Keracunan Merkuri Boleh Rosakkan Buah Pinggang Dan Cacatkan Janin, Awas Dengan 3 Produk Kecantikan Ini

Tak dinafikan ada wanita yang sanggup berhabis duit untuk tampil menawan. Ramai wanita yang impikan kulit wajah cerah dan gebu sehingga mereka mudah terpedaya menggunakan produk kecantikan yang menjanjikan hasil dalam masa singkat.

‘Kegilaan’ wanita untuk cantik ada kala membuatkan golongan ini lupa tentang kandungan produk yang digunakan. Wanita seharusnya prihatin dengan perkara ini kerana ada produk yang dijual di pasaran menggunakan bahan terlarang seperti racun berjadual dan merkuri.

Bagi mengupas isu ini, Mingguan Wanita menemu bual pakar estetik, Dr. Riza Hartini Razali. Katanya, merkuri berbahaya untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan risiko kerosakan buah pinggang, saraf dan menyebabkan penyakit seperti migrain, jika kandungannya terlalu tinggi pada suatu produk.

Keracunan merkuri juga boleh berlaku disebabkan pendedahan merkuri dan pengumpulannya dalam tubuh dalam jangka masa lama.

Kesan jangka panjang penggunaan produk seperti ini menyebabkan kerosakan saraf, terutama pada tangan. Pesakit akan rasa gatal dan terbakar pada kulit tangan.

IKLAN

Selain itu, pesakit berasa lemah, mempunyai emosi tidak stabil dan mempunyai masalah ingatan kurang baik. Ini antara kesan negatif penggunaan produk yang mengandungi merkuri.”

 

Keracunan Merkuri Boleh Rosakkan Buah Pinggang Dan Cacatkan Janin, Awas Dengan 3 Produk Kecantikan Ini
Kredit foto : prevention.com

Hati-Hati Dengan 3 Produk Ini

Dr Riza Hartini yang juga Pengasas Ariana Ming Beauty Boutique berkata, kebanyakan merkuri digunakan dalam tiga produk utama, melibatkan maskara, sabun antiseptik khas untuk muka dan krim pemutihan (whitening atau lightening cream).

IKLAN

Produk yang mengandungi merkuri biasanya mengambil masa yang cepat keberkesanannya kepada pemakai. Jadi pengguna perlu berhati-hati dengan penggunaan produk kecantikan yang digunakan.

Justeru, pengguna mesti bijak memilih produk dengan meneliti kandungan produk sebelum menggunakannya. Ini kerana, kos merawat keracunan merkuri lagi mahal daripada membeli krim bebas merkuri.”

 

IKLAN
Keracunan Merkuri Boleh Rosakkan Buah Pinggang Dan Cacatkan Janin, Awas Dengan 3 Produk Kecantikan Ini
Kredit foto : play99er.com

4 Kesan Buruk Yang Boleh Berlaku Tanpa sedar

1. Merkuri pada produk pencerah kulit menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan warna kulit serta pengurangan kekebalan kulit terhadap jangkitan.

2. Produk yang mengandungi merkuri sangat berbahaya bagi ibu hamil.Merkuri dalam sabun, krim dan produk kosmetik  ini dapat menurunkan perkembangan dan merosakkan saraf pada janin atau  bayi.

3. Boleh menyebabkan risiko kerosakan buah pinggang dan saraf.

4. Ia juga menyebabkan penyakit seperti migrain jika kandungannya terlalu tinggi pada suatu produk.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI