh buat terus dan jadi juadah berbuka puasa yang membuka selera lagi sedap.
“Dah lama ciknie tak share resepi. Hari ni teringin nak berkongsi resepi kerabu seafood atau biasa selalu kita sebut somtam seafood sebab makanan ni pun ciknie cedok dari seberang sana.”
“Okay tak mo cakap banyak. Resepi ni ciknie tak ada sukatan. Kalau tengok memang banyak, macam biasa la keluarga ramai. Buat sikit tak cukup makan so pandai pandai la awak sukat sendiri eh.”
+ Bawang putih
+ Cili api merah
+ Limau nipis
+ Gula atau nise (Ciknie guna nise)
+ Sedikit Ajinomoto
+ Sos ikan
+ Sotong yg dah di rebus
+ Udang dah siap kopek dan rebus
+ Kerang yg siap rebus
+ Kacang panjang
+ Baby tomato
+ Daun bawang potong pendek
+ Tumbuk bawang putih dengan cili api bagi lumat. Masukkan gula @ nise, sedikit aji, sos ikan dan tumbuk manja supaya tak terpercik sos ikan tu.
+ Masukkan kacang panjang yang dah di potong pendek dan baby tomato gaul rata dan masukkan jus perahan limau
+ Lepas tu baru masukkan sotong, udang dan kerang yang siap rebus tadi. Tumbuk manja manja je atau gaul je bagi ia sebati. Lepas tu masukkan daun bawang. Tak nak bubuh daun bawang pun tak apa. Siappp! Mudah kan?
Somtam seafood ni dia kena ada rasa masam, pedas, sedikit manis dan sedikit masin. Orang kata biar seimbang rasa dia tu baru sedap. Kalau tak masam pun tak sedap juga tau, tak pedas lagi tak umpphhh. So selamat mencuba!